Tuesday, September 13, 2011

Doa mustajab antara azan dan qamat

Selasa, 13 September 2011/15 Syawal 1432

Dari Anas ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

“Doa (yang dipohonkan dalam masa) antara azan dengan qamat- tidak ditolak”
-(HR Nasai)

Masa yang berkat dan melimpah-limpah dengan rahmat untuk berdoa ialah setelah selesainya azan sebelum qamat atau pun antara azan dan qamat.Pada masa tersebut disunatkan berselawat atas Nabi saw dan mendoakan baginya.:

“Ya Alllah, ya Tuhanku, Tuhan seruan azan yang sempurna ini, dan solat yang sentiasa didirikan, Kurniakanlah nabi Muhammad darjat yang tinggi dan kemuliaan (yang tidak ada taranya), dan bangkitkanlah dia dengan mendapat kedudukan yang terpuji (untuk memohon shufaat) yang engkau janjikan kepadanya’.

Selepas berdoa untuk junjungan kita Nabi saw, dagalakkan kita supaya berdoa untuk diri sendiri pada saat yang berkat itu. Pohonkanlah kepada Allah keselamatan di dunia dan akhirat;

“Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Sertakan juga doakan kepada kedua ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggalkan kita.

“Ya Tuhanku , ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-doasa ibu bapakau serta cucurlkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memlihara dan mendidikku semasa kecil”.

No comments: