Friday, December 2, 2011

Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,

2 Disember 1432/ 6 Muharram 1433

Pagi ini selepas solat subuh, Majlis membaca terjemahan Pemimpinan Ar Rahman, Kepada Pengertian Al Quran di Masjid Ar Rahimah, Taman Greenwoood, kami sama-samaa membaca permulaan Surah al Mumtahanah. Terasa di fikiran bahawa Al Quran sentiasa dapat diapplikasikan dengan suasana semasa , dan isi kandungnya sentiasa "fresh" , walaupun ianya diwahyukan kepada nabi Muhammad saw lebih daripada 1400 tahun dahulu. Maksudnya dianggap mudah difahami. Mudah-mudahan dapat pula kita menghayatinya.

Firman Allah dalam Surah AL MUMTAHANAH Ayat 1 dan 2


[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

[2]
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

No comments: