Saturday, December 31, 2011

Mencegah Maksiat

Sabtu 31 Disember 2012/ 6 Safar 1433.

Dari Jarir bin Abdullah ra, ia berkata, " Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah seseorang berada di suatu kaum dan ia berbuat maksiat, tetapi mereka tidak mengubahnya pada hal mereka mampu, kecuali Allah akan menimpakan bencana kepada mereka sebelum mereka mati"

-(HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al Ashbahni- at Targhib)
...
Soalanya, sudahkah kita berusaha melarang atau menghentikannnya (maksiat)?

Kemaksiatan dilakukan dengan bebasnya. Adakah ianya dicegah atau paling tidak dikurangkannya?

Aisyah r.ha bertanya kepada Nabi saw, "Jika Allah akan menurunkan azab ke dunia ini, apakah azab itu akan menimpa orang-orang yang salih sebagimana orang-orang yang bersalah diazab?

Jawab Nabi saw,

"Ya, azab akan menimpa semua orang di dunia ini, tetapi pada hari qiamat nanti, orang salih akan dipisahkan dari orang yang bersalah"

Renungkanlah berasma.

Thursday, December 29, 2011

Keajaiban Ayat Kursi

Khamis 29 disember 2012/4 safar 1433.

Keajaiban amalan Ayat Kursi:

1. Ayat Kursiy ialah ayat 255 dalam surah al Baqarah. Ia lebih dikenali sebagai ayat kursi, kerana pada ayat itu tersebut perkataan "kursiy" atau dalam bahasa Melayunya disebut "Takhta atau singgahsana",

2. Ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak perlu diragui, kerana ada hadis yang mengatakan ayat kursi ini adalah penghulu segala ayat di dalam al Quran. Sabdanya;

"Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam al Quran adalah ayat kursi; barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutus malaikat untuk menulis dari kebaikan kebaikannya dan menhghapuskan keburukan-keburukannya dari ketika itu sampai esoknya".

1. Seorang lelaki bertanya kepada Rasululah saw:

"Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberikan manfaat bagi ku".
...
Rasulullah saw menjawab:

" Bacalah ayat kursi kerana sesungguhnya Allah akan memelihara engkau sekeiuarga dan Dia memelihara rumah engkau hingga daerah-daerah yang ada di sekeliling rumah mu"

2. Rasulullah saw bersabda:

"Jika seseoranag daripada umatku membaca ayat kursi sebanyak dua belas kali, selepas itu ia pergi mengambil air wudhuk dan menunaikan solat subuh, maka Allah swt memelihara dia dari kejahatan syaitan, darjatnya dianggap sama dengan orang-orang yang menghkhatamkan al Quran sebanyak tiga kali khatam dan menyinari segenap penghuni dunia".

Wednesday, December 28, 2011

Hadis- Segala amal dengan niat

Rabu 28 Disember 2012/3 Safar 1433

Terjemahannya:

Dari Amir Al- Mu’minin Abu Hafs “Umar Ibn Khattab ra, ketanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda:

“Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. Maka barang-barang siapa hijrahnya kepada
Allah dan rasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barang siapa hijrah bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin memgahwinnya, maka hijrahnya kepada apa yana ia berhijrah kepadanya itu”
-(HR Al Bukhari, Muslim)

Huraian:

1. Imam Shafie dan Imam-imam yang lain berpendapat bahawa hadis ini adalah “seprtiga Islam” kerana perbuatan seseorang ada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan anggotanya. manakala niat itu ialah salah satu daripada yang tiga tersebut. mnya’aka yang dua pertiga ada pada 2 hadis ini:

a)”sesungguhnya yang halal itu nyata, dan ynag haram itu pun nyata”

b)”Daripada keelokan Islam seorang ialalah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya”

2. Niat adalah sebab pertama untuk menwujudkan atau melahirkan amal.Diterimanya amal aitu atau tidak adalah kerananya, iaitu kerana qasad ynag timbul dari kesedarn hati atau jiwa untuk melakukannya menurut kemahuan sendiri.

3. Niat mengikut syarak ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

4. Imam Nawawi berkata: dikehendaki dengan hadis ini ilah bahawa kebaikan yang terhenti atau terputus dengan hapusnya hukum hijrah dapat dihasilkan dengan jihad dan niat yang baik.

5. Meninggalkan segala larangan Allah dalam bentuk apa pun juga adalah dinamakan hijrah, sesuai dengan yang rasullullah saw:

“ Bahawa orang yang hijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah”

6. Bahawa ulamak usul fiqh menjadikan hadis tersebut sebagai dasar utama menciptakan satu kaedah hukum fiqh. Kaedah ini ialah:
“Segala perkara adalah dengan maksudnya”. Maksud kaedah ini sesuatu itu ada kala dihukum haram dan ada pula masanya dihukumkan halal menurut perhitungan qasad atau maksud yang melaksanakannya.

Tuesday, December 27, 2011

Jauhilah sifat Riya'

Selasa, 27 Disember 2012/2 safar 1433

Jauhilah sifat riak.

Riak adalah mengerjakan ibadah kerana ingin terawasi manusia supaya memperoleh harta, kehormatan atau sanjungan. Riak termasuk dosa besar. Setiap amal yang dicampuri riak adalah batil dan tertolak.
Perbuatan riak adalah mencari kedudukan dan penghormatan di hadapan manusia melalui amal akhirat.

Firman Allah swt:

" Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka kerjakanlah amal soleh dan dalam beribadah kepadaNya, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu pun".

-( Al Kahf: 110)


2. Oleh itu kita kena berhati-hati dalam beribadah sebab riak boleh melebur dan membatalkan pahala ibadah. Melakukan ibadah kerana Allah dan merasa mencukupi dengan keredhaan Allah semata-mata akan dapat mengelakkan sifat riak dan menjadikan ibadah kita menjadi sempurna dan diterima oleh Allah.

3. Beramal dengan sifat riak menyebabkan seorang itu mendapat kemurkaan dan azab Allah, kerana ia menyamar pada manusia dengan berlagak iklas, taat kepada Allah, ahli agama dan seumpamanya. Pada hakikatnya dia tidak sebenarnya demikian. Penyamar seperti ini termasuk perbuatan haram.

4. Menyederi bahayanya perbuatn riak, setiap orang mukimin berakal hendaklah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan riak dan hendaklah ia tidak memlilki niat dan tujuan menjalankan ketaatan dan ibadah selain bertaqarrub kepada Allah dan mencari pahala akhirat.

Semoga kita dapat dijauhkan dari sifat riak -siaft tercela yang lain serta sifat yang boleh merosakkan ibadat dan ketahudin kita terhadap Allah swt

Monday, December 26, 2011

Pentingnya solat dan keutamaan-keutamaanya

Isnin, 26 Disember 2012/1 Safar 1433

Petikan dari beberapa hadis mengenai solat:

1. Solat adalah tanda keislaman seseorang. Barangsiapa melakukan solatnya dengan khusyuk, mengerjakannya tepat pada waktu, serta memperhatikan rukun dan sunnah-sunnahnya, maka pastilah ia seorang mukmin.

2. Selama seorang menjaga solatnya, maka perhatian Allah swt selalu tercurah kepadanya. Tetapi jika ia melalaikan solatnya, maka perhatian Allah akan terlepas darinya.

3. Apabila seseorang berdiri untuk melakukan solat, maka pintu-pintu syurga akan terbuka. Lalu Allah menyingkapkan hijab (tabir) antara Dia dengan orang itu selama ia tidak melakukan hal-hal yang dibenci dalam solat.

4. Barangsiapa berwudhuk dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan khuysuk dan khudhuk baik fardhu ataupun sunnat, dan ia menginginkan agar dosanya diampuni oleh Allah, niscaya Allah akan mengampuninya.

5. Selama seorang Muslim menjaga solat lima waktunya dengan istiqamah, maka syaitan akan takut padanya. Tetapi jika ia melalaikannya maka syaitan akan berani kepadanya dan akan menyesatkannya.

6. Dua rakaat solat tahajjud adalah lebih baik daripada seluruh kekakayaan dunia ini. maksud hadis Nabi saw "Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku akan mewajibkannya kepada mereka".

Sunday, December 25, 2011

Qadha dan qadar Allah swt.

Ahad 25 Disember 2012/29 Muharram 1433

Qadha dan qadar Allah swt.

Kita tidak lepas dari pelbagai ujian daripada Allah swt di masa susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini. Semua musibah dan nikmat adalah datangnya dari qadha dan qadar adalah dari Allah swt, yang ditetapkan oleh Allah mengikut masa yang ditetapkan, yang tiada siapa dapat menahannya. Terserahlah kepada Allah yang Maha Berkuasa dan kita perlu insaf dan bertaqwa kepada Allah di atas apa yang telah terjadi mengikut keadaan samada bersabar di atas musibah dan jika mendapat nikmat kita perlu bersyukur kepadaNya.

Firman Allah dalam surah Al Hadid: 22-23, yang bermaksud:

Ayat :[22]

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Ayat: [23]

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Firman Allah Taala tersebut di atas, bermaksud setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri seseorang itu semuanya adalah qadha dan qadar Allah. Oleh itu bagi orang-orang yang beriman hendaklah menerima qadha dan qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredhaan, tanpa merasa sedih dan dukacita dan tidak keluh gelisah, malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah milik dan kepunyaan Allah, dan akan kembali kepada Allah dengan mengucap:

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kemai kembali”

Sebaliknya jika kita menerima nikmat dari Allah dan memperoleh keb ahagiaan, kemuliaan dan kekayaaan, hendaklah bersyukur kepada Alllah swt yang telah melimpahkan kurnianya kepada kita dengan mengucapkan:

“Semua puji dan syukur untuk Allah yang memberi nikmat”.

Sehubungan dengan ini Ibn Abbas, ra berkata:

Setiap orang ada yang duka dan ada yang suka, tetapi orang yang beriman sentiasa bersabar menerima musibah dan syukur menerima nikmat. Dan riwiwayatkan daripada Ibn Masuud ra, bahawa Nabi saw bersaba:

“Seseorang kamu tidak akan merasa kelazatan iman sehingga ia mengetahui (ingin) baha sesuatu ynag diuntukkan untuknya mesti akan diperolehnya, dan sesuatu ynag tidak diperuntikkan untuknya pasti tidak akan didapatnya”

Sunday, December 18, 2011

Amalan seorang mukmin mendapatkan ketenangan jiwa

Ahad,18 Disember 2011/22 Muharram 1433

Apakah amalan seorang mukmin untuk mendapat ketenagan jiwanya setiap hari yang dilalui.

Syarat utma bagi ketenagan hati atau jiwa ilah dengan mengisi keperluan asas rohaninya iaitu iman. Firman Allah yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang ynag beriman dan tenang ternteram hati mereka dengan zikirullah” ketahuilah dengan zikirullah itu. tenang tenteramlah hati manusia”
- ( Surah Al Ra’ad: 28)

Antara amalan yang dapt membersihkan hati mendapatkan ketenagan serta menjauhkan kesedihan dan kesusahan ialah seperti berikut:

1.Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw paling kurang 100 kali sebelum tidur.
3.Lakukan solat taubat
4. Membaca al Quran
5.Bermaaf-maafan sesama kawan ahli jemaah setiap hari.
6. Bisikan diri perkara yang positif
7. Lafazkan niat untuk melakukan kebajikan dan mendapat kejayaan untuk hari esok dan akan datang.
8.Berpuasa sunat
9.Megingati mati, ingatkan saudara terdekat dan mendokan kesejahteraan mereka yang telah meninggalkan kita.
10. Sentisa dlam keadaan berwufhuk
11.Bersedekah
12. Belanja orang makan.
13.Jaga makan dan jauhkan makanan yang subahat.
14. Berkawan dengan ulamak
15.mendekata orang miskin dan ynag susah.
16.Berpesan kepada orang melakukan kebaikan dan menjaukan yang dilarang.
17.Menjaga pancaindera dari perbuatan dan perkara maksiat.

Thursday, December 15, 2011

Penghormatan Islam terhadap kerelaan dua ibu bapa

Khamis, 15 Disember 2012/19 Miuharram 1433h

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin Ash,
Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw meminta izin pergi berperang, kemudian Nabi bertanya:

"Apakah kedua orang tuamu masih hidup ?

Ia menjawab; "Masih". Maka sabda Nabi: "Berjuanglah untuk kedua orang tuamu".

- (HR Bukhari dan Muslim)

2. Didalam riwayat yang lain juaga Abdullah bin 'Amr bin 'Ash juga dia berkata:

"Saya datang berbai't kepadamu untuk berhijrah, tetapi saya tinggalkan kedua orang tuaku dengan menangis. Maka jawab Nabi:
"Pulangah dan lakukanlah supaya kedua orang tuamu itu ketawa, sebagaimana kamu perbuat mereka menangis".

- (HR Bukhari)


Pengajarannya;

1. Jadikanlah medan jihadmu itu dengan jalan berbuat baik dan melindungi kedua orang tuamu.

2. Islam memberikan penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa, sehinggakan Islam tidak membenarkan seorang anak pergi ke medan jihad tanpa mendapat izin orang tua.Sedangkan fisabilillah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam yang tidak dapat dibandingkan dengan sekadar solat malam dan puasa siang hari.

3. Kita manusia telah diperintahkan Allah swt supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, mengandung dan men yusuinya selama 30 bulan.

Firman Allah swt dalam Surah Luqman:[14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".


4. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib. Mereka menduduki tempat ynag kedua sesudah beiman kepada allah dan rasulullah. Kerana tiada seorang pundi atas muka bumi ini yang dapat menyamai ibubapa.Sebaliknya menderhaka kepada ibubapa adalah berdosa besar.

5. Menghormati dan berbakti kepada ibubapa mempunyai beberapa hikmah antarnya:

5.1. Mendapat pahala yang besar daripada Alah swt iaitu sama dengan jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah)


5.2. Mereka ynag berbuat baiak kepada ibubapa akan dianugerahi ketenangan dan kebahagiaan hidup serta dihilangkan kesedihan dan gundah gulana.

5.3. Dijanjikan Allah swt kepada sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa, bahawa mereka akan dihormati dan ditaati pula oleh anak-anak-mereka kelak.

5.4. Bebakti kepada ibubapa , ganjarannya adalah seperti dengan pahala ibadat haji.

5.5. Ganjaran di akhirat ialah Allah menyedikan kehidupan di syurga.

Wednesday, December 14, 2011

Tanda terjadinya hari qiamat

14 Disemebr 2012/18 Muharram 1433.

Mengenai hari qiamat Nabi Muhammad saw pernah bersabda menerangkan tanda-tanda hari qiamat:

"Adalah di hadapan hari qiamat beberapa fitnah seperti tumpuk-tumpuk malam yang gelapa gelita . Seorang lelaki beriman pada paginya dan kafir pada petangnya, dan seorang lelaki beriman pada petangnya dan kafir pada painya .; dan ada beberapa kaum yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia".

Peng...ajarannya:

1. Hari qiamat atau al sa'at ialah satu hari yang pasti datang. Hanya waktu terjadinya tidak diketahui oleh sesiapa pun.Tidak juga diketahui oleh Rasulullah. hari qiamat hanya dalam pengetahuan Alah sahaja.

Firman Allah dalam surah al A'raf: [187] ynag bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Tuesday, December 13, 2011

Ruh (jiwa) dalam solat

Selasa 13 Disember 2012/17 Muharram 1433

Solat pada pengertian bahasa 'Arab ialah "Doa" iaitu do'a memohon kebajikan, pujian Allah kepada nabiNya. Di alam solat terdapat "tawajjuh" (berhadap diri kepada Allh) dan do'a (seruan memohon hajat dan kemapunan kepada Allah). Dalam firman Allah yang bermaksud;

"Dan berdo'alah untuk mereka, kerana sesungguhnya do'amu itu menenangkan dan mententeramkan mereka (menjadi ketenangan dan ketenteraman bagi mereka".

-( Surah Ta Taubah: 103)

Selain dari solat yang memberi erti bebrapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dari takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita beribadat kepada Allah, sebagaimana yang disyaratkan dalam rukun dan kafiatnya, ia masih belum menyingkap penghayatan solat yang sebenarnya dalam solat.

Pada hakikatnya solat secara bathinnya solat adalah berhadapan dengan hati (jiwa) kepada Allah dengan cara atau keadaan yang mendatangkan takut, serta mendatangkan rasa kebesarNaya di dalam jiwa. Melalui solat seorang itu menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah swt yang kita sembah, dengan beberapa perkataan dan beberapa perbuatan.

Lantaran demikian solat dikatakan sebagai do'a. Dengan menzahirkan hajat bahawa kita mengharapkan solat dapat menghasilkan apa yang kita hajati daripadanya.Kita memohon atau menghgarapkan sesuatu nikmat dan mengharpkan supaya terhindar daripada sesuatu bencana da mala petaka.

Ruhus solat bererti kita mengharapkan kepada Allah dengan sepenuh jiwa, dengan sepenuh khuysuk dan sepenuh ikhlas, serta merasakan kebesaran Allah dan hadir hati baik dalam berzikir, baik dalam
berdoa maupun dalm memuji.

Sesungguhnya pengertian yang melengkapi rupa, hakikat dan ruh solat ialah bererti berhadap hati (jiwa) kepada Allah dengan sikap yang mendatangkan takut, menumbuhkan rasa kebesaranNya dengan penuh khysyuk dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Mengerjakan atau mendirikan solat menjadi berkesan dijiwadan diterima Allah sekiranya kita benar-benar berhadap jiwa kepada Allah dengan khyusuk ynag sungguh-sungguh serta merasakan bahaw diri kita sangat berhajat kepadanya. Jika solat kita kosong dari penghayatan ini, akan kosonglah solat kita dari jiwanya dan lenyaplah daripadanya sendinya yang paling penting.

Wednesday, December 7, 2011

Tinggalkan perkara yang meragukan

Rabu 7 Disember 2012/11 Muharram 2012

Petikan dari sabda Rasulullah saw: Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragu-ragukan engkau”

– (HR Tirmizi dan Nasa’i)

Huraiannya:

1. Perlu bersikap teguh dalam menghadapi segala perkara yang meragukan atau yang mendatangkan syak wasangka di hati dan tidak terang keadaannya dan dalam kesamaran.

2. Tinggalkan dari melakukan suatu perkara atau perbuatan apa pun yang tidak menyenangkan hati dan fikiran kita. Adalah lebih selamat kitaka melakukan sesuatu yang mententeramkan hati iaitu ynag penuh yakin, kerana itu lebih sejahtera serta lebih terpelihara.

3. Mengikut Abu Hurairah Rasulllah saw pernah bersbda , “Tinggalkan barang yang meragukan engkau kepada barang yang tidak meragukan engkau”…..Caranya…”Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara maka letakkan tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal”.

4. Abu Dzar al Ghifari ra iaitu: “Kesempurnaan taqwa ialah meninggalkan setengah yang halal kerana takutkan yang haram”

Monday, December 5, 2011

Isnin 5 Disember 2012/9 Muharram 1433

Sunday, December 4, 2011

kelebihan membantu mereka yang memerlukan pertolongan

Ahad 4 Dis 2011/ 8 Muharram 1433

Sabda Rasulullah saw:


‎"(Diantara ) orang yang paling dicintai oleh Allah ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia, dan di antara amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang Muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutang, atau menghilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan sudaraku kerana meneyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.....

Huraian:

1. Seseorang itu akan diberikan ganjaran pahala "sebulan beriktikaf di masjd" dengan hanya membantu seseorang itu menyelesaikan hajatnya yang kadangkala tidak sampai beberapa minit!!. Allahu Akbar!

2. B eruntunglah bagi sesiapa ynag menjadi orang ynag banyak memberi manfaat kepada manusia/ dan juga makhluk Allah yang lain, sperti memberikan bantuan dalam kerja-kerja kebajkan, menggembirakan hati mereka dengan menyelesaikan hutang piutang mereka atau musibah yang diseritai olehnya dna keluarganya.

3. Sebaliknya Allah memurkai mereka yang melakukan sebaliknya seperti menyusahkan orang, menimbulkan masalah, menganiaya orang, menabur fitnah, berbohong sehingga menimbulkan pertelingkahan sesama manusia.

Friday, December 2, 2011

Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,

2 Disember 1432/ 6 Muharram 1433

Pagi ini selepas solat subuh, Majlis membaca terjemahan Pemimpinan Ar Rahman, Kepada Pengertian Al Quran di Masjid Ar Rahimah, Taman Greenwoood, kami sama-samaa membaca permulaan Surah al Mumtahanah. Terasa di fikiran bahawa Al Quran sentiasa dapat diapplikasikan dengan suasana semasa , dan isi kandungnya sentiasa "fresh" , walaupun ianya diwahyukan kepada nabi Muhammad saw lebih daripada 1400 tahun dahulu. Maksudnya dianggap mudah difahami. Mudah-mudahan dapat pula kita menghayatinya.

Firman Allah dalam Surah AL MUMTAHANAH Ayat 1 dan 2


[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

[2]
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

Tuesday, November 29, 2011

Beriman dan beramal balasan syurga

29 November 2011/3 Muharram 1433

Dalam sepotong hadis Nabi saw bersabda;

" Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau berisitiqomah"

-(HR Muslim)

Dalam peristiwa ini Nabi saw telah menjawab pertanyaan Sufyan bin Abdullah yang bertanya kepada Nabi saw, "katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau".

Hadis ini menghuraikan kepada kita bahawa Islam adalah keimanan dan amalnya yang kedua-duanya disepadukan dalam bentuk amal yang zahir sebagai buktinya.

Dalam firman Allah yang berikut, ALLAH memberikan balasan syurga kepada mereka yang beriman dan bersikap beristiqomah mengikut syariiat Islam.

"Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqoamah, turun atas mereka Malaikat sambil berkata: bahawa janganlah kamu takut dan janganlah berdukacita dan gembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

-(Surah Fussiat: 30)

Friday, November 25, 2011

Kehidupan dunia yang dilalaikan.

Jumaat 25 November 2011/ 29 Zulhijjah 1432.


Untuk menjadi renungan pada pagi jumaat hari ini.

(Surah Al-Hadid, Ayat 20.)


Fiman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah

(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang

melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang

bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan

bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak

pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang

(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka

dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar

(ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning

Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di

akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya

mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta

keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat)

dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi

orang-orang yang terpedaya. (20)

Monday, November 21, 2011

Isnin 21 Novwmbwr 2011/25 Zulhijjah 1432

Sunday, November 20, 2011

Ahad 20 November 2011/24 Zulhijjah 2011

Saturday, November 19, 2011

Sabtu, 19 November 2011/23 Zulhijjah 1432

Thursday, November 17, 2011

Beribadat dan berdoa

Khamis, 17 November 2011/212 Zulhijjah 1432

1. Orang yang beriman diwajibkan beribadat kepada Allah swt.dengan mengerjakan ibadat khusus dan ibadat am, dan dikehendakki pula berdoa. Hanya kepada Allah sahajalah yang patut disembah dan diminta pertolongan.Orang yang beribadat ilah lah mereka ynag bersyukur keada Allah atas nikmat iman, kesihatan, kelpanagn serta lain-lain nikmat ynag banyak dan lebeih besarn. Dengan banyaknya ibadat lebih banyaklah harapan nkamat serta rahamt yang diharapakan diperolehi seseorang. Ibadat adalah hak Allah atas ahamba-hambanya yang cintakan Allah dan Allah pula mencintainya an bertaqwa, jika dalam keadaan berimana .

2. Dengan berdoa seorang itu dikehendakki berserah diri dan meggantungkan harapan sepenuhnya kepada Allah swt. dan bertawakal kepada Allah dengan menghrapkan nikmat atau rahmat dari Allah.Kepada Allah sahajalah ynag kita sembah dan ekepada Dia sahalahlah ynag kita mohon sesuatu ynag kita hajati.

3. Golongan manusia yang mulia ialah mereka yang beribadat kepada Allah dan memohon kepadaNya, dengan penuh sifat hamba ynag merendahkan diri dengan membebesarkan Allah, mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sebaik-baik doa ialah memohon pertolongna kepada Allah untuk dapat nelakukan apa yang ynag menjadi keredhaan Allah. Yang paling diredhai Allah ialh mengingat dan mnysyukluri serta beribadat kepadanya.

4. Orang yang beriman yang mendapat kuriniaa Allah akan sentiasa ingat dan bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Sebaliknya mereka yang durhaka kepada Allah tidak bersyukur dan tidak mengingati Allah dengan niukmat yang diperolehinya.

5. Tidak semestinya kemewahan yang diperolehi menandakan kecintaan dan keredhaan Allah kepada seseorang. pangkat ynag tinggi, harta ynag banyak, kesihatan yang baik belum tentu menunjukkan kecintaaan Allah atau kebaikan seseorang. Di kalangna orang kafir terdapat mereka yang mewah dari segi kebendaan dll. Sebaliknya berapa ramai orang beriman termasuk Nabi dan rasul-rasul yang melarat hidupnya. Mereka yang diberi nikmat dan kemewahan menjadi kufur dan akan membawa mereka terjerumus ke Neraka. Sebenarnya itulah ujian Allah terhadap mereka dengan harapan mereka insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Jadikanlah diri kita orang yang bersyukur dan makin mendekatkan diri kepada Allah swt. dan apabila mendapat kejelekan atau kesusahan kita bersabar dan semakin mendekatkan diri kepada Allah dan tidak menjadi berputus asa dan masih mengharap kurnia Allah atas dasar iman, taat dan bertaqwa kepadaNya.

Wednesday, November 16, 2011

Rabu 16 November 2011/20 Zulhijjah 1432

Sunday, November 13, 2011

Ahad 13 November 2011/17 Zulhijjah 1432

Saturday, November 12, 2011

sabtu, 12 November 2011/ 16 Zulhijjah 1432

Thursday, November 10, 2011

Kelebihan solat subuh berjemaah dan berzikir selepasnya

Khamis, 10 November 2100/14 zulhijjah 1432.


Masya Allah!! besarnya kelebihan solat subuh berjemaah dan berzikir hingga paginya. Sebagaimana dalam hadis dari Anas bin Malik ra Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia solat dua rakaat, dia akan memperolehi pahala ibadah haji dan umrah, sempurna , sempurna dan sempurna".

- (HR Tirmizi)

1. Sebaik tempat berjemaah itu ialah di Masjid. Tunaikan solat fardhu di masjid kecuali uzur. Dekati masjid sebagi tempat yang paling suci di sisi Allah untuk berjemaah, mempelajari agama dan bersilaturrahinm. Bagi wanita solat di rumah lebih aula lagi. Jadikan masjid itu rumah kedua anda.

2. Rancanglah kedudukan rumah anda supaya dapat tinggal berhampiran dengan masjid untuk mudah berjemaah di masjid, terutama untuk kemudahan masa tua anda.


3. Tidak bermakna mereka yang mampu tak perlu buat ibadat haji dan umrah ke tanah suci. Dengan rahmat Allah Yang Maha Pemurah aseolah-olah dengan berjemaah solat subuh dan berzikir Allah dan melakukan solat dhuh, kita diberikan ganjaran pahala mengerjakan haji dan umrah kepada mereka yang tidak mampu mengerjakan umrah ke tanah suci.. Allah memberikan pahala yang besar bagi mereka yang taat berjemaah pada solat subuh,diikiukti dengan menigkatkan zikirullah disertai pula dengan solat dhuha.

4. Yang penting bagi kita ialah, kita mengamalkan ketaatan beribadat kepada Allah swt, sama ada ibadat wajib atau pun sunat, bagi kita mendekatkan diri bertaqarrub dalam usaha terus menerus mendekatkan diri kepadaNya.

5. Dengan mendekatkan diri kepada Allah kita kita akan beroleh ketenangan. Jika kita juah deganNya kita hati dan jiwa kita akan merasa gelisah dan tidak bahagia serta hidup dalam kegelapan tanpa petunjuk.....(Na'udzu billahi min dzalik).

Wednesday, November 9, 2011

Setiap Orang Islam ada sedekahnya

Rabu, 9 November 2011/13 Zulhijjah 1432

Daripada Abu Burdah daripada bapanya, bahawa Junjungan Nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Atas tiap-tiap orang Islam itu sedekah. Maka berkata mereka: Wahai Rasulullah ! Maka barangsiapa yang tiada dapat (berbuat demikian)?. Maka ia berkata: Bekerjalah dengan tangannya maka ia dapat memberi guna kepada dirinya dan ia bersedekah. Berkata mereka. Mkaa jika tiada dapat? Berkata ia: Menolong orang yang mempunyai hajat yang meminta pertolongan. Berkata mereka: Maka jika tiada dapat juga? Berkata ia. “Maka hendaklah bekerja dengan kebajikan dan hendaklah ia tegah daripada kejahatan kerana bahawasanya (perbuatan itu) sedekah baginya.


- (HR Imam Bukhari)

Huraian:

1. Bahawa apa juga yang dikerjakan oleh setiap orang Islam itu ada ganjaran pahala baginya iaitu pahala bersedekah. Apa-apa pekerjaan yang dilakukan mereka untuk memberi faedah kepada orang lain tetap pula dipuji dan diberi balasan. Tiap-tiap orang Islam hendaklah menaruh perasaan kasih sayang terhadap orang lain dengan cara demikian.

1. Perasaan kasih sayang itu hendaklah pula dibuktikan dengan cara memberi bantuan harta atau lainnya. Kalau tidak berdaya dengan harta makan hendaklah dengan cara memberi petunjuk atau ajaran dan nasihat yang baik, dan kalau tidak juga berdaya maka semudah-mudahnya ialah meninggalkan perbuatan jahat dan bahaya terhadap orang lain.

Saturday, November 5, 2011

Hari Raya Korban

Sabtu, 5 Novemeber 2011/9 Zulhijjah 1432

Esok hari Ahad, 6 November 2011/bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam di Malaysia merayakan Hari kebesaran Islam iaitu hari Raya Aidil Adha. Hari kebesaran ini dikenali juga sebagai Hari Raya Haji yang merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islamsedunia mengikut kiraan bulan Islam di tempat masing-masing. Pada masa ini dianggarkan 3 juta umat Islam yang sedang mengerjakan Rukun Islam kelima ini ke Mekah.


Hari Raya ini dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana sambutan pada hari ini ialah bagi meraikan umat Islam yang mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Aidil adha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban yang dilakukan adalah bagi sempena memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat keyakinan, kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatanag kibas ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firman ALLAH swt:


"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).


Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian."

– (Surah al-Soffaat: 101-108)


Pada Hari Raya korban umat Islam akan melakukan ibadat Korban , dengan menjalankan penyembelihan binatang-bintang korban dengan mengagih-agihkan daging yang siap dilapah dan potong untuk diberikan kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Sambutan Hari Raya bermula dengan takbir aidil adha pada malam 10 Zullhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil adha beserta dengan bacaan khutbah pada awal pagi 10 zulhijjah. Ibadat korban dengan melakukan penyembelihan binatang korban boleh dilakukan setelah selepas solat sunat raya dan boleh juga dilaksanakan pada 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, sebelum tenggelamnya matahari pada hari ke 13 Zulhijjah, atau yang dikenali sebagai hari tasyrik.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan memakai pakaian yang cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.


Pada kebiasaannya solat sunat Aidil adha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidil adha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Semoga semangat pengorbanan iini dapat dihayatai dan diamalkan supaya dapat dilaksaanakan sebangimana yang diteladani oleh Nabi Allah Ibrahom dan Ismail, a.s.Begitu juga pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw serta para sahabat yang berkorban harta, jiwa dan raga mereka untuk menyebar dan menegakkan Islam sehingga hasilnya dapat kita kecapi dengan nikmat agama dan iman hingga ke hari ini. Tanyalah diri kita , apakah yang telah kita lakukan pengorbanan terhadap agama Allah dan pengorbanan kita sebagai hamba Allah terhadap Maha Pencipta?

Friday, November 4, 2011

Balasan orang yang bertaqwa

Jumaat,4 November 2011/8 Zulhijjah 1432

terjemah Surah Attur.

[17]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

[18]
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

[19]
(Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

[20]
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

[21]
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

[22]
Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

[23]
Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.

[24]
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

[25]
Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.

[26]
Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami – selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

[27]
“Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.

[28]
“Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani”.

Thursday, November 3, 2011

khamis 3, November 2011/7 Zulhijjah 1432

Wednesday, November 2, 2011

Kemuliaan ulamak lebih daripada syahid.

Rabu 2 November 2011/6 Zulhijjah 1432

Berkata Ibnu Mas'ud ra:

"Haruslah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adakah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama. kerana melihat kemuliaan ulamak itu. Sesungguhnya tak ada seseorang pun yang dilahirkan berilmu. kerana ilmu itu adalah dengan belajar".

Tuesday, November 1, 2011

Selasa 1 November 2011/5 Zulhijjah 1432

Sunday, October 30, 2011

Ahad 30 Oktober 2011/3 Zulhijjah 1432

Thursday, October 27, 2011

khamis 27 okt 2011/29 zulkaedah 1432

Wednesday, October 26, 2011

Kelebihan menuntut Ilmu

Rabu 26 Oktober 2011/28 Zulkaedah 1432

Tuntutlah ilmu sepanjang hayat. Jangan selesa apa yang diperolehi pendidikan secara formal di sekolah, kolej atau uni sahaja. Agama kita menganjurkan supaya menuntut dan mendalami ilmu dengan matalamat untuk bertaqwa dan beribadat kepada Allah swt. Menuntut secara berterusan secara informal perlulah diusahakan seperti menghadiri kelas-kelas pengajaran agama di Masjid atau surau, di pusat-pusat ilmu yang lain dan menimba ilmu melalui rujukan daripada buku-buku yang boleh dibeli atau diperolehi di Perpustakaan.

Allah berfirman:

"Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat".


-( Surah Al Mujadalah: 11)

Menuntut ilmu adalah ibadah, tempat-tempat mengkajinya adalah bertasbih, membahasnya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahuinya adalah sedekah, mendermakannya kepada keluarganya adalah mendekatkannya kepada Allah swt.

Dia adalah sahabat setia dalam kesendirian dan manakala dalam kesepaian, serta menunjukkan pada agama. Kerananya Allah swt akan mengangkat sejumlah kaum sekaligus menjadikannya berada dalam kebaikan dan menunjukkan manusia pada kebaikan pula. Kerananya, dia mengesakan Allah disembah dan ditaati. Keranaya , dia bersikap wara', kerananya persaudaraan terjalin dan kerananya pula dia mengetahui antara halal dan haram.

sabda Nabi saw:

"Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu, jika diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri'

-(HR Al Bukhari dari Abu Darda')
Nabi saw bersabda mengenai kelebihan ilmu dari ibadah dan mati syahid;

"Kelebihan orang yang berilmu dan orang 'abid (orang yang banyak ibadahnya) seperti kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku"

Tanpa ilmu pengetahuan yang sebenar, tidaklah sempurna ibadat yang diamalkan oleh seseorang.

Saturday, October 22, 2011

Sabtu 22 Oktober 2011/24 Zulkaedah 1432

Friday, October 21, 2011

Melakukan sedekah atau infak daripada sebahagin rezeki

Jumaat 21 Oktober 2011/23 Zulkaedah 1432

Allah swt memerintahkan hamba-hambannya supaya melakukan infaq dan membelanjakan sebahagian rezeki yang telah dilimpahkan kepada mereka untuk membantu fakir, miskin dan orang-orang yang memerlukannya. idak sepatutnya mereka ynag b erada itu berlaku kikir dengan sebab takiut hartanya habis atau susut bilangan dan banyaknya.

Allah swt pasti akan membalas infaq yang dibelanjakan atau pemberian yang dikeluarkan dengan balsan yang berlipat ganda lagi di akhirat nanti. Allah membalas dengan caranya sendiri, baik hambanya sedar atau tidak sedar yang ditentukaNya sendiri balasan yang dilimpahkan semasa di dunia ini atau ditangguhkan pada waktu pada hari akhurat. ganjaran ynag akan diberikan Allah itu adalah lebih baik dan berlipat ganda. banyaknya.

Oleh itu jangan ragu-ragu melakukan infaq dan membelanjakan harta benda serta kekayaan yang berlebih atau dianggap berlebihan dari keperluan sendiri dan keperluan tanggungan yang lain. Keutamaan infaq ialah kepada anggota keluarga terdekat sebelum mengagihkan kepada orang-orang fakir, miskin yang taat kepada Allah.

Firman Allah: Drai Surah Al Baqarah:

245]
" Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

[261]
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."



Bagi orang orang-orang dermawan dan kiir tersedia malaikat
-malaikat yang ditugaskan khusus setiap pagi untuk mendoakan mereka.

Hadis Nabi saw menegaskan;

"Tidak akan terlewat seharipun pada tiap-tiap pagi, pasti akan ada dua malaikat yang turun (ke bumi ini) medoakan hamba-hamba Allah satu di antaranya berdoa: "Wahai Tuahnku! Berilah orang-orang yang infaq itu imbalan". Malaikat kedua berdoa, "Wahai Tuhanku! berilah orang yang kikir itu kebinasaan (hartanya)"

Oleh itu banyakkanlah berinfak ke jalan Allah swt.

Wednesday, October 19, 2011

Sebenar-benar taqwa

Rabu 19, Okober 2011/21, Zulkaedah 1432

Firman Allah swt, "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa" -(Ali Imran: 102)

1. Mengikut tafsiran Abdullah Mas'ud; "Sebenar-benarnya taqwa adalah taat, tidak durhaka , selalu ingat, tidak pernah lalai dan selalu bersyukur tidak pernah kufur.

2. Ibnu Abbas ra " Ia lah mereka yang sentiasa berjuang di jalan Allah dengan perjuangan yang sungguh-sungguh. Tidak peduli dengan makian ora...ng-orang yang memaki dan berlaku adil meskipun terhadap dirinya sendiri, bapa amaupun anak-anaknya".

3. Menurut Umar bin Abdul Aziz, berpendapat " Taqwa kepada Allah swt itu buekan bererti rajin berpuasa di siang hari dan melaksanakan ibadah di malam hari. Akan tetapi taqwa kepada Allah swt yang sebenarnya ialah meninggalkan laranganNya dan menjalankan perintahNya. Orang yang diberi kurnia oleh aAlah swt dapat melaksanakan yang demikian itu, bererti dia telah memperolehi kebaikan yang amat berharga"

Firman allah dalam Surah al Baqarah:177:

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

Tuesday, October 18, 2011

Bangun solat tahajud malam.

Selasa 18 Oktober 2011/20 Zulkaedah 1432a:


Dari Abu Hurairah ra , katanya: rasulullah saw bersabda:

"Allah melimpahkan rahmatNya kepada seseorang lelaki yang bangun dari tidurnya pada sebahgaian dari waktu jauh malam lalu ia solat tahjud serta ia bengunkan isterinya untuk mengerjakan solat itu. maka jika isterinya enggan banguan (kerana lena tidur atau malas), hendaklah ia (menggunakan cara yang lemah lembut dengan) merenjiskan air pada mukanya.

Demikian jugalah melimpahkan rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun dari (waktu jauh) malam lalu ia solat tahajud serta ia bangunkan suaminya (untuk mengerjakan solat itu). Maka jika suaminya enggan bangun (kerana lena tidur atau malas) hendaklah ia (menggunakan cara yang lemah lembut dengan) merenjiskan air pada mukanya"

- (Hadis soheh- HR Abu Daud dan lain2)

Monday, October 17, 2011

Belajar ilmu kerana dunia semata

Isnin 17 Oktober 2011/19 Zulkadah, 1432

Abu Hurairah ra mengatakan bahawa rasulullah saw bersabda:

" Siapa yang belajar ilmu yang biasa dicari untuk mencapai ridha Allah, tetapi ia tdak mempelajarinya kecuali untuk mencapai kepentingan dunia (kekayaaan dunia), maka tidak akan mendapat bau syurga di hari kiamat".

- (HR Abu Daud)

Thursday, October 13, 2011

menyesal di akhirat tidak berguna lagi

Khamis, 13 Oktober 2011/15 Zulkaefah 2011


Perhatikan dan renungkalah ayat-ayat al Quran berikut dari surah as- Sajadah :11-12,

[11]
Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.

[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Setiap penderhaka yang sudah mati, lalu dihadapkan ke hadapan Tuhan dan melihat sendiri akann azab siksa yang disediakan bagi mereka, baru yakin dan percaya adanya kehidupan sesudah mati ketika itulah ketika itulah mereka menyesal dan mengeluh mohon dikembalikan hidup di dunia dan berjanji akan mengerjakan kebajikan . Hal itu tidaklah mungkin, sebab bila mereka dikembalikan ke dunia ini, mereka pasti akan berbuat jahat dan derhaka kembali.


Firman Allah dalam Surah Az-Zumar 58 dan 59.

[58]
“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”

[59]
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”

Untuk menghindarkan diri dari sesalan yang berpenjangan itu, camkanlah seruan allah yang berikut ini; dalam Surah az Zumar 54 dan 55,

[54]
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[55]
“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

Tuesday, October 11, 2011

Carilah kesenangan akhirat yang kekal dan lebih baik

Selasa 11 Oktober 2011/13 Zulkaedah 1432

Ketahuilah bahawa seluruh rahmat dan nikmat yang dituangkan Allah di permukaan bumi ini adalah sebahagian kecill sahaja dari rahmat Allah yang amat besar. Seluruh rahmat, nikmat hartabenda (kesenangan) di dunia ini terbatas sekali, terbatas banyaknya dan u haram adalah bererti mengorbankan kesenangan akhirat terbatas waktu kegunaannya. Tetapi rahmat atau kesenangan di akhirat itu tidak terbatas, baik jumlahnya bagitu juga waktunya.


Oleh sebab itu di samping mencari kesenann dunia sekarang ini, kita jangan lupa menmcari kesenangan untuk akhirat nanti. Sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang mengorbankan kesenangan akhiratnya untuk mendapat kesenangna di dunia ini. Mendapatkan kesenangan atau kekayaan dunia dengan jalan yang terlarang atau haram adalah bererti menhgorbankan kesenangan akhirat untuk mendapatkan kesenangan dunia yang sedikit ynag fna ini.

Sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya Allah Taala pada hari menciptakan langit dan bumi, menciptaka pula akan 100 rahmat. Masing-masingnya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Di antara 100 rahmat tersebut dijadikan Allah hanya satu rahmat untuk di bumi ini. Dengan rahmat yang satu itulah berkasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya, antara binatang-binatang liar dann burung-burung terhadap anak-anaknya masing-masing, 99 rahmat lainnya ditahan, dan bila sudah terjadi kiamat besar, disempurnakanNyalah rahmat itu”.


Firman Allah awt;” katakan (Hai Muhammad): hartabenda (kesenangan) dunia ini sedikit, dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa, di mana mereka tidak akan dianiaya (dirugkan) sekalipun sedikit”.
- (Surah An Nisa:77)

Sabda Rasulullah saw: “Sejelak-jelek kedudukan manusia pada sisi Allah di hari qiamat ialah seorang yang mengorbankan akhiratnya untuk dunia lainnya”

Monday, October 3, 2011

Kebesaran kalimah Allah

Isnin, 3 Oktober 2011/ 5, Zulkaedah 1432.

Firman Allah swt:

“Sekiranya laut dijadikan tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Tuhanku, sungguh akan keringlah lautan sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, seklaipun ditambah sebanyak itu lagi”.

- (Surah Al Kahfi:109).

Kalimah Tuhan ada 2 macam:

1. Ada yang berupakan rangkaian kata-kata yang dikumpulkan menjadi Kitab-Kitab Suci.

2. Ada pula yang berupakan alam semesta. Setiap bahagian dari alam, baik alam nyata (benda) atau alam ghaib, adalah kalimah Allah, kerana semua itu diciptakan Allah dengan kalimahNYa.
-

Sunday, October 2, 2011

107- Surah Al Kauthar.

Ahad 2 Oktober 2011/4 Zulkaedah 1432

(surah ke 108) Surah Al Kuthar.(Kebaikan yang anyak)

1.Allah swt menegaslan bahawa Ia tela mengenurnikan kepada Nbai Muhammad saw - kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat.

2.Di antarnya ialah "Kolam al kauthar" yang airnya dari sebatag sungai di syurga dan tidka trrhinggalaztnya.

3.Allah menerangkan nikmat-nikmt Allah yang banyak yang telah dilimpahkan kepada baginda, lalu diperintahkan mengerjakan solat kerana Allah semata-mata dan supaya menyemebelih korban sebagai bersyukur.

(Korban di sini sebagaimana yang diterangkan tidak terhad kepada menyembelih binatnag korban sahaja, bahkan meliputi segala jenis pengorbanan untuk kebaikan masyarakat, seperti memberi tunjuk ajar k epada orang ramai dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka dan bermurah harti mendermakan harta benda untuk kebakikan awam.)

3. Ditegaskan juga bahawa orang yang memusuhi dan membenci Nabi Muhammad saw, dialah yang terputs dari mendapat sebarang perkara yang diingininya.

Friday, September 30, 2011

Syaitan musuh manusia

Jumaat 30/September 2011/ 2 Zulkaedah 1432

1. Allah sengaja menjadikan syaitan sebagai musuhmu, suapaya kau jemu pada syaitan dan berlindung kepada Allah. Demikian pula Allah tetap menggerakkan hawa nafsumu supaya kau tetap selalu menghadap kepada Allah untuk melawan hawa nafsu.

2. Allah berfirman yang bermaksud, " Sesunguh syaitan tidak berdaya (tidak kuasa) terhadap orang yang betul-betul beriman dan kepada Tuhan mereka berserah diri dan bertawakkal kepada Allah".

- (Annhl: 99)

"Sesungguhnya kekuatan/kekuasaan syaitan itu hanya orang-orang yang berwali kepadanya (menurut pada pimpinan/bisikan-bisikannya, dan dengan itu mereka menyelkutukan Allah".

- (Annahl: 100)

3. Firman Allah " Dan tiadalah saya merasa bersih diri, sebab hawa nafsu itu mendorong kepada kejahatan kecuali bagi orang yang dapat hidayat/rahmat Tuhanku. Sungguh Tuhanku Maha Pengampun lagi Penyanyang".
-(Yusof: 53)

4. Kata Pujangga: Sungguh aku telah diuji dengan empat musuh yang selalu melempar aku dengan anak panah yang dapat menembus. Iaitu; Iblis, dunia, hawa nafsu dan syahwat. Ya Tuhanku, hanya Engkau yang dapat menyelamatkan aku.

5. Tuhanku hanya Engkau yang dapat menyelamatkan aku Allah menjadikan syaitan sebgai musuh manusia ini suatu nikmat besar bagi manusia, sebab dengan demikian manusia selalu harus berlindung dan mendekat kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri dari syaitan (musuhnya) itu. Sebab dia sendiri tidak akan sanggup melawan musuhnya yang kawakan dan sangat samar itu kecuali dengan perlindungan Allah.

Tuesday, September 27, 2011

Hubungan ruhani dengan Allah

Selasa, 27 September 2011/29 Syawal 1432.

Sesungguhnya alam dapat mencukupi engkau hanya dari sudut jasmanimu semata-mata ,tetapi tidak memuaskan engkau dalam hal keruhanainmu. Kerana badan jasmani sejenis dengan benda-benda alam, maka di situlah letak hajat keperluan badan jasmanimu, sebaliknya ruhanimu sama sekali tidak sejenis dengan benda-benda alam ini, bahkan jauh berbeza, maka kerananya tidak usah kau harus menggantungkanya soal dengan kebendaan dan seharusnya hanya berhubungan kepada Tuhan Allah ta'ala.

Ahmad bin Khadharawaih ketika ditanya; amal perbuatan apakah yang utama? Jawabnya: Menjaga hati jangan sampai condong, menoleh/mengharap pada sesuatu selain Allah ta'ala.

Abu Abdullah Al Jallaab berkata; Siapa yang hasrat semangat tujuannya lebih tinggi dari alam benda, maka ia pasti sampai kepada Allah yang mencipa alam, tiada yang tujuannya hanya pada sesama makhluk maka tidak mendapat Tuhan, sebab Allah Maha Mulia untuk dapat menerima persekutuan/dipersekutukan.

Thursday, September 22, 2011

112 - Surah Al Ikhlas Tauhid yang sebersih-bersihnya)

Khamis,22 September 2011/24 Syawal 1432

Surah al Ikhlas (tauhid yan sebdrsih-bersihnya)

1. Dalam keseluruhan surah ini Allah Taalah perintahkan Nabi Muhammad saw supaya menegaskan kepada umum; bahawa Allah Taala Maha Asa dan tidak ada bandinganya.

2.Allah memberi kesedran kepada hati kecil manusia akan iktikad tauhid yang sebersih-bersihnya, untuk dijadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam alam kehidupan, dengan yang demikian ia tidak akan memperhambakan diri melainkan kepada Allah semata-mata, dan tidak bertumpu pada masa senang dan susah melainkan kepada Allah sahaja serta tidak menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukam Allah yang ialah menjadi punca bagi segala keadaan, kekuasaan dan ketetapan.

Wednesday, September 21, 2011

Mencari ilmu tidak ikhlas kerana Allah

Rabu, 21 September 2011/23 Syawal 1432

Ilmu itu jika disertai rasa tajut kepada Allah, maka itu yang menguntungkan bagimu, jika tidak maka itu bahagia bagi mu.

Rasulullah saw bersabda:

"Tiap hari di mana aku tidak bertambah ilmu yang mendekatkan aku kepada Allah, maka bererti tidak berkat bagiku terbit matahahari pada hari itu".

Rasulullah saw bersabda:

"Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari (mencuri) dunia dengan kedok agama , memperlihatkan (memakai) di muka orang bulu domba kerana lunak, lidahnya ;lebih manis dari madu tetapi hatinya hati serigala. Allah akan berkata kepada mereka: Apakah kamucakan menentang kepadaku, atau mempermainkan Aku, maka demi kebesaranku Aku akan menurunkan terhadap mereka ujian fitnah, sehingga menjadikan orang yang sabar tenang dan kebingungan.

Rasulullah saw bersabda:"Akan iba satu masa pada umat manusia, tiada tinggal dari Quran kecuali tulisanna belaka, dan Islam hnaya namanya".

Hati orang-orangnya kosong dari petunjuk hidayat, dan masjid hanya penuh jasad manusia yang tak berhat taqwa, sejahat manusia waktu itu ialah para ulamak, sebab dari mereka sumber fitnah dan kepada mereka pula kembalinya.

Abu hurairah r,a nerkata : bersabda nabi saw;

" Siapa yang belajar ilmu agama, tidak untuk mencapai keridhaan Allah, tidak mempelajarinya kecuali untuk mencapai suatu kepentingan dunia, maka ia tidak akan mendapat (merasai) bau syurga pada hari qiamat".

Al Hasan ra berkata: "Siksa bagi seorang alim itu matinya hati. Ketika ditanya: Bagaimana mati hati itu? Mencari dunia dengan amal akhirat Dan lebih jahat lagi jika menjilat-jilat kepada raja (pemerintah) untuk mencari keuntungan dari wang haram atau syubahat, maka yang demikian terang-terangan menenetang murka Allah.

Bekata Pengarang kitab Azzubad: Seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya akan disiksa sebelum penyembah berhala dan siapa yang betamabah ilmu tetapi tidak bertambah baik budi akhlaknya dan takutnya kepada Allah, maka tiada bertambah dekat kepada Allah, bahkan bertambah jauh dari Allah Ta'ala.

Monday, September 19, 2011

Meraptkan saf dalam solat berjemaah

Isnin 19 September 2011/21 Syawal 1432.



Dari Anas ra dari Nabi Muhammad saw, sabdanya:

“Betulkan saf-saf (barisan) kamu (semasa solat berjemaah),kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan solat dengan sempurna”.

(HR Bukhari dan Muslim- Hadis Soheh) .


Diterangkan lagi dalam hadis yang berikut:

- Dari Aisyah ra dari Nabi Muhammad saw sabdanya:

“Sesungghnya Allah memberi rahmat dan MalaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf solat serta orang-orang yang merapatkannya, dan (selain dari yang tersebut) orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) ditinggikan Allah martabatnya, dengan perbuatannya itu , satu derajat”.


(HR Imama Ahmad)

1. Rasulullah saw menyuruh umat Islam membetulan saf semasa mengerjalkna solat berjemaah supaya teratur dengan betul, lurus dan tidak renggang celah-celahnya. Kerana pembetulan saf yang demikian dihitung dari amalan mengerjakan solat dengan sempurna. Orang yang mengambil berat menjaga saf dengan sebaik-baiknya akan diberi rahmat oleh Allah, dan mereka akan didoakan oleh malaikat semoga dosa mereka diampuni Allah.


2. Semasa menghadapi musuh (iblis) dalam solat, Rasulullah saw pula memerintahkan umat Islam: membetul dan merapatkan barisan (saf solat) supaya iblis tidak mencelah masuk. Iblis dan (suku sakatnya ) akan masuk menyelit dalam celah-celah yang renggang untuk mengacau dan menimbulkan waswas dan meroskkan khusyuk.


3. Ditegaskan lagi”..dan janganlah( badan-badan) kamu berselisih (antara seorang dengan yang lain sehingga menjadikan saf bengkang bengkok) niscaya berselisihlah (tujuan) hati kamu (yang akan menyebabkan hilang khysuk).

Thursday, September 15, 2011

Surah 107- Al Ma'un (pertolongan)

Khamis, 15 September 2011/17 Syawal 1432


107. Surah al Mau'un (Pertolongan)

1.Pada akkhir surah ini Allah menjanjikan seburuk-buruk balasan kepada orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang yang berhak menerimanya.

2. Allah menerangkan sifat-sifat orang yang mendustakan agama dan hari balasan, lalu ditegaskan bahawa: orang itu ialah yang menindas serta berlaku kasar kepada anak yatim, dan ia pula tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

3. Kemudian ditegaskan bahwa orang-oranag ahli solat, yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan solatnya, maka mereka akan ditimpa kecelakaan besar.

4, Demikian juga halnya orang-orang yang berkeadaan riya' (dalam ibadat dan bawaannya) dan orang yang tidak memberi sedikit pertolangan (kepada orang yang berhak mendapatnya)

Wednesday, September 14, 2011

Bukti-bukti kekuasaan dan kebenaran Allah swt

Rabu 14, Sept, 2011/16 Syawal 1432



Dalam surah Ali Imran ayat 26 dan 27 Allah berfirman ynag bermaksud:

26. " katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu".


27. " Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab(batas)."

Tuesday, September 13, 2011

Doa mustajab antara azan dan qamat

Selasa, 13 September 2011/15 Syawal 1432

Dari Anas ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

“Doa (yang dipohonkan dalam masa) antara azan dengan qamat- tidak ditolak”
-(HR Nasai)

Masa yang berkat dan melimpah-limpah dengan rahmat untuk berdoa ialah setelah selesainya azan sebelum qamat atau pun antara azan dan qamat.Pada masa tersebut disunatkan berselawat atas Nabi saw dan mendoakan baginya.:

“Ya Alllah, ya Tuhanku, Tuhan seruan azan yang sempurna ini, dan solat yang sentiasa didirikan, Kurniakanlah nabi Muhammad darjat yang tinggi dan kemuliaan (yang tidak ada taranya), dan bangkitkanlah dia dengan mendapat kedudukan yang terpuji (untuk memohon shufaat) yang engkau janjikan kepadanya’.

Selepas berdoa untuk junjungan kita Nabi saw, dagalakkan kita supaya berdoa untuk diri sendiri pada saat yang berkat itu. Pohonkanlah kepada Allah keselamatan di dunia dan akhirat;

“Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Sertakan juga doakan kepada kedua ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggalkan kita.

“Ya Tuhanku , ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-doasa ibu bapakau serta cucurlkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memlihara dan mendidikku semasa kecil”.

Sunday, September 11, 2011

Ucapkanlah "Insya Allah" apabila hendak melakukan sesuatu

Ahad, 11, September 2011/13 Syawal 1432

Dalam surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24, Allah berfirman:

23. "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan; :"Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"

24, "Melainkan (hendaklah deisertakan dengan berkata) "Insya Allah" dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa, dan katankalah, " mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Pengajarannya:

Allah Taala mengajar Baginda Nabi saw dan umatnya supaya menyerahkan segala perkara kepada Allah, terutamanya apabila melakukan sesuatu pada masa yang akan datang, hendaklah disertai dengan berkata : "Insya Allah"(Jika dikehendakki Allah), kerana Allah jualah yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu dan Dialah jua yang berkuasa mengizinkan atau menghalangnya.

Saturday, September 10, 2011

Zikirlah dengan " Subhanalla wabihamdihii"

Sabtu 10 September 2011/12 Syawal 1432

Dari Abu Umamah ra, berkata Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang tidak berdaya untuk menanggung penderitaan pada malam hari (tidak sanggup beribadah pada malam hari), tidak sanggup membelanjakan hartanya kerana bakhil, atau tidak sanggup berjihad kerana ia penakut, maka hendaklah ia membaca "Subhanallah wabihamdihii" sebanyak-banyaknya kerana kalimah ini dicintai oleh Alah swt lebih daripada membelanjaklan emas sebanyak gunung di jalannya"

-(HR Faryabi, Thabrani)

Pengajarnnya:

Allah swt sentiasa memberikan kesempatan kepada hambanya untuk beramal walaupun dalam keadaan lemah dan kekurangan, tidak mempunyai harta dan tidak sanggup beribadah di malam hari iatu dengan mengamalkan zikir "Subhanallah wabihamdihii" sebanyak-banyaknya. Rebutlah fadhilah ini untuk mendapat ganjaran Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang.

Tuesday, September 6, 2011

110 -Surah An Nas (Kemenangan)

Selasa 6, September 2011/8 Syawal 1432

110- Surah An Nas (Kemenangan)

1. Allah perintahkan Nabi Muhammad saw apabila baginda berjaya mencapai kemenangan dan menguasai tanah suci Mekkah serta melihat manusia masuk alam agama islam beramai-ramai , maka hendaklah baginda bersyukur dengan mematuhi perintah Allah, yang melimpahkan nikmatnya itu serta memohon ampun kepadanya.

2. Allah mengajar kita supaya apabila kita mendapat apa yang kita usahakan, janganlah kita lalai dan lupa dari bersyukur dengan mengerjakan amal bakti kepada Allah swt, yang mengurniakan apa yang kita hajati itu, serta memninta ampun kepadanya akan salah silap kita, dalam usaha yang kita jalankan itu.

Monday, September 5, 2011

Solat Tahjud

Isnin, 5 September 2011/7, Syawal 1432


Dari Abu Hurarah ra, katanya; Rasulullah saw bersabda:

"Allah melimpahkan rahmatnya kepada seseorang lelaki yang bangun (dari tidurnya) serta ia bangunkan isetrinya (untuk mengerjakan solat itu). Maka jika isterinya enggan bangun (kerana lena tidur atau malas), hendaklah ia (menggunakan cara yang lemah lembut dengan) merenjiskan air pada mukanya. Demikian juga Allah melimpahkan rahmatnya kepada seorang perempuan yang bangun (dari tidurnya) pada sebahagian dari (waktu jauh) malam lalu ia solat (tahjud) serta ia bangunkan suaminya (untuk mengerjakan solat itu), maka jika suaminya enggan bangun (kerana lena tidur atau malas), hendaklah ia (menggunakan cara yang lemah lembut dengan) merenjiskan air pada mukanya".

-( HR Abu Daud dan lainya)

Sunday, September 4, 2011

Khuluk

Ahad , 4 Sept 2011/6 Syawal 1432.

Khuluk.

1. Perceraian boleh diminta oleh isteri kepada suaminya dengan memberikan bayaran wang atau lain-lainnya,atas beberpa sebab isteri tidak berpuas hati dengan layanan atau tindakan oleh si suami. Perceraian gaya ini dinamakan khuluk. Khuluk ini dinamakan juga talak yang dibeli oleh pihak isteri dari suami.

2.

Friday, September 2, 2011

hikmah kebijaksanaan Allah yang telah mempergilirkan malam dan siang

Jumaat 2 Sept 2011/4 Syawal 1432


Firman Allah dalam surah al Oasas 71-73.

Berulang-ulang kali Allah dalam Kitab SuciNya ala Quran menyuruh kita manusia memikirkan hikmah kebijaksanaan Allah yang telah mempergilirkan malam dan siang, tetapi masih saja ada manusia beradab ynag seakan-akan tidak mendengar, tidak melihat sehingga mereka tidak sedikit pun ingat dan bersyukur kepada Allah….

[71]
Katakanlah: “Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?”

[72]
katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?”

[73]
Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Thursday, September 1, 2011

Berzikiurlah dengan kalimah "laa illaha illallaah"

Khamis, 1 Ogos 2011/3 Syawal 1432.

Kalimah thaayyibah (laa ilaaha illallaah") mengandungi cahaya dan kegembiraan. Hafizh Ibnu Hajar menulis bahawa Abu bakar Sididiq ra berkata,



"Kegelapaan ada 5 macam dan lampu penerang baginya pun ada 5 macam:

1. Cinta dunia adala gelap dan lampunya adalah taqwa;

2. Perbuatan maksiat adalah gelap dan lampunya adalahh taubat.

3. Kubur adalah gelap dan lampunya adalah "laa ilaaha illallaah"

4. Jambatan sirat adalah gelap dan lampunya adalah yaqin."



Berzikirlah sebanyak mungkin, mudah-mudahan kita mendapat kejayaan di akhirat nanti. Tiada ada satu klaimat ynag lebih tinggi nilainya daripada kalimat iaitu "laa ilaha illallah".a bahawa Rasulullah saw bersabda, "





Dari Utban bin Malik ra, berkata bahawa Rasulullah bersabda,



"Tidak akan datang pada hari qiamat nanti seorang hamba yang mengucapkan kalimah "laa ilaaha illallaah" semata-mata untuk mendapatkan keridhaan Allah, melainkan diharamkan baginya api neraka jahanam".



-(HR Bukhari, Ahmad Muslim, Ibnu Majah, dan Baihaiqi)

Wednesday, August 31, 2011

Menanam pokok di Syurga

31 Ogos 2011/2 Syawal 1432


Dari Abdulah bin Mas'ud ra, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;

"Aku berjumPa dengan Ibrahim as pada malam Isra. Berkata kepadaku, "Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu dan kabarkan kepada mereka bahawa syurga itu subur tanahnya, sedap airnya dan Syurga itu adalah dataran. Tanamannya ialah 'Subhanallah walhamdulillaahawalaa ilaaha ilaallaahu wallahu Akbar" (Ertinya sesorang itu dapat menanam pohon-pohon itu sebanyak yang dikehendakinya)".
-(HR Tirmizi)

Dalalam riwayat Thabrani ada tambahan "Laa hawla walaa quwataillaa billah", Ibnu Abbas ra meriwayatkan dalam sebauh hadis marfu.

"Barangsiapa membaca " Subhanallah walhamdulillaah walaa ilaah ilaallaah walaahu Akbar" , maka setiap satu ucapan dari kalimat-kalimat itu akan di tanamkan untuk pembacanya satu pohon di dalam Syuga"
-(HT Thbrani)

Saturday, August 27, 2011

Kelebihan nikmat Allah

Sabtu 27 Ogos 2011/27 Ramadhan 1432

Dari Ishaq bin Abdullah ra, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengucapkan 'la ilaaha illallah" diwajibkan Syurga baginya dan barangsiapa membaca "Subhanallah wabillaii" sebanyak seratus kali maka akan diberikan kepadanya 124 ribu kebaikan". Para sahabat berkata, "Jika demikian seorang pun di antara kami tidak akan binasa. (pada hari qiamat kerana kebajikan mereka lebih banyak dari kejahatan)".

Selanjutnya Rasulullah saw bersabda:

" Sebahagian manusia akan binasa juga kerana (walaupun) mereka akan membawa kebaikan (yang snagat banyak) yang jika diletakkan di atas sebuah gunung niscaya gunung pun akan terhimpit. Akan tetapi jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah, semua kebaikan itu akan terhapus. Kmeudian Allah swt akan menolong hamba itu dengan limpahan kurnianya".

-(HR Hakim)

Thursday, August 25, 2011

Sabar dan melaksanakan solat

Khamis 25 Ogos 2100/25 Ramadhan 1432

Dalam surah Al Baqarah ayat 45, Allah menyuruh NabiNya dan hamba-hambaNya agar menggunakan KESABARAN dan SOLAT dalam segala hal, sebagai kekuatan yang menjayakan diri seseorang dalam kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud:

" Jadikanah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khysuk. Iaitu orang-orang yang menyakini , bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"

- (Surah Al Baqarah: 45 dan 46)

Pengajaran:

Sabar yang dimaksukdkan dalam ayat ini ialah ketabahan dan kekuatan jiwa, bertahan menerima ujian dan penderitaan dengan perasaan redho serta menyerah diri kepada Tuhan yang mentakdirkannya untuk kebaikannya di dunia dan akhirat.

2. Umar Ibnul Khatab, Khalifah kedua berkata:

"Pada ujuan(musibah) akau menemui 3 macam nikmat:

1. Musibah itu tidak mengenai agama.
2. Dia tidak lebih berat dari apa yang mungkin terjadi.
3. Allah telah menjanjikan kerana kesabaran akan dibalas dengan ganjaran yang besar".

Allah berfirman:

"Dan berikanlah berita yang gembira bagi orang-oranag yang sabar, iaitu orang-orang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan' "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (hidayah)".

- (Surah Al Baqarah: 155)

Wednesday, August 24, 2011

Mengapa Agama Islam ?

Rabu 24 Ogos 2011/24 Ramadhan 1432

1. Agama Islam adalah agama ynag mempunyai sebesar-besra nikmat ynag telah dikurnikan Allah kempada manusia untuk menjalani hidup di dunia ini menurut cara yang lurus dan diredhai oleh Allah swt, dan bagi mencapai kebahagiaan ynag kekal abadi di akhirat.

Firman Allah swat, "Sungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah islam.......)
- (Surah Ali Imran :19)

Firman Allah;
" Sesiapa yang mencari Agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari kkhirat kelak dai orang-orang yang rugi"
- (Surah Ali Imran : 85)

Firman Allah:

" ...Dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.."

- (Surah Al Maidah:3)

Monday, August 22, 2011

Mandi Wajib

Isnin 22 Ogos 2011/22 Ramdhan 1432

Perkara yang mewajibkan mandi wajib:

1. Keluar mani semasa jaga atau tidur

2. bersetubuh

3. Haidh

4. Nifas (darah beranak)

5.Bersalin (beranak)

6.Mati -yakani apabila seseorang mati, wajib ia dimandikan oleh orang yang hidup.

Maksud hadis:Dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad saw, sabdanya :

"Apabila ia (lelaki) bersetubuh(walaupun tidak keluar mani) dengan perempuan(isterinya), maka sesungguhnya wajiblah mandi (atas keduanya)

Apabila berlaku persetubuhan, sama ada keluar mani atau tidak, maka wajib mandi, kereka kedunyaa menjadi orang junub yakani orang yang berjenabah atau berhadas besar. Demikian juga hukumnya orang yang keluar mani semasa jaga, atau semasa ia bermimpi ketika tidur.

Kesimpulannya: Apabil seorang perempuan sama ada ia bersuami atau belum, bermimpi melihat dirinya bersetubuh, dan setelah terjaga ia melihat air mani pada pakaian dan tempat tidurnya, hendakla ia mandi wajib (mandi hadas besar). Sebaliknya jika tidak melihat mani dan tidak ada kesan-kesan-kesannya pada badan atau pakainnya maka ia tidak wajib mandi.

Demikian juga hukumnya mengenai orang lelaki., samada ia masih teruna atau telah beristeri.

Begiitu juga hukumnya kalai seseorang elaki keluar maninya dalm mas ajaga, samada ynag disengajakan atau ynag keluar dengan sendirinya, yakni ia wajib mandi hadas besar.

Cara mandi hads besar:


1. Membasuh kedua tapak tangan
2. Membasuh kemlauan dan bahagian kelilingnya.
3. Membersihkan celah-celah dan lipatan anggota tubuh badan (seprti ketiak, celah-celah kelangkang dan sebagainya)
4. Mengambil wudhu dengan sempurna meliputi perkara-perkara wajib dan sunat.
5, Berniat mandi hadas besar, sambil mencurahkan aiar atas kepala dan menggosoknya sehingga basah seluruhnya meliputi muka , rambut, pangkal rambut dan telinga, luar dn dalamnya,

( Lafaz niat: "Sahaja aku bersuci dari hadas besar semata-mata kerana Allah Taala)

6,Mencurah air atas badan dan sebelah kanan bahagian depan (meliputi bahu dan rusuk) terus ke paha dan kaki Kemudian atas bahagian belakang, juga sebelah kanan..

7. Kemudian atas badan bagaian kiri, bahagain depan dulu, kemudian bahagian belakang..





Sunday, August 21, 2011

Majlis Ilmu dilindungan malaikat/rahmat

Ahad 21 Ogos 2011/21 Ramadhan 1432.

Dari Abu Hurairah ra katanya:Rasulullah saw bersabda'

"..dan tiada berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilindungi oleh malaikat (pembawa rahmat), dan turun kepada mereka semangat tenang tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat, dan juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malakat-malaikat)yang ada di sisinya.."

-(HR Muslim dan lain-lainya)



Saturday, August 20, 2011

Malam lailatul Qadar

Sabtu 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432

Malam yang ditunggu-tunggu oleh orang Mukmin noalh Malan Lailatu Qadar yang berlaku pada salah satu malam di akhir 10 bulan Ramadhan.


• Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Friday, August 19, 2011

Solat di Masjid Nabi dan Masjidil haram , ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Jumaat 19 Ogos 2011/19 Ramadhan 1432

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Satu solat di masjid aku lebih afdhal daripada 1,000 solat di Masjid-masjid yang lain, kecuali masjidi haram (di Mekkah), dan satu solat di masjidil haram pula lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid-masjid yang lain"

-(HR Imam Ahmad- hadis soheh)

Sunday, July 31, 2011

Di ambang ramadhan 1432

Ahad, 31 jukai 2011/29 syaaban 1432

Insya aAlah esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa ramadhan. Sebagai seorang Islam kita tentulah bergembira menyambut kedatangannnya. Semoga kita dapat meyempurnakan ibadat puasa dengan penuh tabah, sabar dan mengharapkan mendapat gajaran terbaik daripada Allah swt atas segala amaln ynag kita lakukan sepanjang ramadhan tersebut.

Friday, July 29, 2011

Nikmat orang yang bepuasa

Jumaat, 27 19 Julai 2011/27 Syaaban 1432

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :


o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mer
eka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

(Al-Hadith)

Thursday, July 28, 2011

Haram tidak menyapa lebih dari tiga hari

Khamis, 28 Julai 2011/25 Syaaban 1432

Dari Anas ra katanya: Rasulullah saw bersbda:

"Janganlah engkau semua saling putus memutuskan hubungan persahabatan atau kekeluargaan; jangan pula saling belakang- membelakanagi dan jangalah benci membenci serta jangan pula degki-mendengki dan jadilah engkau semua, hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidak halallah bagi sesornag Muslim kalau meninggalkan yakni tidka menyapa saudaranya lebih dari tiga hari".

- (HR Muttafaq 'alaih)

Tuesday, July 26, 2011

Memuliakan tamu selama tiga hari

Selasa, 26 jaulai 2011/23 Syaaban 1432

Dari Abu Syurah iaitu Khuwailid bin 'Amr al Khuza'l r.,. katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tamunya, iaitu jaizahnya".

Para sahabat bertanya:" Apakah jaizahnya tamu itu, Ya Rasulullah?".
Beliau Rasulullah saw bersabda: "Iaitu pada siang hari dan malamnya; menjamu tamu- yang disunnahkan secara muaakad atau sungguh-sungguh , ialah selama tiga hari. Apabila lebih dari waktu sekian lamanya itu, maka itu adalah sebagai sedekah padanya"

- (HR Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: Nbai saw bersabda:
"Tidak halal bagi seseorang Muslim kikalau bermukim di tempat saudaranya, sesama Muslim, sehingga ia menyebabkan jatuhnya saudara tadi dalam dosa".
Para sahabat bertanya" "Ya Rasulullah, bagaimanakah tamu dapat menyebabkan dosaaya tuan rumah?"

Beliau saw bersabda: "Kerana tamu itu berdiam di tempat saudaranya sedang tidak ada sesuatu yang dimiliki saudaranya tadi untuk jamuan tamunya itu", lalu tuan rumah mengumpat tamunya, melakukan dusta dan lain-lain.

Sunday, July 24, 2011

Mendokan kaum mukmin selain diri sendiri

Ahad 24 Julai 2011/22 Syaaban 1432

Maksud hadis : " Sesiapa yang membaca istighfar atau mendoakan keampunan bagi para mukmin lelaki dan perempuan . Allah akan menuliskan kebajikan baginya sebanyak bilangan mukmin leleki dan peremuan"

- (HR Tabrani)

Renungan:

1. Berapa ramai kah bilangan mukmin lelaki dan perempuan (yang hidup dan ynag telah meninggal dunia) yang mentahuidkan Allah?

2. Tanpa petunjuk hadis ini mungkinkah kita dapat mencapai kebajikan yang begitu besar bilangannnya untuk kita perolehi.?

3.Ini membuktikan betapa dalamnya ikatan tali persaudaraan iman di kalangan umat Islam (persaudaraan dalam Islam). Hendaknya jauhilah memutuskan silaturrahim dan hubungan antara sesama orang Islam!

4. Rugilah orang ynag mementingkan berdoa untuk dirinya sahaja dengan tek mendoakan saudar seugamanya.

5. Sesiapa yang berdoa bagai saudaranya dalam keadaan berjauhan ia telah mendapat jaminan bahawa doanya dikabulkan Allah dengan izin Allah. Maksud hadis,

" Sesungguhnya doa seoranag Islam bagi saudaranya tanpa diketahuinya adalah sangat mustajab sekali. Setiap ia berberdoa kebaikan bagi saudaranya, malaikat yang bertugas menjaga sudaranya akan berkata "Amin, anda juga akan mendapat seperti itu".

-(HR Imam Ahmad, Ibnu majah dan abu Daud)

6. Berdoalah dengan menyebut kaum kerabatmu, guru-gurumu dan sahabat handaimu semasa anda bermunajat dan berdoa. Berdoalah:

seperti: " Ya Allah, ampunlah (dosa) kami, kasihanilah kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyanyang" dan berdoa:

" Maha Suci Engkau Ya Allah , Ya Tuhan kami, hanyalah bagimu jua segala pujian, Ya Allah ampunilah aku, dan umat Islam lelaki-perempuan".

Thursday, July 21, 2011

Harta milik anda yang sebenar

Khamis,21Julai 2011/18 Syaaban 1432

Rasulullah saw bersabda yang ertinya;

" Hamba mendakwa "Ini adalah hartku itu adalah harta milikku". Pada hal yang merupakan harta kepunyaannya hanya tiga macam sahaja. (Iaitu) apa yang telah dipakainya, lalu ia telah membinasakannya. Atau apa yang telah dipakainya, lalu ia sendiri telah melusuhkannnya. Atau apa yang ia telah berikan akan disedekahkannya bererti ia telah mneyimpannya (bagi kehidupannya di akhirat). Ada pun ynag selain dari itu adalah merupakan harta yang akan hilang lenyap dan akan ditinggalkannya untuk orang lain"

-(HR Imam Ahmad)

Pengajarannya:

1.Banyakkanlah sedakah khususnya sedekah jariah, kerana harta kekayaan yang kita yang sebenar apa yang kita dapat ganjarannya di akhirat, bukan apa yang masih tersimpan pada masa hidup kita kerna itu adalah milik ahli waris kita.

2. Dalam satu hadis ynag lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud orang yang miskin papa ialah orang yang datang menemui Allah (meninggal dunia) sedang sedekah, waqaf dll) amal kebajikannya di sisi Allah adalah kosong.

3. rebutlah peluang sgera mewaqafkan sebahagian dariada harta yang kita ada , agar kebajikan yang banyak sentiasa mengalir apabila kita meninggal dunia.

Wednesday, July 20, 2011

Doa ynag boleh diberikan kepada orang yang bermusafir

Rabu 20 Julai 2011/ 17 Syaaban 1432.


Dari Anas ra katanya: " Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata:

"Ya Rasulullah, saya hendak berpergian, maka berilah bekal kepada saya".

Beliau saw bersabda:, "Semoga Allah memberikan bekal ketaqawaan padamu".

Orang itu berkata lagi:" Tambahkanlah doa untukkaku". Belaiu saw bersabda:

"Dan semoga Allah memberi pengampunan padamu".

Ia berkata lagi,
"Tambahkan lagi untukku". Beliau saw bersabda pula, " Juga semoga Allah memberikan kemudahan padamu memperoleh kebaikan di mana saja engkau berada".

-(HR Imam Termizi, hadis hasan)

Tuesday, July 19, 2011

109. Surah Yunus.

Isnin 18 Julai 2011/15 Syaaban 1432


Surah ke 109: Surah Yunus. (Perihal Nabi Yunus)

1. Mengupas soal-soal tauhid– keesaaan Allah dan membasmi fahaman syirik. Ditgaskan bahawa kejadian langit dan bumi, peredran matahari dan bulan, pertukjaran malam dan siang , serta wujudnya makhluk-makhluk seisi alam, adalah menjadi dalil yang mebuktikan keesan, kekuasaan dan kemurahan allah yang menjdkanny.Dan hanya Allah jualah tuhan yang sebenar-benarnya, yang berhak disembah, dipatuhi perintahnya dan dijauhi segala larangannya.

2. Ditegaskan pula bahawa Nabi Muhammad saw ialah Rasul Allah yaag diutuskan kepada umat manusia seluruhnya, dan kitab suci al Quran al Karim yang diwahyukan kepadanya adalah menjadi hidayah petunjuk untuk mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahgiaan yang kekal di akhirat.

3. Al Quran al Karim tidak syak lagi datangnya dari Allah swt bukan dikarang oleh Nabi Muhammad saw , sebagaimana yang dituduh oleh kaum kafir yang mengingkarinya, bahkan tiada ada sesiapa pun yang akan dapat membuat sependek-pendek surah pun sebanding dengannya.

4. Sebagi memberi semangat supaya Nabi Muhammad saw berjuang terus menyiarkan Islam dan jangan menghiraukan golongan yang kufur ingkar, Allah Taala menyatakan perihal Rasul-rasul yang telah lalu yang juga telah mendapat pertentangan keras dari kaum masing-masing, yang beakhir dengan kemenangan Rasul-rasulnya dan kehancuran kaum-kaum yang ingkar.

5. Setelah itu ditegaskan, kalaulah mereka yang kufur ingkar itu beriman sebelum mereka ditimpa azab, tentulah mereka akan selamat.Kaum Nabi i Yunus , sebaik-baik sahaja mereka melihat tanda-tanda kedatangan azab yang dijanjikan, mereka sekaliannya segera beriman dan terselamatlah mereka.

6. Diterangkan lagi bahawa Allah Taala yang menjadikan sekalian makhluk, dialah yang akan menhghidupkan mereka semula pada hari akhirat untuk menerima balasan.


7. Di samping itu diberikan misal perbandingan yang menunjukkan bahwa kehidupan di dunia ini di dalam nnikmathilang lenyap.Oleh itu umat manusia hendklah berigat danjangan melipakan hari akahirat, kerana di sanalah sahaja kehidupan yang kekal. Di sana orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan berkekekalan di dalam nikmat kesenangan yang tidak ada taranya, dan orang-orang yang kufur ingkar akan berkekalan di dalam azab sengsara yang tidak terperi.

8. Surah diakhiri dengan seruan kepada umat manusia seluruhnya supaya beriman kepada Al quran untuk faedah dirinya sendiri; kalau tidak maka bahaya keingkaran akan menimpa dirinya kelak seluruhnya supaya beriman kepada Al uran untuk faedah dirinya sendiri; kalau tidak maka bahaya keingkaran akan menimpa dirinya kelak, Sedang Nabi Muhammad saw hanyalah seorang Rasul yang menyampaikan perintah Allah dan baginda tidak bertanggungjawb tentang soal keimanan dan keingkarann manusia.

Monday, July 11, 2011

Majlis ilmu di Masjid/surau

Isnin 11 Julai 2011/8 syaaban 1432

Dari Abu Hurairah ra, katanya, " Rasullah saw bersabda:

"......Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah sebuah rumah (masjid atau suarau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari keandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh Malaikat( pembawa rahmat), dan turun kepada mereka semangat tenang tenteram, serta mereka diliputi oleh lempahan rahmat, dan juga mereka dipuji oleh Allah Ta'ala dalam kalangan (malakat-malaikat) yang ada di sisinya..."

-(HR Muslim dan lain-lanya-Hadisi soheh)

Saturday, July 9, 2011

Jumaat 8 Julai 2011/ 5 Syaaban 1432

"Bagaimana Membentuk Keluarga Beriman”

1. Islam telah menetapkan bahawa keluarga adalah merupakan satu tempat

pergantungan manusia untuk menjaga diri, menaungi dan mendapat

ketenteraman serta kebahagiaan dalam sebuah kehidupan. Ianya merupakan

suatu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Ini

berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahlu ayat 72:

“Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan

dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta

dikurniakan kepada kamu daripada benda-benda yang baik lagi halal, maka

patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula

akan nikmat Allah?”.

2. Keluarga adalah merupakan suatu amanah daripada Allah S.W.T yang

harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Anak-anak kita adalah dianggap

sebagai amanah Allah S.W.T. dan suami atau bapa adalah merupakan orang

yang berperanan dan bertanggungjawab untuk membimbing ahli keluarganya ke

arah mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

3. Ilmu agama dalam diri kita adalah benteng yang mampu menangkis segala

cabaran dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Ia juga menjadi panduan

kepada kita agar tidak tersesat daripada menuju ke matlamat akhir kehidupan ini.

Tanpa ilmu agama, sudah pasti hidup kita akan tersesat dan terumbangambing

tanpa arah dan tujuan yang sebenar. Oleh kerana itu, tanggungjawab

utama yang harus diberikan tumpuan oleh suami isteri selaku ibubapa dalam

usaha membentuk keluarga beriman adalah dengan didikan agama yang

secukupnya.

4. Didikan agama ini pula mestilah menekankan perkara-perkara yang

berikut:

4.1. :Penekanan kepada pendidikan Al-Quran, kerana ianya merupakan

satu-satunya mukjizat yang dapat melembutkan dan membentuk jiwa

manusia yang beriman. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal

ayat 2 ;

"Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya)

gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka. Kepada Tuhan mereka

jualah mereka bertawakkal."

4.2. :Penekanan terhadap amalan sunnah Rasulullah S.A.W, kerana setiap

sunnahnya adalah berlandaskan syariat Allah S.W.T. Firman Allah

S.W.T dalam surah Al-Hasyr ayat 7:

"Apa jua yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W (sama ada pemberian

atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa jua yang

dilarangnya kamu melakukan maka, patuhilah larangannya.

Bertaqwalah kepada Allah; Sesungguhnya Allah amat berat azabnya

(bagi orang yang melanggar perintahnya)" .

4.3.:Penekanan terhadap ilmu-ilmu aqidah dan akhlak yang menjelaskan

perihal kehidupan umat Islam. Sesungguhnya hanya dengan aqidah

yang benar sahaja dapat melahirkan sifat ikhlas ketika beribadah

kepada Allah S.W.T.

Keempat :Penekanan terhadap ilmu feqah sama ada yang berkaitan dengan

ibadah, muamalah mahupun siasah. Dengan ilmu feqah akan dapat

menjelaskan dan memisahkan antara perkara yang hak dan batil,

seterusnya dapat mengelakkan daripada terjerumus ke dalam

kejahilan, kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Daripada Muawiyah R.A berkata bahawa aku mendengar Rasulullah

S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan

dengannya, Allah akan memberikannya pemahaman dalam perkara

agama”. (Riwayat Al-Bukhari)

5. Membentuk sebuah keluarga bukanlah untuk sehari dua sahaja, bahkan

ianya akan terus berkekalan selama mana hayat dikandung badan. Maka usaha

ini sudah pasti akan menempuh pelbagai cubaan dan juga rintangan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 28 yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu adalah

menjadi ujian bagimu, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.

6. Kejayaan ibubapa membentuk keluarga beriman akan menjadi cermin

kepada anak-anak apabila mereka juga membina sebuah keluarga suatu masa

kelak. Oleh kerana itu, ibubapa seharusnya menjadi contoh teladan yang baik

sepanjang masa kepada kehidupan anak-anak. Perkara ini penting kerana ia

akan mempengaruhi kelangsungan hidup generasi seterusnya secara

temurun, kerana kemerosotan akhlak pada hari ini sudah pasti akan

menyumbang kepada kerosakan akhlak pada masa akan datang.

7. Amat malang pula pada hari ini apabila kita dapati ada sesetengah ibubapa

yang lalai dan gagal memberikan contoh teladan yang baik kepada generasi

anak-anak muda. Akibatnya, anak-anak pula yang menjadi mangsa kelalaian

mereka. Inilah yang diibaratkan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan

dengan betul sedangkan dia sendiri berjalan mengiring.

8. Gaya hidup yang semakin moden pada hari ini telah menjadikan peranan

dan tanggungjawab ibubapa untuk membentuk keluarga beriman semakin

bertambah berat dugaan dan cabarannya. Ini kerana generasi yang ada pada

hari ini sudah terlalu banyak terdedah kepada pengaruh dan budaya luar yang

kebanyakannya bersifat negatif. Perkara-perkara negatif ini pula mudah

diperolehinya dipasaran terbuka, di kedai-kedai, melalui saluran televisyen dan

juga melalui internet. Akibatnya, jiwa anak-anak yang tidak ditanamkan dengan

keimanan ini telah kehilangan pedoman dan semakin jauh daripada batasanbatasan

keagamaan. Apabila sudah tiada pedoman maka berlakulah pula

perbuatan-perbuatan jenayah di luar batasan kemanusiaan seperti pembunuhan,

pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Kesemua perkara ini pasti tidak akan berlaku

sekiranya jiwa mereka diasuh dan dididik dengan nilai-nilai keimanan kepada

Allah S.W.T.

9. Maka, marilah kita tunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak kita

supaya terbentuk sebuah keluarga yang bahagia dan beriman kepada Allah

S.W.T. Antaranya adalah seperti berikut:

9.1. : Ibubapa hendaklah menunjukkan disiplin diri yang baik di hadapan

anak-anak terutamanya dalam soal-soal ibadah seperti solat dan

ibadah lain. Sesungguhnya pengaruh ibubapa memainkan peranan

yang amat penting dalam usaha untuk mendisiplinkan anak-anak.

9.2.: Hendaklah melayan setiap ahli keluarga dengan penuh sopan santun.

Cara ini akan dapat menambat hati anak-anak dan seterusnya akan

lebih mudah untuk diikuti. Hakikatnya sikap bersopan santun ini

merupakan aset yang paling berharga untuk ditanamkan dalam diri

anak-anak.

9.3. : Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap anak-anak. Ibubapa

yang sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan

keluarga akan menyebabkan anak-anak menyisihkan diri daripada

ibubapanya ataupun sebaliknya.

10. Oleh kerana itu, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab ibubapa

untuk terus memantau kehidupan anak-anak ini pada setiap masa agar mereka

tidak terus hanyut dalam bisikan-bisikan nafsu yang sentiasa mengajak kepada

kejahatan. Sesungguhnya tanggungjawab ini bukan sekadar di dunia sahaja

bahkan akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada

api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala).

Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar

(layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang

diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang

diperintahkan”.

( At-Tahrim: 6)

Doa Khutbah kedua:

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga

kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam

khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan

berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,

tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki

kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami

dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau

redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar,

kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain,

supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan

berkat.

--------------------------------------------

Sumber: khutbah Jumaat 8 Julai 2011:

Jabatan Agama Islam Selangor.