Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Idil Adha 1429 H

Hari Ahad, 7 Diwember 200/ 9 Zulhijjah 1429Korban yang diterima Allah

Esok Hari Isnin, 8 hn Disember 2008, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atgau Idil Adha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Korban merupakan amalan tahunan bersempena dengan Hari Raya Haji atau Korban, di mana di tanah suci Mekah umat Islam mengerjakan ibadat Haji denga berwukuf di Padang Arafah sehari sebelumnya. Kirtv di tanah air melakukan ibadat Korban sebaik sahaja selepas solat Sunat Hari Raya Haji yang merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.


Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.



Amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.


Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."

Nabi Ibrahim melakukan korban ini sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.

' Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar'

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhan) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah SWT setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan, menjauhkan diri daripada Allah serta mengerjakan larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Korban

Berpandukan kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan, keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan 'darah' atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan.

Menurut Syafii, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah.

Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan sama ada sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu (surah Al-Hajj ayat 37)

Demi pengorbanan kerana taat kepada Allah, marilah kita melaksanakan apa juga usaha yang dapat menmdekatkan diri serta taat kepada Allah dengan erti berkorban tenaga, harta dan msa utuk mengabdikan diri berjihad dan beramal keran Allah Taala. Segala bentuk pengorbanan yang dilakukan umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai Allah.

Monday, November 24, 2008

Rukun Haji/Amalan Haji

Rukun Haji 6 perkara.

1. Niat ihram
2. Wuquf di Arafah
3. Towaf
4. Sa'i
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun

Wajib Haji juga 6.

1, Niat ihram
2. Larangna dalam masa ihram
3.Bermalam di Mazdalifah
4. Melontar Jumrah
5. Bermalam di Mina
6. Melontar ketiga2 Jumrah pada hari-hari tasyrik.

Cara-cara mengerjaknn Hjai.

Niat Ihram:
IUaitu niata masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua2nya seklai. sesiapa ynag beruat demikain makan ia dianggap sudah berihram dan haramlah ke atasnya melksukn asetengah-setengah perkara yang mnana sebelum ihramnya diharuska, seperti memaki pakain bersarung bagi lelaki, menutup muka dan dua tapak tangan (pergelangan tangab)nbagi perempuab, memakai bau2an, bersetuhuh, berburu binatang, menebang atau mencabiut pokok di tanah haram dan lain2 daripada perkara pentang larang di dalam ihram,

Cara2 mengerjakan haji.

1. Haji Ifrad: mengerjakan haji dahulu dalan bulan2 haji kenudin mengerjakan umrah,

2. Haji tamatta': Mengerjaklan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haju, kemudian dekerjakan haji dalam tahun itu juga. Cara ini dikehendaki seorang itu berniat ihram umrah sahaja serta ditunaikan segala rukun2 dan wajib2nya apabila tiba waktu haji hendaklah ia berihram haji pula. Cara ini dikenakann dam mengikut syarat2nya.

3. Haji Qiran: Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan2 haji dengan mengerjakan amalan2 haji sahaja atau berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji.

Amalan ibadat haji bermula dengan hari kelapan Zulhijjah yang dikenali dengan hari al-Tarwiyah, kemudian hari kesembilan yang digelar hari Arafah, sehinggalah hari kesepuluh (hari Nahar), serta tiga hari al-Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Menurut catatan sirah Rasulullah SAW, perjalanan Hajjatul al-Wada’ yang mengambil masa lapan hari itu bermula dari hari Sabtu 25 Zulkaedah dari miqat Zul Hulaifah di Madinah dan sampai di kota Mekah pada pagi 4 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah.


Setelah menunaikan tawaf di Kaabah dan ibadah saie antara bukit Safa dan Marwah tujuh kali, Baginda berterusan dalam keadaan berihram dan tidak bertahallul (bergunting) kerana ibadat haji yang dikerjakannya adalah Qiran (haji dan umrah dilakukan bersekali), lantaran membawa al-Hadyu (haiwan ternakan untuk dikorban di Makkah) dari Madinah lagi.

Walau bagaimanapun para sahabatnya yang tidak membawa al-Hadyu diarahkan supaya menjadikan ihram mereka terdahulu sebagai ibadah umrah lalu bergunting atau bercukur (bertahallul) setelah bersaie.

Amalan Haji sebenarnya:

1. Pada hari kelapan Zulhijjah, setelah matahari terbit para jemaah akan meninggalkan Mekah dengan berpakaian ihram, dalam keadaan khusyuk dan mengharapkan keredaan Ilahi, menuju ke Mina untuk berada di sana sehinggalah menjelangnya pagi hari kesembilan.

Hari ini juga disebut sebagai hari al-Tarwiyah bersempena peristiwa mimpi Nabi Ibrahim a.s yang diuji oleh Allah dan diperintahkan-Nya supaya menyembelih anaknya Ismail a.s (maksud ayat 102 surah al-Saffat). Kemudiannya digantikan dengan sembelihan kambing kibasy, hadiah di atas kepatuhan bapa dan anak tersebut di dalam menunaikan amanah Allah.

2. Di Mina, para hujjaj akan menunaikan kelima-lima solat fardu di dalam waktunya, kecuali yang empat rakaat dilaksanakan dua rakaat. Amatlah digalakkan supaya mereka sentiasa memperbanyakkan ucapan talbiyah, zikir, beristighfar, membaca al-Quran, berdoa, menjauhi percakapan tidak elok dan perlakuan tidak baik dan selainnya. Sehinggalah matahari memunculkan dirinya pada pagi hari kesembilan Zulhijjah.
Walaupun hari al-Tarwiyah ini dianggap sebagai amalan sunat, ia terus dilaksanakan bagi mereka yang berkeinginan menjejaki cara nusuk (haji) Baginda Nabi SAW.
Bermula pagi hari kesembilan pula, para hujjaj akan menuju ke Padang Arafah untuk berada di sana bermula dari gelincirnya matahari (waktu tengah hari/zuhur) sehinggalah waktu terbenamnya pada malam ke-10 Zulhijjah.

3. Keberadaan diri di padang yang luas ini merupakan rukun terbesar bagi ibadah haji yang menjadikan tidak sahnya haji seseorang yang tidak berada di sana sepanjang waktu berkenaan sehinggalah terbitnya waktu subuh pada pagi ke-10 itu.
Perlu dimaklumi bahawa jemaah haji tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah ini kerana Baginda sendiri tidak melakukannya bahkan beriftar (berbuka) pada hari tersebut. Amalan berpuasa padanya adalah menjadi suatu sunah yang besar bagi mereka yang tidak menunaikan haji dengan dijanjikan pengampunan dosa selama setahun.
Sebelum berwuquf di Arafah, Baginda telah menasihati para sahabatnya dengan suatu khutbah yang panjang.

Menjelaskan perhubungan sesama manusia yang wajib dikawal-selia, dijaga kehormatan diri, darah dan harta sesama insan, membela kaum wanita yang berada di bawah kepimpinan para lelaki, mengharamkan amalan riba, mewasiati supaya al-Quran diamalkan, menjaga ibadah solat, zakat, puasa, haji dan mentaati para pemimpin.
Setelah itu ditunaikan solat zuhur dan asar secara jamak qasar dengan satu azan dan dua iqamat. Di sinilah amalan-amalan mulia dan baik dituntut supaya dikerjakan seperti membaca al-Quran, memperbanyakkan doa dengan mengangkat kedua belah tangan dengan suara yang sederhana, berselawat ke atas Baginda SAW, membanyakkan rayuan dan harapan di samping mengalirkan air mata memohon keampunan dan limpah perkenan-Nya serta bertalbiyah dan berzikir.

4. Setelah maghrib mula melabuhkan tirainya pada malam ke-10 Zulhijjah, para jemaah akan menuju ke Muzdalifah untuk bermabit di sana sehingga ke waktu subuh.
Ditunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak qasar setelah sampai di kawasannya. Bermabit di Muzdalifah merupakan wajib haji yang wajar untuk dilakukan oleh para hujjaj setelah bertolak dari Arafah.

5. Adalah menjadi kebiasaan dan amalan mereka di sini untuk memungut beberapa biji anak-anak batu bagi lontaran Jamrah Aqabah (al-Kubra) pada keesokan harinya di Mina.
Setelah menunaikan solat subuh di Muzdalifah, para jemaah akan berdoa di al-Mash’aril Haram atau di mana-mana bumi tersebut. Memohon kebaikan dunia dan akhirat dan kemudiannya sebelum matahari memunculkan dirinya, para hujjaj akan menuju ke Mina pada pagi 10 Zulhijjah.

6. Pada hari ke-10 (hari Nahar / korban) akan ditunaikan lontaran tujuh biji batu kecil di Jamrah al-‘Aqabah (al-Kubra), diikuti sembelihan haiwan (korban/dam), kemudiannya bercukur atau bergunting (bagi wanita).

Perlu diketahui bahawa amalan pada hari ini seperti dinyatakan di atas adalah cara terbaik. Namun sekiranya dilakukan berlainan turutannya ia adalah dibenarkan dan sah. Dengan dilaksanakan dua dari tiga amalan haji pada hari ini (sama ada melontar dan bercukur, atau melontar dan tawaf, atau tawaf dan bercukur) sempurnalah tahallul awal (penghalalan pertama yang dibenarkan untuk berpakaian biasa kecuali ‘perkara suami-isteri’)

7. Selanjutnya bagi jemaah yang berkesempatan, bolehlah pulang ke Mekah untuk menunaikan ibadah tawaf ifadah (fardu kepada semua hujjaj) dan bersaie fardu (bagi haji tamattu’) atau yang belum melakukannya semasa baru masuk ke kota Makkah dahulu (bagi haji ifrad dan qiran).

Tahallul thani (penghalalan kedua) terlaksana dengan selesainya tawaf fardu yang dilakukan oleh para hujjaj.

8. Selesai demikian, jemaah akan bergegas ke Mina untuk bermabit (bermalam) di sana. Alangkah baiknya jika bermula dari solat zuhur 10 Zulhijjah ini, ia dapat ditunaikan di Mina. Mabit di Mina selama dua malam (bermula malam ke-11 dua 12) adalah wajib haji, manakala untuk malam ketiga (13 Zulhijjah), ia merupakan amalan sunat yang dianjurkan bagi mereka yang tidak tergesa-gesa untuk pulang ke tanah air.
Mengikut catatan sirah ibadah haji, Rasulullah SAW mengqasarkan solat yang empat rakaat tanpa jamak sepanjang berada di Mina (kesemua solat ditunaikan di dalam waktunya).

9. Esok harinya pada hari ke-11 Zulhijjah, para hujjaj akan melontar ketiga-tiga jamrah, yang bermula di Jamrah al-Sughra, kemudian al-Wusta dan diakhiri dengan al-Kubra. Setiap jamrah dilontari sebanyak tujuh biji batu kecil dan disunatkan berdoa setelah selesai melontar dua jamrah yang pertama tanpa jamrah ketiga.
Melontar

Waktu lontaran bermula dari gelincir matahari (zuhur) pada setiap hari tersebut dan berterusan sehingga terbenamnya matahari pada hari yang sama. Walaupun demikian, bagi yang tidak sempat untuk melakukannya pada waktu pilihan tersebut, adalah diharuskan melontar sehingga ke akhir hari ke-13 Zulhijjah.
Amalan melontar sedemikian dilakukan juga pada hari ke-12 dan 13 Zulhijjah. Hari-hari ke-11, 12 dan 13 ini dinamakan hari Tasyriq bersempena sejarah para jemaah haji di zaman Rasulullah yang mengerat-gerat daging dan mengeringkannya untuk dimakan dan dihadiahkan kepada penduduk Mekah dan sesama mereka.

Membiasakan diri dengan amalan zikir, berdoa, membaca al-Quran, bertaubat kepada Allah, beristighfar dan sebagainya pada hari-hari Tasyriq merupakan amalan yang amat digalakkan dan dianjurkan kepada semua lapisan jemaah haji.

10. Dengan melakukan mabit selama dua malam dan melontar pada kedua harinya, dibenarkan bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman untuk meninggalkan bumi Mina sebelum waktu maghrib dan perlakuan sebegini dinamakan nafar awal (larian pertama).
Walaupun begitu adalah menjadi sunah Nabi SAW untuk meneruskan mabit di Mina pada malam ke-13 Zulhijjah dan melakukan lontaran pada siang harinya yang bermula dari gelincirnya matahari dan kemudian meninggalkan bumi Mina yang dikenali sebagai nafar thani (larian kedua).

Seperkara lagi sebagaimana yang diwarisi dari ibadah nusuk Baginda SAW, para hujjaj diwajibkan melakukan tawaf wada’ (tawaf selamat tinggal) sebelum meninggalkan bumi Mekah untuk pulang ke tanah air masing-masing.
Tawaf ini tidaklah diwajibkan kepada wanita

Sunday, November 23, 2008

Perkara yang dipohon berdoa

Sabtu, 23 November 2008/24 Zulkaedah 1429


Kita diwajibkan berusaha dan berdoa. Doa itu juga ibadat dan mendapat pahala daripadanya. Allah sentiasa mendengar permohonan dari hambanya. Allah Yang Maha Pencipta dan Pemurah dan Pemberi rahmat. Oleh itu berdoalah dengan seikhlasnya dengan mematuhi perintah serta syariatnya. Semoga doa kita dimakbulkan.Insya Allah.

Allah Taala berfirman: Maksudnya.
"Tuhanmu semua berfirma: Berdoalah engkau semua pada Ku, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu."


Di antara perkara-perkara yang dipohon semasa berdoa ialah:

1. Memohon ketaataan dan taubat dari segala dosa besar dan kecil.

2. Memohon hidayah, taufik dan keberkatan dalam hidup dan untuk mendapat keredhaan Allah swt.

3. Memohon keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

4. Memohon pimpinan dalam melakukkan amalan dan ibadat.

5. Memohon dimudahkan memahami dan memperoleh ilmu, serta dilapangkan dada dan Nur iman.

6. Memohon ditambahkan dan diteguhkan iman dan taqwa setiap masa.

7. Memohonan keampunan atas amal ibadat yang salah, kurang khusyuk, ketinggalan, tidak ikhlas beribadat.

8. Memohon dengan rahmat Allah minta diterima segala amal ibadat yang telah dilaksanakan walaupun sedikit dan tak sebagaimana sepatutnya.

9. Memohon dirigankan daripada azab kubur dan huru hara kiamat dan dilepaskan dari azab neraka.

10. Memohon dengan rahmat Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga Allah.

11. Memohon jauh dari penyakit, dilepaskan dari bala.

12. Memohon ditambah dan dimurahkan rezeki yang halal dan yang diberkati.

Sunday, November 16, 2008

Niat melakukan kebaikan dan kejahatan

Ahad, 16 November 2008/ 18 Zulkaedah 1429

Hadis Ketiga Puluh Sembilan

39- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. (البخاري ومسلم)

39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa:

(1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya.

(2) Niat seseorang ada nilainya.

Huraiannya:

(1) Soal kebaikan dan kejahatan:

Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat, tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan yang jahat itu.

Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.

(2) Nilaian Niat:

Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja.

Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.

Wednesday, November 12, 2008

Hari Rabu, 12 November 2008

Monday, November 10, 2008

Isnin, 10 November 2008/12 Zulkaedah 1429

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Saturday, November 8, 2008

Sabtu, 8 November 2008/ 10 Zulkaedah 1429

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata, Aku mendengar Nabi saw bersabda:, " Tiada hasad melainkan pada dua orang lelaki. Lelaki yang diberikan kepadanya oleh Allah harta benda maka diukuasakannya untuk membinasakannya pada kebenaran. Dan lelaki yang diberikan kepadanya oleh Allah akan hikmah maka ia menghukumkan dengannya mengajarkannya kepada manusia"

Menurut hadis ini tiada boleh hasad melainkan kepada dua orang.

Pertama: Lelaki yang diberikan kepadanya hartabenda lalu diperkuasakan hartanya itu untuk dibinasakannya atau dugunakannya habis-habisan kerana kepada kebenaran atau kepada pekerjaan yang baik menguntungkan masayarakat dan memberi faedah kepada orang ramai. Maka lelaki yang seumpama ini amatlah terpuji di sisi orang ramai, kerana hartanya itu digunakan kepada jalan yang baik dan benar.

Kedua: Lelaki ynag diberilkan kepadanya hikmah atau pengetahun maka dihukumkan di antara manusia menurut hikmahnya itu dengan 'adil dan diajarkan pula hikmah pengetahuannya kepada manusia lain supaya tersebar dan bertmbah-tambah faedahnya,

Hanya kedua sifat lelaki seperti di atas yang patut diteladani untuk mendapatkan sebagaimana yang didapati oleh keduanya. Kerana apa yang didapati oleh keduannya adalah pokok segala sesuatu menyebabkan kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di kahirat kelak.

Friday, November 7, 2008

Apa yang perlu dibuat kepada si mati/mayat ?

Jumaat, 7 November 2008

Menguruskan jenazah/mayat hukumnya fardhu kifayah.

1. Memandikan mayat.

1. Sekurang-kurang mandi itu ialah sekali lalu/jirus, setelah dihilangkan najis yang ada pada badan mayat tersebut dan sebaiknya gunakan sabun mandi.

2. Hendaklah pakaiannya digantikan dengan kain basahan (kain mandi)/kain sarung.

3. Bagi mencucukan kotoran najis, tegakkan badan dengan menekankan perut si mati dan dibasuh dengan air dan sabun.

4. Bersihkan dengan sarung tanagan bahagian mulut/.gigi, kepala

5. Mandikan dengan membaringkan sebelah kanan badan dan diikuti dengan sebelah kiri sebanyak 3 kali basul atau 5 kali.pembasuh penghabisan itu baik dicampur dengan kapur barus sedikit atau haruam-haruman yang lain.

6. Ambilkan wudhu untuknya semasa selepas selesai memandikannya.


2. Mengkafankan mayat.

1.Kafan sekurang-kurang selapis kain yang menutup badan mayat. Sebaik-baiknya 3 lapis untuk lelaki, dan 5 lapis untuk perempuan.



3. Mensolatkan mayat.

1.Jenazah diletakkan di hadapan, kemudiam imam berdiri di hadapan. Bagi jenazah perempuab, imam berdiri dekat dengan peinggangnya dan jenazah lelaki imam berdiri dekat bahunya.

4. Mengkebumikan mayat.
1.Wajib meletakkan jenazah itu keadaanya menghadap kiblat.
2.Dibukakan kain sebelah pipiinya dan sendalkan dibelakannya supaya ia tidak kembali menelentang.
3.Sunat meninggikan sedikit rtanah atas kubur sekadar sejengkal.
4.Sunat meletakkan anak batu dan meniram air di atas kubur.
5. Sunat meletakkan batu tanda di kepala dan di kaki.

6

Wednesday, November 5, 2008

Tiap-tiap seorang bertanggungjawab

Rabu 5 November 2008

Daripada Abdullah bin Umar ia berkata: Aku menmdengar rassulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap kamu pengembala (penjaga) dan tiapa-tiap kamu disoal (bertanggungjawab) daripada pengembalaannya (pengembalaannya), Raja itu pengembala (penjaga) dan disoal daripada rakyatnya, Dan lelalki itu pengembala (penjaga) pada ahlinya dan ia disoal daripada pengembalaannya (penjagaannya), Dan perempuan itu pejaga pada rumah suaminya dan ia disoal daripada penjagaannya, Dan khadam itu penjaga pada harta tuannya dan disoal daripada penjagaannya. Ia berkata: dan menyangka aku sesungguhnya ia berkata: Dan lelaki itu penjaga pada harta bapanya dan disoaal daripada penjagaannya, dan tiap-tiap kamu penjaga dan bertanggungjawab pada rakyatnya(penjagaanya)

Keterangan:

1.Hadis tersebut menerangkan bahawa tiap-tiap manusoa tiada terlepas daripada mempunyai tenggubgjawab seperti contoh yang diberikan kepada tiap yang memegang tanggungjawab di atas.

2. Ringkasnyatuiap-tiap seorang di dunia ini adalah penjaga, pentadbir, pengasuh dan pemimpin menurut kedudukan serta kewajiban masing-masing di dalam lapangan hidup. Maka penjagaannya, pentadbirannya, pengasuhannya dan pemimpinannya, semuanya itu akan disoal di akhirat nanti. Oleh itu berwaspadalah.

Sunday, November 2, 2008

Kesah 3 pemuda dalam gua

Ahad 2 November 2008/4 Zulkaedah 1429

Kesah tiga pemuda dalam gua (msm 282), Hadis No 2361, Sahih Muslim,


Dari Abdullah bin Umar dari rasulullah saw sabdanya:



" Pada satu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit.

Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalam (tidak dapat keluar)

Maka berkata sesamanya, " Marilah kita ingat-ingat amal soleh yang pernah kita lakukan kerana mancari ridha Allah. Mendoalah kepada Allah Ta'ala mudah-mudahan kerana amal soleh kita itu Allah membukan pintu bagi kita.

Maka mendoalah orang pertama:

"Wahai Allah!, Akiu mempunyai ibu baba yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil, yang kesemuanya menjadi tanggunganku. Bila aku pulang dari gembala, ku peras susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anakku.

Pada suatu hariaku terlambat pulang dari mencari kayu api, sampai di rumah hari sudah petang dan kudapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahuluku peras susu lalu kubawa untuk orang tuaku. Aku berdiri dekat kepala beliau-beliau dan tak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang lelap. Dan aku tidak mau memeberikan susu itu kepada anak-anakku sebelum kedua orang tuaku meminumnya lebih dahulu.Padahal anak-anakku yang masih kecil itui menangis di kakiku minta susu.

Demikianlah aku dan isteriku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tuaku bangun). Wahai Alllah, Engkau tahu bahawa aku berbuat demikian kerana mencari keridhaan Engkau.

Kemudian mendoa orang Kedua:

"Wahai Allah! Aku mempunyai seorang bapasaudara dan bapa saudaraku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis pamanku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteriku, tetapi dia mneolak permintaanku sebelum aku meyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinnar, lalu kuberikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhnya dia berkata kepadaku, "Hai. Abdullah! Takutlah kepada Allah! jangan engkau buka cincin (kegadisan melainkan dengan cara ynag sah (nikah).
Mendengar kata-kata itu aku langsung berdiri dan pergi meninggalkannya.

Wahai Allah!, Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana menghendaki ridhamu,. Keran itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami"

Maka terbukalah pintu gua sedikit.

Kemudian orang ketiga mendoa pula:


"Aku pernah mengupah seorang pembuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepadaku. Lalu kuberikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu kutanam untuknya dan hasilnya kukumpulkan kemudian kubelikan sapi dan kugembalakan. Kemudian dia datang kemabli kepadaku, lalu katanya: Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hakku" Jawabku, "Pergilah ke padang rumput gembala sapi-sapi itu, lalu ambillah sapi-sapi itu semuanya!" kata orang itu, " Takutlah kepada Allah, dan janga memperolokkanku"
Jawabku, " Aku tidak memperolokkanmu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gemalakanlah untukmu". Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. Wahai Allah!, tentu Engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keridhaanMu jua. Maka tolonglah bukakkan pintu gua ini bagi kami" Maka terbukalah pintu gua seluruhnya."

--------------------------------------------------------------------------------------

Allah
Ta'ala berfirman :

Hai
Orang-orang yang beriman, sebutlah Allah (berdzikirlah) dengan zikir yang
sebanyak-banyaknya. ( Al-Ahzab : 41 ).

Anjuran berzikir.

Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman, " Aku sentiasa menurut sangka hambaKU kepadaKu, dan Aku senantiasa bersamanya ketika dia menyebaut namaKu. jika dia memyebutnamaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebutKu dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalamm majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekatnya sehasta, Aku mendekatnya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjaan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari".
- (Sahih Muslim)

Saturday, November 1, 2008

zikir

Membaca dan Mempelajari Quran.

Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw bersabda" " Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Ta'ala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak.

Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat.

Dan Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba itu mau menolong saudaranya.
Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.

Bila satu kaum berkumpul di salah satu rumah Akllah (masjid) lalu mereka membaca Kitabullah dan mempeljarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenagan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang dekatNya. Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelaran kebangsawanannya".

-( Sahih Muslim: 2332, ms.263)

-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------

Allah
Ta'ala berfirman :

Hai
Orang-orang yang beriman, sebutlah Allah (berdzikirlah) dengan zikir yang
sebanyak-banyaknya. ( Al-Ahzab : 41 ).

Anjuran berzikir.

Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman, " Aku sentiasa menurut sangka hambaKU kepadaKu, dan Aku senantiasa bersamanya ketika dia menyebaut namaKu. jika dia memyebutnamaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebutKu dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalamm majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekatnya sehasta, Aku mendekatnya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjaan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari".
- (Sahih Muslim)
------------------------------------------------------------------------------


Berzikir
yang terus-menerus merupakan syarat untuk mendapatkan kecintaan dari Allah yang
langgeng pula. Allah yang paling berhak untuk dicintai secara menyeluruh ,
diibadahi, diagungkan dan dimuliakan.


Pekerjaan
yang termasuk paling bermanfaat bagi seorang hamba adalah berzikir yang banyak.
Zikir bagi hati itu laksana air bagi ladang pertanian, bahkan seperti air bagi
ikan, ia takkan hidup tanpa air.


Zikir
itu bermacam-macam :


1. Berzikir
dengan menyebut asma Allah dan sifat-sifat-Nya, serta memujinya dengan menyebut
asma dan sifat-Nya.


2.
Tasbih
( mensucikan Allah dengan mengucapkan : Subhanallah ), tahmid ( memuji Allah
dengan mengucapkan : Al-hamdu lillah ), takbir ( mengagungkan Allah dengan
mengucapkan : Allahu Akbar), Tahlil (mengucapkan la ilaha illallah yang artinya
tidak ada tuhan yang haq kecuali Allah) serta memuliakan Allah. Ini merupakan
lafal zikir yang paling banyak diucapkan oelh kalangan orang-orang yang
belakangan atau pada dewasa ini.


3. Berzikir
dengan hukum-hukum Allah, perintah-perintah-Nya serta laranganan- larangan -Nya
dan ini merupakan zikir ahli ilmu. Bahkan ketiga zikir ini merupakan zikir
mereka kepada Rabb-nya.


4. Berzikir
dgn firman-Nya yaitu dengan Al-Qur'an. Ini termasuk zikir yg paling utama.
Allah berfirman :

Dan barangsiapa yang berpaling dari zikir-Ku, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam
keadaan buta". (QS. 20:124)

Yang dimaksud dengan zikir-Ku adalah kalam Allah yang telah diturunkan
kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yaitu al-Qur'an.

Allah berfirman :

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat
Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS.
13:28)


5. Berdzikir
dengan berdo'a kepada Allah, beristighfar (mohon ampunan) & merendahkan diri
di hadapan Allah


Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kita untuk mengikuti cara berdzikir
beliau shallallahu 'alaihi wasallam. Kelima macam cara berdzikir di atas
merupakan cara berdzikir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.


Berdzikir
kepada Allah harus sesuai dengan yang telah disyari'atkan oleh Allah dan sesuai
dengan yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada
umatnya, bukan bid'ah seperti yang dikerjakan oleh kaum sufi. Mereka berdzikir
dengan dzikir yang dibuat-buat dan diada-adakan. Contohnya mereka menyebut :
hu… hu… yang menurut mereka lafadz itu termasuk asma Allah. Dzikir semacam ini
tidak dibenarkan sama sekali. Begitu juga mengenai bacaan shalawat atas Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam harus sesuai dengan yang terdapat dalam sunnah
seperti shalawat Ibrahimiyyah ( yang dibaca pada tahiyyat dalam shalat ) dan
lainnya yang sesuai dengan sunnah.

Ibadat Satu latihan

Sabtu, 1 November 2008/ 3 Zulkaedah 1429

Ibadat solat, puasa, zakat, haji sesungguhnya bertujuan untuk persiapan dan latihan bagi hamba-hamba Allah untuk taat serta patuh dengan perintah Allah su[aya dapat melaksanakna tugas sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.Dengan demikian seorang mukmin itu akan bertawqa dan sentiasa mencari keredhhaan Allah untuk kebaikan makhluk dan dirinya sendiri.Seorang muslim itu hendaklah bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, yang menjadikan Allah sebagai penguasai mutlak bagi makhluk sekalian alama ini.

Firman Allah swt, " Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk membimbing dan memperbaiki manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mecegah dari yang nungkar, dan beriman kepada Allah..."

(- Ali "Imran :110)

Friday, October 31, 2008

Serakahnya anak Adam

Jumaat 31 Oktober 2008/ 1 Zulkaedah 1429 H

Sememang nya manusia bersifat mengikut nafsunya yang tak kenal cukup, sehingga umurnya digunakan mengaut harta dunia dan banyak yang khayal menunaikan tuntutan Allah swt untuk bekalan akhiratnya. Berpada-padalah mencari kekayaan dan harta dunia ,tapi tentukan kekayan dunia itu dapat di terima balasannnya dnegan membuat kerja amal kerana Allah swt.

Sabda Nabi Muhammad saw,

"Andaikata seorang anak Adam telah memiliki harta benda
sebanyak satu lembah,
tentu ia akan berusaha memiliki dua lembah.

Dan andaikata ia telah memiliki dua lembah
tentu ia akan berusaha untuk memiliki tiga lembah.
Memang tak ada yang dapat memenuhi kehendak anak Adam melainkan tanah.
Dan Allah memberi taubat bagi mereka ynag bertaubat"

- Riwayat Al Sheikhun Ahmad dan Tarmizi 'An Anas)

Thursday, October 30, 2008

Hidup beribadat kepada Allah

Khamis 30 Oktober 2008/30 Syawal 1429

Firman Allah swt:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia ,elainkan supaya mereka menyembahKu"

( Az-Zariat, 51:56)
Dari ayat di atasmenerangkan bahawa tujuan manusia dilahirkan di dunia ini ialh untu7k berbakti kepada Allah melalui ibadat yang disyariatkan melalui Rasul dan Al Quran.
"Ibadat" bererti "penghambaan" iaitu dengan menyembah Allah yang Esa serta patuh dengan perintah-perintahNya. Tujuan Allah menciptakan manusia supaya mereka patuh serta taat kepada Allah.

Ibadat dalam erti kata yang seluasnya ialah bahawa seseorang itu mengikuti aturan dan hukum Allah dalam hidup mulai daripada baligh hinggalah ke akkhir hayat di dunia ini, dalam setiap langkah dan setiap masa dan meninggalkan dari ikatan setiap hukum yang bertentangan dengan hukum Allah.Setiap gerakan hendaklah sesuai dengan cara yang telah ditentukan Allah swt.Dengan demikian hidup seseorng itu dinamakan ibadat.Ibdat tidak mempunyai satu bentuk yang khas. Dalam setiap perbuatan dan setiap bentuk pekerjaan, ibadat kepada Allah harus dilaksanakan.

Tuesday, October 28, 2008

Solat Sunat Rawatib

Selasa, 28 Oktober/28 Syawal 1429 H

Solat sunat sebelum dan selpas solat fardhu dinamakan sunat rawatib yang sunat diamalkan mengikut apa ynag diajrkan kita mengamalkannya.

Dua sunat Rawatib iyu terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Sunat Muakkad, iaitu sunta dianjurkan sekali dan dikuatkan untuk diamalkan dan adalah terdiri dari:

a) 2 rakaat sebelum fardhu suhur
b) 2 rakat selepas zuhur.

c) 2 rakaat sesudah maghrib
d) 2 rakat sesudah Isyak
e) 2 rakat sebelum subuh.
2. Sunat Ghari Muakkad iaitu terdiri dari:

a) 2 rakat (selain muakkad sda) sebelum fardhu zuhur dan 2 rakat sesudahnya.
b) 4 rakaat sebelum fardhu asyar dengan 2 salam. Tiada ada sesudahnya.
c) 2 rakaat sebelum isyak dan 2 rakat sesudahnya (Selain muakkad sda)

Monday, October 27, 2008

Bersedekah, sabar, meminta sedekah

27 Oktober 2008/27 Syawal 1429/ Hari Depavali dirayakan oleh kaum India Hari ini

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Sunday, October 26, 2008

Selesaikan masalah secara hikmah

Ahad 26 Oktober/26 syawal 1429

Sabbda Rasulullah s.a.w.

Rasional atasi masalah

DARIPADA Anas bin Malik (r.a) katanya: Datang seorang Arab Badwi (orang kampung) lalu kencing di satu penjuru masjid Madinah Rasulullah s.a.w. Kemudian dimarahi (disergah) orang ramai dan ada yang ingin memukulnya. Namun Rasulullah s.a.w. melarang mereka (dari mengganggunya) dan bersabda: “Bila dia puas dan selesai dari kencingnya itu, ambilkan setimba air dan siramilah ke atasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraiannya

Rasulullah s.a.w. memberi contoh terbaik apabila berhadapan dengan keadaan di luar jangkaan seperti tindakan Arab Badwi itu. Rasulullah menenangkan para sahabat dan bersikap rasional, matang untuk mengatasi masalah. Sekiranya Arab Badwi itu diganggu maka akan bertaburanlah najis kencingnya itu ke merata masjid.

Kesimpulannya

Bertindaklah secara matang dan sopan sekalipun terhadap perbuatan biadab seperti ini. Kerana ingatlah perbuatan kasar dan keji tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan merumitkan lagi masalah yang sedia ada.

Sumber: Petikan dari Utusan Malaysia

Saturday, October 25, 2008

Ganjaran syurga di akhirat yang perlu dihayati

Sabtu 25 Oktober/ 25 Syawal 1429


Tidak banyak dipelajari mengenai dunia akhirat dibandingkan dengan pengetahuan ynag berbagai yang dapati dipelajari dunia yang fana ini. Jika diketahui sepenuhnya tentulah kita akan lebih berusaha dengan bersungguh-sungguh membawa bekalan akhirat supaya dapat tinggal di syurga Allah yang tiada tolok bandingnya kelebihan yang disediakan Allah swt.

Oleh itu penerangan yang di buat oleh pengkaji isi Al Quran akan dapat memeberikan pengetahuan perkara-perkara yang ghaib ini untuk diketahui dan dihayati dengan lebih menentukan cara hidup yang berpandukan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.Lebih banyak kajian serta penerangan yang bersumberkan al Quran dan Al Hadis disebarkan betapa besarnya ganjaran Allah kepada hamba-hambaNya yang taqwa serta melaksanakan perintahNya, sebagai motivasi dan daya penarik untuk kita menghayati Islam secara syumul.

Kali ini disertakan beberapa huraian berkaiatn dengan nikmat syurga berdasarkan ayat-ayat al Quran yang dapat dijadikan panduan bersama.

Di sebalik ganjaran syurga juga, terdapat banyak surah atau ayat-ayat Al Quran yang menerangkan siksaan neraka yang akan disediakan kepada orang yang kafir engkar mentaati perintah Allah swt.
-------------------------------------------------------------

Ganjaran akhirat tiada bandingan.

Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad):

“Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.

Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka”. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (ali-‘Imran: 15-17)

Sheikh Sya’rawi berkata: “Berdasarkan ayat sebelum ini kepelbagaian jenis nikmat dan perhiasan. Seterusnya dinyatakan ayat yang membicarakan berkenaan dengan tawaran Allah SWT yang jauh lebih baik bagi mereka yang bertakwa dengan anugerah syurga dan segala nikmatnya.”

Ayat Ke-15

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad):

“Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.

Sebab Nuzul.

Ibn Jauzi meriwayatkan dalam kitabnya Zad al-Masir daripada Ata’ bin al-Said daripada Abi Bakar bin Hafs katanya: “Apabila Allah SWT menurunkan ayat 14 daripada surah ali-‘Imran lantas kata Umar: “Hai Tuhanku, sekarang ketika kamu hiasinya?” Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Maksud perkataan Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Bahawa Allah SWT menceritakan kepada kita dengan kebaikan daripada perhiasan dunia. Seolah-olah ayat ini Allah SWT menjadikan perkara tersebut sebagai qias atau perbandingan antara nikmat dunia dengan nikmat akhirat.”

ii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Di sisi Tuhan di sini jelas terpampang perbandingan antara ayat ini dan sebelumnya sebagai contoh:

Beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dibandingkan dengan nikmat tanaman tumbuhan di dunia.

Mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih dibandingkan dengan sifat wanita di dunia sama ada dari segi akhlak dan kejadian.

iii. Al-Maraghi berkata: “Perkataan lebih baik (khayrun) memberi gambaran bahawa pelbagai jenis kesenangan tersebut pada asasnya adalah baik. Hal ini sememangnya tidak diragukan lagi, kerana nikmat-nikmat tersebut merupakan hasil kurniaan yang terpenting daripada Allah SWT kepada manusia”.

iv. Hamka berkata: “Semuanya ini beribu-ribu kali lebih baik daripada yang dihiaskan kepada kamu dari enam perkara tersebut. Allah SWT mengakui bahawa dunia mempunyai perhiasan dan manusia ditakdirkan mengingini perhiasan itu, tetapi Tuhan memperingatkan janganlah lupa akan tujuan dan terpesona oleh perhiasan luar kerana yang di sebelah dalam lebih hebat daripada perhiasan luar tersebut.”

Penulis berpendapat ayat ini jelas menunjukkan bahawa ganjaran dan kurniaan Allah SWT di akhirat jauh lebih baik daripada yang dimiliki di dunia.

Ayat Ke-16

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami daripada azab neraka.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Doa ini menjadi dalil bahawa yang berdoa mengetahui kehendak iman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tentang ihsan iaitu kamu ibadat kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya dan jika tidak melihatnya maka yakinlah Allah SWT melihatmu”.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Makna istighfar dalam ayat ini dengan dua maksud-

nIaitu istighfar yang maaruf dengan lidah seperti pendapat Ibn Masud dan al-Hasan.

nIaitu solat, inilah pendapat Mujahid, Qatadah, al-Dhahaq dan Muqatil.

Atas dasar inilah solat dinamakan istighfar kerana sesiapa yang bersolat sudah pasti memohon keampunan.

iii. Al-Maraghi berkata: “Orang yang menjaga diri daripada melakukan perbuatan dosa dan tunduk kepada Allah SWT dengan penuh perasaan takut, mengucapkan doa dengan penuh kekhusyukan dan harapan agar dikabulkan iaitu, Wahai Tuhan kami, kami benar-benar mengaku beriman terhadap sesuatu yang Engkau turunkan kepada Rasul-rasul Engkau, dengan keyakinan yang mendalam.”

Ayat Ke-17

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: “Orang sabar ialah mereka yang mentaati dan meninggalkan perkara yang haram. Orang yang benar iaitu mereka beriltizam dengan amalan yang payah dengan sebab keimanan.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Waktu sahur ialah sebelum keluarnya fajar di penghujung akhir malam. Allah SWT sifatkan mereka dengan segala ketaatan ini kemudian sifatkan mereka dengan takutnya mereka kepada Allah SWT”.

iii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Segala sifat di atas bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT”.

Daripada ayat-ayat ini jelas menunjukkan kurniaan Allah SWT kepada golongan yang mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang mendapat syurga Allah SWT yang bersifat dengan sifat sabar, benar, taat, rajin bersedekah dan beristighfar.

Sumber: Petikan dari Utusan Malysia pada 25 Oktober

Friday, October 24, 2008

Amalan Ayat 21-24 Surah Al-Hasyer

Jumaat, 24 Oktober 2008/24 Syawal 1429.


Siapa yang membaca di waktu pagi" " A'uzu billahis sami'il aliim minas syaita nirrajim 3 x kemudian 3 ayat terakhir dalam surat Al-Hasyer, maka Allah menyerahkan padanya 70,000 malaikat membacakan doa baginya hingga petang, dan jika mati pada hari itu ditulis mati syahid, dan jika dibacakannya di waktu petang maka ia mendapat kedudukan seperti itu yakni hingga pagi."

- (RIWAYAT AT TIRMIZI , AHMAD)


هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ ﴿٢٢﴾ هُوَ اللَّهُ الَّذِي

لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ

عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٢٣﴾ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي

السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


[22]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

[24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Wednesday, October 22, 2008

Perbuatan dengan Niat

Hadis Ketiga Puluh Lapan

38- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. (البخاري ومسلم)

38 - Dari Umar bin Al-Khattab ra., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal (gerak geri anggota zahir manusia yang disengajakan) tidak berlaku melainkan dengan adanya satu-satu niat dan sesungguhnya tiap-tiap seorang, hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas yang tersebut, sesiapa yang berhijrah dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan seorang perempuan, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa yang ditujunya sahaja".

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh lapan ini menerangkan:

Nilai segala amal berdasarkan niat.

Huraiannya:

Perkataan "Niat" bererti:

(1) Tujuan yang membangkit dan menggerakkan hati seseorang "hendak" melakukan sesuatu perkara yang tertentu.

(2) Perasaan berbangkitnya dan tergeraknya hati hendak melakukan perkara itu.

Pengertian yang pertama menjadi asas untuk menilai baik buruknya perkara yang hendak dilakukan itu.

Pengertian yang kedua pula menjadi asas untuk diiktiraf dan dikirakan perkara yang dilakukan itu.

Tiap-tiap satu perbuatan atau amal yang dilakukan oleh seseorang tak dapat tidak didorong oleh niatnya; dengan sebab itu maka tiap-tiap amal - yang baik dan yang buruk - dinilai berasaskan niat orang yang melakukannya. Cara menilai yang demikian menjadi asas bagi segala amal dalam Islam.

Menurut asas yang tersebut maka satu-satu amal yang dikerjakan oleh dua orang dengan dorongan dua niat yang berlainan maka nilainya dikira berlainan pula.

Bagi menjelaskan keadaan asas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda menerangkan amal berhijrah sebagai contoh. Berhijrah - dari Mekah ke Madinah - pada masa itu adalah diwajibkan atas orang-orang Islam. Dalam pada itu amalan berhijrah itu diberi nilaian yang berlainan dengan sebab berlainan niat orang yang melakukannya, sebagaimana yang ternyata dari sabda Baginda dalam hadis ini.

Soal Niat:

Sebelum memulakan sesuatu amal hendaklah terlebih dahulu memperbaiki niat dan keikhlasannya, dan hendaklah mengambil tahu dan memikirkan halnya dengan teliti, kerana niat itu menjadi asas dan segala amal tetap menjadi pengikutnya; - jika baik niat seseorang maka baiklah amalnya dan jika buruk dan rosak niatnya maka buruklah dan rosaklah pula amalnya.

Oleh itu, tiap-tiap seorang janganlah ia menuturkan sesuatu perkataan atau mengerjakan sesuatu amalan atau berniat hendak menjalankan sesuatu urusan, melainkan hendaklah ia menjadikan niatnya semata-mata untuk "bertaqarrub" (mendampingkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Taala bagi amal yang diniatkan itu.

Benar atau tidaknya niat yang didakwakan oleh seseorang:

Disyaratkan bagi benarnya niat seseorang hendaklah disertakan dengan amal; maka sesiapa yang menuntut ilmu misalnya dan mendakwa bahawa niatnya pada mencapai ilmu itu ialah untuk beramal dan mengajarkannya, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapat ilmu itu, maka nyatalah niatnya yang tersebut tidak benar.

Juga sesiapa yang mencari kekayaan dunia dan mendakwa bahawa ia mencari kekayaan dunia itu ialah dengan tujuan "berdikari" - tidak bergantung kepada orang dan kerana hendak membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, memberi sedekah kepada fakir miskin dan melakukan silaturahim kepada kaum kerabat, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapatnya, maka nyatalah tidak benar niatnya itu.

Niat tidak dapat mengubah keadaan maksiat:

Sebenarnya niat itu tidak memberi kesan dan tidak dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu perbuatan buruk atau sesuatu maksiat.

Perkara yang buruk tetap buruk, walaupun orang yang melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan dengan niat yang baik.

Misalnya: Orang yang meminum arak dengan niat hendak menguatkan badan untuk berbuat ibadat konon, maka niatnya yang demikian tidak menjadikan perbuatannya itu baik, bahkan niat mendampingkan diri dengan melakukan maksiat itu dikirakan niat yang jahat dan niat itu juga menambahkan kejahatan kepada maksiat yang dilakukan itu.

Oleh itu, tiap-tiap seorang sayugianya berusaha dengan bersungguh-sungguh menguasai niatnya untuk mengharapkan keredhaan Allah semata mata, dan sayugianya pula meniatkan ketika melakukan perkara-perkara yang harus sebagai bantuan untuk menolongnya mengerjakan taat kepada Allah Taala.

Elok juga diketahui bahawa sesuatu amal boleh dihimpunkan padanya beberapa niat dan orang yang mengerjakannya mendapat pahala bagi tiap-tiap niat yang diniatkannya itu.

Misalnya: Dalam perkara-perkara taat, apabila seseorang membaca Al-Qur'an hendaklah meniatkan untuk bermunajat dengan Allah Taala, kerana orang yang membaca Al-Qur'an adalah orang yang bermunajat dengan Tuhannya; dan hendaklah juga meniatkan untuk mendapat ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an menjadi sumbernya dan juga hendaklah ia meniatkan untuk mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri dan pendengar-pendengarnya dengan bacaan Al-Qur'an itu; dan lain-lain lagi dan niat-niat yang baik.

Dalam perkara-perkara yang harus pula, apabila makan minum hendaklah ia meniatkan untuk mematuhi perintah Tuhannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal yang Kami kurniakan kepada kamu," dan juga meniatkan dengan makan minum itu untuk mendapat tenaga dan kekuatan yang memudahkannya mengerjakan taat kepada Allah Taala dan juga meniatkan untuk melahirkan syukur kepada Allah yang memerintahkan dengan firman-Nya, maksudnya: "Makanlah kamu dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya" dan demikianlah seterusnya yang sayugianya dilakukan mengenal niat-niat yang baik.

Sayugia diketahui, seseorang itu tidak sunyi - sama ada ia berniat - untuk melakukan sesuatu perkara dari salah satu dari tiga keadaan:

Pertama - Bahawa ia berniat serta bertindak melakukannya.

Kedua - Ia berniat dan tidak bertindak melaksanakannya sedang ia boleh bertindak; maka hukum keadaan niat yang demikian dan keadaan niat yang pertama ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (seperti yang akan dinyatakan dalam hadis 39);

Ketiga - ia berniat untuk melakukan sesuatu perkara, sedang ia tidak mampu melakukannya, lalu ia berkata dalam hatinya: "Kalaulah aku terdaya melakukannya nescaya aku lakukan," maka ia beroleh balasan bagi apa yang diniatkannya itu, sama seperti yang didapati oleh orang yang mengerjakannya.

Hendaklah diingat lagi, sesuatu amal itu ada kalanya dikerjakan dengan perasaan riak semata-mata dan ada kalanya bercampur dengan riak. Kedua-dua jenis ini tidak ada pahala padanya bahkan haram dilakukan. Demikian juga tidak ada pahala bagi mana-mana amal yang dikerjakan semata-mata dengan tujuan mendapat keuntungan dunia, seperti berjuang di medan perang untuk mendapat harta rampasan sahaja; tetapi kalau perjuangannya itu untuk meninggikan agama Allah serta mendapat harta rampasan perang, maka perjuangannya yang tersebut mendapat pahala, walaupun tidak sepenuhnya.

Selain dari itu, sesiapa yang melakukan sesuatu amal ibadat, kemudian terlintas di hatinya perasaan riak semasa ia mengerjakannya, lalu ia menolaknya dengan serta merta maka tidaklah tercacat amal ibadatnya itu; masalah ini diakui sahnya secara ijmak. Kalau ia teruskan perasaan riak itu maka hampalah amal ibadatnya yang tersebut dari beroleh pahala - kalaulah perkara yang dikerjakannya itu berhubung antara satu dengan yang lain hingga ke akhirnya, seperti yang terdapat dalam sembahyang dan juga yang terdapat di dalam amalan haji; tetapi kalau perkara yang dikerjakannya itu tidak berhubung antara satu dengan yang lain, seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih dan bertahlil, maka ia hanya mendapat pahala bagi bahagian yang tidak ada perasaan riak padanya; kalau pula satu-satu amal ibadat yang dikerjakan itu sempurna dan bersih suci dari segala yang mencacatkannya, kemudian ia dipuji orang lalu ia bergembira dengan pujian itu, maka yang demikian tidak merosakkan ibadatnya yang telah sempurna itu.

Hadis Ketiga Puluh Sembilan

39- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. (البخاري ومسلم)

39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa:

(1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya.

(2) Niat seseorang ada nilainya.

Huraiannya:

(1) Soal kebaikan dan kejahatan:

Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat, tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan yang jahat itu.

Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.

(2) Nilaian Niat:

Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja.

Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Hadis Keempat Puluh Satu

41- عَنْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنْ الْأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ قَالَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ (البخاري ومسلم)

41 - Dari `Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka'bah, maka apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya!" Sayidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya "Ya Rasulu11ah! bagaimana mereka ditimbuskan seluruhnya pada hal ada di antaranya orang-orang yang berjual beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?" Baginda menjawab: "(Ya!) mereka seluruhnya ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan masing-masing dibalas) menurut niatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat puluh satu ini menerangkan:

(1) Akibat buruk orang yang mencabuli sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala.

(2) Sesiapa yang berada dalam kalangan orang-orang yang melakukan maksiat atau fitnah kekacauan akan menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka.

(3) Balasan akhirat berdasarkan niat masing-masing.

Huraiannya:

(1) Akibat buruk orang-orang yang mencabuli kehormatan sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala:

Tiap-tiap sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala, sama ada hukum, masa, tempat atau hamba Allah yang dikasihi-Nya; wajiblah dimuliakan dan dihormati sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yang mencabulinya, maka buruklah padahnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini.

(2) Orang yang ada bersama dalam kalangan orang-orang yang melakukan perbuatan yang durjana, akan ditimpa bala bencana:

Biasanya mala petaka dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala menimpa orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang akan merangkum orang-orang yang tidak bersalah yang ada bersama, meskipun keadaan kedua-dua golongan itu berlainan.

(3) Balasan akhirat diberi berdasarkan niat masing-masing:

Balasan akhirat adalah menurut hakikat sesuatu sama ada baik atau buruk.

Misalnya: Dua orang mati bersama dalam perjalanan ke pasar. Yang seorang berniat hendak membeli barang dan yang seorang lagi hendak mencuri, maka pada hari qiamat kelak, keduanya akan menerima balasan menurut niat masing-masing.

Tuesday, October 21, 2008

Bertaqwa kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud:

18. Hai orang-orang yang berman, bertaqawalah pada Allah, dan hendaknya tiap jiwa harus memperhatikan apakan yang telah disiapkan untuk hari esok (hari kemudian) dan hendaknya benar-benar bertaqwa pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menegtahui sedalam-dalamnya semua perbuatanmu.

19. Dan janganlah kamu berlaku seperti orang-orang yang melalaikan ajaran Allah, maka mereka sebenarnya telah melupakan kepentingan dirinya sendiri, merekalah orang-orang yang Fasiq (yang lepas dari agama)

20. Tidak dapat di samakan ahli neraka dengan ahli syurga, orang-orang ahli syurga itulah yang beruntung dan berbahagia.

(Surah Al-Hasyer: 18-20)

Dalam ayat 18 ini Allah memanggil semua orang yang beriman supaya benar-benar melaksanakan taqwa kepada Allah dengan menjalankan semua perintahNya dan menjahuhi laranganNya, kemudian bersiap-siap membenahi, membekali diri untuk menghadapi maut dan dalam kubur hingga di akhirat kelak, supaya lebih memperbanyak bekal yang bererti lebih beruntung dan terjamin bahagianya.

Dan diingatkan jangan sampai meniru orang-orang yang tertipu oleh kemewahan dunia dan kesenangannya sehingga melalikan peingatan dan ajaran Allah, sebab orang ynag melalaikan tuntutan agama Allah itu pada hakikatnya telah melupakan kepentingan diri sendiri atau keselamatan diri sendiri. Dan mereka itulah ynag disebut fasiq.

Tidak ada gunanya perkataan yang tidak ditujukan untuk mencapai ridha Allah. Dan tidak ada gunanya harta yang tidak dibelanjakan, didermakan unuk fisabilillah, dan tidak ada gunanyua (kebaikan) bagi orang yang kebodohannya mengalahkan kesabarannya (ketenangannya) . Dan tidak ada kebaikan bagi seorang bila akan berbuat sesuatu dalam agama takut dicela orang (R. Atthabarani)