Monday, November 26, 2012

Khyusuk dalam solat

Pentingnya khyusuk dalam solat. Khusyuk itu wajib. Khyusuk itu menghendaki tenang dengan merendahkan diri dan tauwadhuk.

[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Surah Almu'minun: 1-11)

Catatan: Allah menjekaskan bahawa mereka yang mempunyai sifat-saifat di atas inilah orang-orang yang mempusakai Firdaus. Syurga hanya di pusakai oleh mereka yang mengerjakan perintah Allah swt.

Saturday, November 24, 2012

[213]

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

                                                                            -(Surah Al-Baqarah: 213)


Sunday, October 14, 2012

Melakukan kebaikan yang sebenar

Maksud Al Quran kebaikan yang sebenar; Surah Al Baqarah, Ayat [177]
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa".

Penjelasan:

1. Ayat ini diturunkan di Madinah waktu Allah memerintahkan orang Islan supaya mengadap muka waktu mereka solat ke arah Kaabah di Mekah.

2. Sahabat bertanyakan Rasulullah mengenai keimanan dan kebaikan sebenarnya, Waktu itu turunnlah ayat di atas yang menjelaskan tentang keprcayaan seperti yang disebutkan iaitu:

         1. Percaya kepada Allah
         2. Percaya kepada hari akhirat.
         3. Percaya kepada Kitab
         4. Percaya kepada Nabi-nabi

Kebaikan juga meliputi mengeluarkan harta yang menjadi kesayangannya  kepada orang ini:

          1. kepada kaum kerabat
          2. Kepada anak-anak Yatim
          3. Kepada orang keputusan perbelanjaan
          4. kepada hamba yang hendak memerdekakan diri

Di samping itu kebaikan juga adalah melakukan perkara berikut:

         1. Mengerjakan solat
         2. mengeluarkan zakat
         3. Menunaikan janji apabila berjanji dengan orang lain
         4. Bersabar di waktu kesusahan.

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam mementingkan amalan hidup di dunia dan akhirat.Sifat-sifat suka berinfak, melakukan kebajikan sesama manusia akan menjamin kebaikan kita di dunia dan di akhirat.Sifat-sifat in menjadikan seorang muslim dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Secara ringkasnya kebaikan itu apatlah dirangkumkan sebagai melakukan perkara-perkara yang berunsurkan keimanan kepada Allah, mengerjakan ibadat yang ditentukan oleh Allah dan melakukan kebajikan sesama manusia.Seorang Islam bertanggungjawab melakukan ibadat kepada Allah dan melakukan kebaikan  kepada manusia. Dalam melaksanakan tanggungjawb kita dijkehendaki supaya bersabar dan sanggup menghadapi kesusahan dan ujian.

Wallahu a'lam.




Friday, October 5, 2012

Pentingnyamenjaga kesihatan diri


Kita  buka sahaja perlu menjaga makanan ynag diambil, menjaga otak dan rohani tapi juga menjaga kesihatan fizikal dari serangan penyakit yang boleh menyeranga anggota tubuh badan kita.

Ikuti apa pendapat kajian pihak kementerian Kesihatan mengenai kecuaian rakyat Malaysia mengambilo berat mnegnai kesihatn mereka.



75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam - Rosnah Abdul Rashid

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasa berumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121005/dn_27/75-peratus-rakyat-Malaysia-tidak-bersenam---Rosnah-Abdul-Rashid#ixzz28QrL4lKs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, August 11, 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012/22 Ramadhan 1433


Bacaan al Quran selepas subuh pagi tadi bersama jemaah seperti di dalam gambar di atas

102]
Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudaha
n Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[103]
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[104]
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

[105]
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

[106]
Dan segolongan yang lain (dari orang-orang yang tidak turut berperang); ditempohkan keputusan mengenai mereka kerana menunggu perintah Allah; sama ada dia mengazabkan mereka ataupun Ia menerima taubat mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[107]
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

[108]
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
[109]
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

[110]
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Friday, August 10, 2012

Orang-orang mukmin yang beriman melakukan kebaikan

Jumaat, 10 Ogos 2012/21 Ramadhan 1433


Firman Allah swt dalam surah Al Mukminun:

وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَـٰتِ رَبِّہِمۡ يُؤۡمِنُونَ (٥٨) وَٱلَّذِينَ هُم بِرَبِّہِمۡ لَا يُشۡرِكُونَ (٥٩) وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواْ وَّقُلُوبُہُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّہُمۡ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ رَٲجِعُونَ (٦٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَهُمۡ لَهَا سَـٰبِقُونَ (٦١) وَلَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۖ وَلَدَيۡنَا كِتَـٰبٌ۬ 
يَنطِقُ بِٱلۡحَقِّ‌ۚ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ

[57]
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
[58]
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
[59]
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
[60]
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
[61]
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
[62]
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."

Ayat 57-61;

Ayat di atas menjelaskan orang yang takut azab Allah, beriman kepada ayat-ayatnya, tidak melakukan syirik dan menginfakkan harta ke jalan kebajikan dan masih bimbang dan risau adakah amalan-amalan mereka diterima dengan sepenuhnya oleh Allah atau tidak. Ini mendorongnya segera melakukan kebajikan dengan lebih sempurna, tanpa bertangguh-tangguh agar amalan mereka diterima.>

Orang yang menyempurnakan amalan-amalan tersebut dengan banyak adalah orang yang gemar melakukan kebajikan dan takut menemui ajalnya sebelum dilaksanakan tanggungjawab tersebut.Merekalah sebenarnya orang yang mendahului orang lain dalam mengerjakan kebaikan.

Aayat 62:

Bahawa Allah tidak membebenai seseorang melainkan sekadsar kemampuannnya. Perintahnya tidak susah dilaksanakan. Sebagai contohnya, solat hanya lima waktu sehari semalam. Puasa hanya sebulan ramadhan dan ibadat haji hanya sekali seumur hidup. Allah juga memberikan rahmat kepada hambanya seperti diharuskan tiyamum ketika ketiadaan air atau tidak boleh menggunkannnya. Solat jamak dan qasar ketika musafir dan berbuka puasa bagi orang sakit atau musafir.

Thursday, August 9, 2012

Khamis, 9 Ogos 2012/20 Ramadgah 1433

Saturday, August 4, 2012

Kelebihan orang yang suka menziarahi sudaranya kerana Allah:


Kelebihan orang yang suka menziarahi sudaranya kerana Allah:


Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk memelindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya:
"Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab" ,


"Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini."


Malaikat bertanya lagi:
"Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?".

Ia menjwab, "Tidak!, hanya saja saya mencintainya kerana Allah".


Malakat lalu berkata, "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah, untuk menemuimu,guna memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaima enkgau mencintai saudaramu itu kerana Allah".


                                                   -(HR Muslim)

Huraian:

Allah suka kepada mereka yang menziarahi saudaranya kerana cinta kepadanya yang seikhlasnya. Allah juga cinta kepadanya sebagaimana ia cinta kepada sudaranya ynag diziarahi.

Oleh itu hubungi antas satu sama lain denmgan menziarah, beranya khabar dan mendoakan keberkatan dan keselamatan di duani dan juga di akhirat.



Pada 30 Julai 2012, lawtan silaturrahim ke rumah Tan Haji Mohd Noor Rahman dan mnzirah cucundanya Amar Azwan yang mengalami koma sejak 3 tahun yang. Kami medokan Allah sentiasa merahmainya walaupun dalam apa keadaanya yang tidak normal. Kepad Tuan haji Mohd Nor serta isteri dan ahli keluarga diharapkan supaya tabah bersabar serta sama-sama mendoakan Allah akan memeliharanya dan menyanyanginya dunia dan akhirat.

Sunday, July 29, 2012

Ahad, 29 Julai 2012/9 Ramadhan 1433

Thursday, July 26, 2012

Khamis, 26 Julai 2012/7 Ramadhan 1433.

Petikan beberapa hadis Sahih Muslim mengenai puasa:


1. Dari Abu Aiyub ra, katanya, sabda Rasulullah saw:


"Barangsiapa puasa bulan ramadhan kemudian diikutinya dengan berpuasa 6 hari pada bula Syawal, adalah ganjarannya seperti puasa sepanjang masa".
                     
2. Dari Abdullah bin 'Amir ra katanya, telah berkata Rasulullah saw kepadanya:
"Berpuasalah tiap-tiap bulan tiga hari, sebab tiap-tiap kebajikan berganda sepuluh kali, dan itu sama ertinya  dengan pahala bepuasa sepanjamg masa. Dan berpuasalah dengan berganti hari ; beginilah masa nabi Daud as. Berkata Abdullah: " Aku memilih petunjuk beliau yang tiga hari tiap-tiap bulan itu lebh kugemari daripada keluargaku dan hartaku".


3. Dari Ibnu Umar ra, katanya, Rasulullah saw telah berkata:


"Carilah "lailatu qodar" itu sejak tanggal 20 ramadhan, apabila tidak kuat maka carilah mulai tanggal 23 (minggu akhir bula ramadhan)."

Wednesday, July 25, 2012

Khamis, 25 Julai 2012/5 Ramadhan 1433

Monday, July 23, 2012

Isnin, 23 Julai 2012/3 Ramadhan.

Rasulullah saw bersabda:

"Allah Ta'ala berffirman: semua kebaikan sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus lipat pahala, kecualai puasa, Sesunguhnya puasa adalah untukKu dan Aku membalasnya"
                     
                     - (HRTirmizi dari Abu Hurairah)

Sunday, July 22, 2012

Kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita

Isnin, 22 Julai 2012/ 3 Syaaban 1433.

Dari Usama r.a dari Nabi saw sabdanya:

                        "Saya berdiri di pintu syurga, tiba-tiba  saya lihat kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang menpunyai kekayaan masih tertahan- belum lagi diizinkan untuk masuk syurga. Tetapi para ahli neraka sudah semua diperintahkan untuk memasuki neraka. Saya juga berdiri di pintu neraka, tiba-tiba - saya lihat, kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita"

                                              -(Muttafaq  'alaih).

1. Kita mempunyai tanggungjawb sebagai suami atau isteri. peranan dan tanggungjawab seseorang itu hendaklah dilaksanakan sebagimana sepatutnya. Seorang isteri mungkin melakukan sesuatu yang dikira durhaka terhadap suami seperti tidak melakukan amanah dan tanggungjawab seperti dalam urusan rumahtangga, keluar tanpa izin , bergaul bebas dengan merek yang bukan muhram , meelakukan pekerjaan yang di luar bidang tanggungjawb yang dibenarkan, hanya untuk mecari nama dan kedudukan serta kekayaan dunia dan seumpamanya.

Saturday, July 21, 2012

Selamat menyambut ibadah ramadhan 2012/1433

SABTU, 21 JULAI 2012, Selamat Menyambut ibadah puasa tahun 2012/1433.

Hari ini Sabtu 21 Julai 2012 bermula bulan Ramadhan (1 ramadhan 1433H). Puasa ramadhan yang diwajibkan kepada kaum muknmin mempunyai hikmay yang sangat besar dari segi pahala atau ganjarannya. 
Rasulullah saw,bersabda: "Orang yang berpuasa itu mepunyai dua macam kegembiraan, yang satu macam kegembiran itu ialah ketika ia berbuka dan yang satu macam lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya"

Untuk orang -orang yang  berpuasa ganjaran pahalanya dilipatgandakan dengan tidak ada hitungannnya. Pahala yang diberikan adalah terpulang kepada hak Allah, kerana puasa itu amalan yang dilakukan dengan keikhlasan diri sendiri dengan tidak dilihat oleh orang lain kecuali dirinya sendiri yang memerlukan kesabaran semata-mata kerana Allah.



-(HR Bukhari dan Muslim)

Semoga kita semua diberikan kekuatan serta kesabaran oleh Allah swt semasa mejalani ibadat puasa yang diwajibkan sebulan kepad kita. Amin!


Wednesday, July 18, 2012

Tanda-tanda Keesaan Allah,kekuasaannya dan kebijaksanaanya dan keluasan rahmatnya

Rabu, 18 Julai 2012 2012.


[163]
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[164]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(Surah Al Baqarah: 163-164)

Friday, July 13, 2012

Sekolah Jama'atul Quran, Mutiara Gombak, Gombak

Jumaat, 13 Julai 2012


Sekolah Jama'atul Quran sebuah sekolah mengaji Al Quran yang baru ditubuhkan pada 5 Jun 2012. Sekolah ini diasaskan oleh CG Abu Samah yang memulakan pengajaran membaca Al Quran kepada pelajarnya. 

Buat masa ini semua pelajar yang berdaftar di PUSAT TUISYEN AZAM BARU di Mutiara Gombak,KM 11, Jalan Gombak, Gombak layak diterima masuk untuk belajar di sekolah ini. Sesi untuk pelajar sekolah diadakan antara jam 5.00 hingga 7.00 malam dan mulai 8.00- 900 malam. Sekolah ini juga menerima pelajar dewasa yang diadakan pada hari biasa mulai 9.00-10.00 malam dan Pada hari Sabtu mulai jama 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Buat masa ini jadual ynag sedia ada ialah:

Murid Sekolah:

Isnin dan Rabu: 8.00-9.00 Malam.
Selasa dan Jumaat: 8.00-9.00 Malam.

Pelajar Dewasa:

Isnin dan Rabu: 9.00-10.00 Malam
Selasa dan Jumaat: 9.00-10-00 Malam.

Sabtu Dewasa: 8.30 - 10.00 pagi
                      10.00-11.00 pagi.
  Sabtu Kanak-knak 3.00- 5.00 ptg.                       


Dengan adanya pembukaan Kelas Al Quran ini,  dapatlah bersama-sama berusaha mempelajari Al Quran dan membina generasi muslim yang bertaqwa dan melaksanakn perintahNya dan mendapatkan keredhaan Allah swt.

Bagi kelas 2 jam atau dua kali seminggu, yurannya ialah RM 100.00 dengan pendaftaran dan buku teks asas RM70.00.


Sebarang pertanyaan mengenai pendaftarn masuk bolehlah menghubungi talian seperti berikiut:

hp. 016 275 9986, hp 012 911  6575 atau 03-6187 9986.

 Semoga Allah swt memberkati usaha kita yang sangat sangat sederhana ini.Insya Allah

Wednesday, July 11, 2012

Durhaka kepada Orang Tua - dosa besar




Rabu, 11 Julai 2012

Durhaka kepada Orang Tua adalah  termasuk dalam kategori dosa besar. Di dalam Al Quran jelas ada siksa.Siksanya anak durhaka beserta  kategorinya sebagai dosa besar, yang sebanding atau di bawah syrik kepada Tuhan dan membunuh orang tanpa hak.

Antara hadis-hadis yang menyebut tentang hal itu ialah sabda Rasulullah saw:

" Sebesar-besar (dari) dosa besar ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia , durhaka kepada ibubapa dan menjadi saksi palsu" .

                                                                    - (HR Bukhari)

Menurut hadis di atas, durhaka kepada kedua orang tua termasuk empat dosa besar, yakni syirik kepada Allah, membunuh manusia, durhaka kepada orang tua  dan menjadi saksi palsu.

Anak durhaka akan mendapat balasan siksa dari Allah di dunia, sebelum kelak dia khirat menerima siksa akhirat. Balasan Allah di dunia bagi anak durhaka berupa banyak macam penderitaan dan kesengsaraan baik mderita lahir mahu pun  batin. Derita, sengsara dna celaka itu dialami anak duhaka  di dunia ini, sebagai siksa Tuhan yang langsung dialaminya sebelum ia mengalami siksa akhirat.



Syarat-syarat untuk mengimamkan solat berjemaah

Rabu, 11 Julai 2012

Kita pastinya menjadi Imam di kalangan isteri dan anak-anak kita di rumah dan juga semasa meusafir dan berada di kalangan kita yang bersolat di tempat awam berhenti solat. Di kala kita mempunyai beberapa kewajipan sebelum solat, di waktu membaca bacaa-bacaan solat, di dalam melakukan rukun-rukun solat dan sesudah salam. ebelum
Kewajiban  Imam sebelum solat enam perkara:

1. Jangan maju untuk menjadi Imam dari kaum yang membencimu atau tidak suka di kalangan kamu. Jangan pula maju untuk menjadi Imam, pada hal di belakangnya ada seorang yang lebih pandai dalan agama, kecuali orang itu menolak.

2. Imam supaya menjaga waktu-waktu solat. Solatlah di awal waktu yang besar fadhilatnya  dibandingkan dengan melewatkan waktu .Imam tidak harus menantikan kedatangan orang yang berazan tetapi yang berkewajipan untuk tugas azan itulah yang harus menantikan kedatangan imam.

3. Di waktu ia menjadi Imam, hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Allah. Untuk menunjukkkan keikhlasan maka baiklah ia tidak suka menerima upah apapun untuk tugas keimamannya itu.

4. Janan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan-barisan yang ada di belakanna itu teratur rapi. Jadi sebaiknya ia hendaklah terlebih dahulu menoleh ke kanana dan kek iri. Minta makmum luruskan saf dan rapat-rapatkan saf masing-masing.

5. Imam hendaklah membunyikan keras suara takbirnya, baik takbiratul ihram mau pun takbir lainnya.

6. Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan atau menjadi imam, hendaklah memilih menjadi Imam sahaja, sekiranya mencukupi syarat-syarat nya. Tugas  azan dan Imam hendaklah dilakukan oleh orang yang berlainan.Makruh hukumnya jika  kedua-duanya dilakukan oleh orang yang sama.
Rasulullah saw bersabda:

"Imam adalah yang menjamin, sedang orang yang berazan adalah yang dipercaya"

                                                               -(HR Abu Dawuud dan  Tirmizi)

Monday, July 9, 2012

Dosa sama'h dan dosa riyak

Isnin, 9 Julai 2012

Di dalam suatu hadis sahih Nabi bersabda, "Bara
ngsiapa memperdengar-dengarkan  amalan-amalannya kepada orang lain,niscaya Allah menerangkan pula kepada orang ain keburukan orang itu.Barangsiapa  memperlihatkan amalannya, Allah pun memperlihatkan keburukan orang itu".

Ringkasnya, riyak tertentu dengan perbuatan-perbuatan yang nyata,dilihat dan didengar.
Tasmik melengkapi perbuatan hati
 dan pebuatan anggota.
Oleh itu dzlam beribadat epada Allah, kita dikehendaki melkasanakn dengan ikhlas hati, iaitu dengan niat taat kepada Allah semata-mata, bukan bertujusn memperolehi namaataukebesaran dari manusia, dan tidak juga untuk memperolhi keuntungan dunia, atsu menolak sesuatu bencanakeduniaan.


Barangsiapamenyekutukan denganobadahnya sesuatu yang   bersifat riyak, batallah amalannya, keran ia


menjadikan ibadahnyauntuk tujuan memperolehmaksudselaim dari Allah yang tiada nilsinys.

Friday, July 6, 2012

Adab tidur sambil bertaffakur mengingati mati


Jumaat, 6 Julai 2012/ 16 Syaaban 1433.

Pagi jumaat ini telah dapat saya membaca sebahagian dari Adab tidur yang dapat dijadikan panduan supaya hidup ini menjadi lebih bermakna:

1. Tidur dalam keadaan menghadap ke qiblat.

2. Badan mengiring ke sebelah kanan seperti berbaring orang yang mati di liang lahat.(Lagi pun tidur itu sememangnya seumpama mati dan bangkit bangkit tidur seumpama bangkit daripada kubur pada hari kiamat nanti)

3.Tidurlah dalam keadaan bersuci atau dengan berwudhuk. Sebaik-baiknya hendaklah berwasiat dengan memesan atau meninggalkan wasiat di bawah bantal.

4. Hendaklah sebelumnya kita beristighfar dan bertaubat kepada Allah dengan taubat Nasuha, meminta ampun, tidak mengulanginya dan berazam melakukan kebajikan keesokan harinya.

5. Ingatlah masa suatu masa nanti jasad kita akan terbujur di liang lahat di dalam kubur, tiada siapa yang akan mahu bersama kita kecuali amalan yang kita usahakan selama hidup di dunia.

6. Bila hendak tidur berniatlah akan bangun di pertengahan malam (satu pertiga malam) untuk solat tahajjud yang sangat besar ganjarannya iaitu.

Berdasarkan hadits Nabi saw :

"Perintah Allah turun ke langit di waktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam, lalu berseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akanberseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akan ku kabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan ku berikan dan adakah yang mengharap ampunan, pasti akan ku ampuni baginya sampai tiba waktu shubuh "( al Hadits ).

7. Bacalah doa untuk tidur. Baca Bismillah..21 kali, Baca juga 3 Qul dan Ayat kursi dan berzikirlah dengan Laillaha illallah sehingga tertidur.

8. Berdoalah secara umum termasuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Minta jauhkan siksa di akhirat, minta lindungkan dari maksiat dan kejahatan diri sendiri dan dari segala makhluk. jadikan lah kita seorang yang soleh mendekatkan diri kepada Allah , dan berikanlah kemaafan dan keafiatan kepada kita. Pohonlah agar doa kita diterima dan dimakbulakan dengan sepenuh harapan.

9. Rasakanlah mati itu sangat dekat dengan kita dan ingatlah dalam hati kita, bahawa mati tidak menunggu masa yang tertentu, keadaan tertentu atau umur tertentu. Kematian pasti akan datang. Persiapan mati dan hidup di akhirat jauh lebih utama dari persiapan mendapatkan kebahagiaan dunia. Hidup ini ibarat musafir dan tidak lama di dunia. Anggapkan umur kita ini hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi.

10. Dengan mengingati, bertafakkur , berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah kita akan dapat berusaha melakukan perintah Allah dan tidak akan menyesal kesudahnanya nanti. Sebagaiamana peptah Arab yang bermaksdu:

" Dan di waktu pagi akan dipuji kumpulan yang telah berjaya pada malamnya".

Wallahu 'alam.

Thursday, July 5, 2012

Khamis,  5 Julai2012/15 Syaaban 1433

Wednesday, July 4, 2012

Mempelajari Ilmu fardhu Ain

Rabu, 4 Julai 2012

Mempelajari fardhu Ain itu adalah wajib bagi semua orang Islam.
Imbangan ilmu dunia dan akhirat itulah yang terbaik. Sebaik-baik ilmu itu juga ialah yang berkaitan ialah fardhu ain, yang tanpanya tidak akan sah iman dan Islam seseorang, sebaigaimana ilamu Usulludin ('akidah) yang berkaitan dengan Rukun Iman dan yang diwajibkan beramal sebagai seorang Muslim dan yang lainya seperti Ilmu Fiqih dan Tasauf.



Tanpa ilmu yang diwajibkan, seseorang itu akan mudah tercebur ke dalam perkara yang dimurkai Allah Taala.

Monday, July 2, 2012

Isnin, 2 Julai 2012

Solat tahajjud dan doa di pertengahan malam


Isnin 2, Julai 2012.



.

(Gambar Hiasan: Masjid Saidina hamzah, Taman Batu Muda)


 Daripada 'Amr bin 'Abasah r.abahawa beliau mendengar  Nabi saw bersabda:


"Masa Tuhan paling hampir dengan seseorang hamba ialah pada pertengahan malam yang akhir. Jika kamu mampu menjadi di kalangan orang-orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka jadilah (di kalangan mereka).
                                    - (HR At Tirmizi).



Dalam satu riwayat 
Ahmad yang lain, Baginda saw bersabda:

" Pertengahan malam yang akhir ialah masa doa yang paling mustajab".


Dalam satu riwayat oleh Imam ahmad daripada 'Amr bin 'Abasah ra beliau berkata:
                  Saya bertanya; "Wahai Rasulullah, adakah terdapat satu masa yang lebih baik daripada yang lain?" Baginda saw bersabda; "sesungguhnya Allah turun pada pertengahan malam, lalu mengampunkan segala dosa melainkan dosa syirik".

       - (HR Imam Ahmad, At Tirmizi, Ibnu Mjah dan Ath Thobarani) 

Saturday, June 30, 2012


Sabtu, 30 Jun 2012/


SEKOLAH JAMA’ATUL QURAN


1. Sekolah Jama’atul Quran diasaskan oleh Cik Gu Haji Abu Samah pada 9 Jun 2012 , sebagai sebuah sekolah yang tidak bermatlamatkan keuntungan dan memberikan pengajaran percuma kepada pelajar-pelajarnya. Pada masa ini sekolah ini menggunakan kemudahan bangunan bilik darjah di Pusat Tuisyen Azam Baru, di Mutiara Gobak, Km 11, Jalan Gombak, Gombak dengan 9 orang pelajar perintis.

2. Penubuhan sekolah ini bertujuan memberikan peluang dan kemudahan kepada pelajar dan orang dewasa mempelajari Al Quran dan juga fardhu ain tanpa dikenakan sebarang yuran.

3. Sekolah ini mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.

3.1. Sesi pagi untuk orang dewasa : 8.30-9.30, 9.45-10.45 (Isnin hingga Sabtu)
3.2. Sesi petang/ untuk murid-murid : 5.00-6.00. 6.00-7.00 (Isnin hingga Jumaat)

4. Oleh kerana pihak sekolah tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajarnya, bagi menampung kos kemudahan bilik darjah dan sagu hati kepada guru yang bertugas, pihak sekolah ini dengan tangan yang terbuka mempelawa sesiapa sahaja untuk menderma dengan ikhlas bagi membantu usaha berdakwah secara bersma /bergotong royong bagi melancarkan perjalanan dan akitiviti sekolah ini .

5. Sebarang pertanyaan untuk pendaftran masuk pelajar dan sumbangan derma ikhlas boleh memasukan sumbangan ikhlas dan menghubungi talian di bawah ini:


Cik Gu Abu Samah: 016275 9986/03-6187 9986
Akaun Maybank: 1642 2135 5740
 ·  ·  · 2 minutes ago · 

Friday, June 29, 2012

Jumaat, 29 Jun 2012/9 Syaaban 1422.


Thursday, June 28, 2012

Sekolah Jama'atul Quran

28 Jun 2012/ 8 Syaaban 1433

SEKOLAH JAMA’ATUL QURAN .

1. Alamat rasmi Sekolah: Sekolah Jama’atul Quran ialah: No 17, Jalan 12, Taman Batu, Greenwood, 68100 Batu, Batu Caves, Selangor. 

2. Sekolah Jama’atul Quran ini mula ditubuhkan pada 5 Jun 2012. Pada masa ini Sekolah ini menggunakan kemudahan di Pusat Tuisyen Azam Baru di Mutiara Gombak, Km 11 Jalan Gombak, Gombak dengan seramai 9 orang kanak-kanak sekolah sebagai permulaan. Sekolah Jama’atul Quran ini juga akan menggabungkan dengan ilmu fardhu ‘ain kepada para pelajarnya.

3. Sekolah Jama’tul Quran ini bertujuan memberi peluang untuk orang ramai khususnya kanak-kanak yang berdaftar sebagai pelajar di Pusat Tuisyen Azam Baru dan orang dewasa (lelaki sahaja) yang bercadang mengikuti kelas membaca dan mempelajari Al Quran di Sekolah ini.

4. Sekolah Jama’atul Quran ini memberikan pengajaran ini dengan secara percuma iaitu tanpa dikenakan apa-apa bayarn atau yuran. Oleh kerana tempat terhad “siapa cepat dia dapat”

5. Pendaftaran pelajar bagi orang dewsa kini dibuka untuk memulakan pengajian sebagimana mengikut jadual seperti di bawah. Buat masa ini hanya pelajar lelaki dewasa sahaja dapat diterima. Pelajar perempuan dewasa akan dibuka apabila terdapat guru wanita yang boleh mengajar.
6. Waktu Belajar. Sesi pagi:
Isnin :8.30- 9.30 , 9.45-10.45
Rabu :8.30-9.30, 9.45-10.45
Jumaat :8.30-9.30, 9.45-10.45
Sabtu : 8.30-9.30 , 9.45 -10.45
Sesi petang.
Isnin 5.00 - 6.00 6.-00 - 7.00
Selasa 5.00 - 6.00 6.00 - 7.00
Rabu 5.00 - 6.00 6.00 -7.00
Khamis 5.00 - 6.00 6.00 -7.00
Jumaat 5.00 -6.00 6.00 -7.00

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pihak Pengurus/Guru Besar untuk mendapatkan waktu yang sesuai untuk menghadiri kelas tersebut sebagaimana jadual waktu yang disediakan. Semua guru yang mengajar adalah guru yang bertauliah yang dikeluarkan oleh MAIS. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila hubungi:

Cg. Hj. Abu Samah: 016 278 9986/03 6157 9986
Pengurus/Guru Besar,

Berebut-rebut nak jadi pemimpin, salah langkah terjunam ke Neraka

Khamis. 29 Jun 2012/8 Syaaban 1433


Dari Abu Ya'la iaitu Ma'qil bin Yasar r.a, katanya:"Saya mendengar Rasululllah saw brsabda:

"Tiada seorang hambamu yang diserahi oleh Allah untuk menggembala suatu penggembalaan, yakni memimpin sesuatu ummat atau bangsa, lalu ia mati pada hari kematiannya, sedang di kala itu ia dalam keadaan menipu pada penggembalaannya , melainkan Allah mengharamkan padanya untuk masuk syurga"

                                                -(Muttatafaq 'alaih)



    • Tidak hairan jikalau ada juga di kalangan manusia berebut-rebut jawatan untuk menjadi pemimpin dengan apa cara -  halal atau haram untuk mendapatkan kuasa, sedangkan mereka tidak mempunyai kelayakan dan tidak mampu melaksanakan tugas-tugas yang berat sebagai  seorang pemimpin sebagimana yang dipertanggungjawabkan.

      Mereka ini sebenarnya hanya mementingkan diri, perasaan ego,sombong serta hasad sesama sendiri untuk mengaut kekayaan dunia yang hanya sementara dan lalai dengan tujuan kehidupan yang lebih kekal di akhirat , dengan tidak mampu menjalankan tanggungjawab, tidak amanah dan melakukan penipuan terhadap mereka yang dipimpin. Mereka ini sebenarnya berlumba-lumba untuk terjerumus ke dalam neraka Allah...

      Dalam satu hadis yang lain yang biasa kita dengar iaitu hadis yang bermaksud:

      Setiap orang itu pemimpin dan akan disoal perihal kepimpinannya, sama ada pemimpin, suami, isteri, atau pun pekerja kepada majikannya.................

      Semoga Allah memberikan keinsafan dan mereka tidak menganiaya diri mereka sendiri akhirnya. Sebaik-baiknya insaflah dan bertaubat sebelum terlewat!


    •  Sambungan kepada terjemahan hadis di atas:

      Dalam riwayat Imam Muslim juga disebutkan:

      "Tiada seorang Amir/pemimpn, yang menguasai urusan pemerintahan kaum Muslimin, kumudian tidak bersungguh-sungguh memberikan kemanafaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka, yakni mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang tidak baik, melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga beserta mereka yang dipimpinnya itu".


Wednesday, June 27, 2012

Ganjaran meningfakkan harta ke jalan Allah

Rabu 26, Jun 2012/6 Syaaban 1433.



Firman Allah swt dalam ayat 261, surah al-Baqarah yang antara lain bermaksud: 


"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) adalah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji"

Antara pengajarannya:

1. Kita tidak perlu rasa kehilangan atau rugi untuk menginfak seperti memberi sedeqah, derma atau mewaqfkan harta kita sama ada dalam bentuk benda dan wang ringgit. Ganjajran yang ddijanjikan di sisi Allah jauh berlipat ganda dari apa yang mungkin sangat sedikit yang dapat kita berikan asalkan dengan niat kerana Allah.

Monday, June 25, 2012

Merancang dan berusaha untuk akhirat yang pasti dan kekal abadi


Dalam suatu ceramah yang saya pernah hadiri seorang Ustaz saya berdakawah dengan mengatakan bahawa manusia ini berlumba-lumba merancanag mengejar kekayaannya, kebesaran dan kemewahan kehidupan duniawi yang tidak pasti dan tidak kekal ini.

Sayangnya mereka tidak merancanag berusaha untuk persediaan menghadapi akhirat yang memberi ganjaran yang lebih besar, yang pasti akan tiba akan berkekekalan buat selama-lamanya.

Apakah yang dapat kita pelajari dari kenyataan beliau ini?

1. Hanya dengan mempelajari dan mempelajari ilmu Agama sahajalah, kita akan dapat menginsafi tentang peranan dan tanggungjawab kita utnuk beribadat kepada Allah dan menjadikan dunia ini sebagai jambatan untuk meraih kehidupan akhirat yang lebih abadi.

2. Berpada-padalah dengan kehidupan di dunia sekadar untuk dapat kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah yang menjadi bekalan kehidupan di akhirat.

3. Sepatutnya kita tidak terpengaruh dengan nafsu yang mengejar keduniaan (hubbud dunia) yang fana dengan mencari kekayaan bermati-matian tanpa melaksanakan tangungjawab yang hakiki sebagai hamba Allah dan terhadap manusia termasuk suami atau isteri serta keluarga iaitu anak-anak, saudara seislam dan mereka yang memerlukan.
 ·  ·  · a few seconds ago · 

Peranan seorang isteri terhadap keluarga


Isnin, 18 Jun 2012./5Syaaban 1433.

Peranan seorang isteri terhadap keluarga

Nabi saw bersabda , "Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan penuh Ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka ucapkan kepadanya " masukklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu kehendaki ".

Mentaati suami merupakan taanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para isteri dengan sebaik-baiknya, selain menjaga kehormatan dirinya dari perkara-perkara yang ditegah antarnya seperti mendedahkan aurat, keluar tanpa izin suami.

Nabi saw bersabda, Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari Qiamat ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).

Melakukan sebagiamana keteranagan hadis di atas seorang isteri itu akan mudah mendapat masuk ke syurga. Tugas menjaga rumah tangga  dan mendidik anak-anak oleh pihak isteri adalah tugas yang sangat mulia yang diperlukan bagi menjamin masa depan anak-anak yang terdidik dengan baik dari segi pelajaran dan akhlak.

Jika tugas penting ini diabaikan dan anak-anak tidak mendapat didikan dan kasih sayang ibu dan bapa akan menjadilah kanak-kanak ini nanti dalam keadaan yang tidak dapat menjalani hidup sebagaimana yang dikehandaki oleh ajaran agama yang memerlukan perhatian ibubapa di rumah sejak semasa kecil lagi.

Oleh itu tugas isteri di rumah adalahlebih penting daripada tugas yang membelakangi tugas rumah tangga yang sepatutnya diberikan perhatian kepada anak-anak yang sangat dahagakan asuhan untuk dijadikan bekalan semasa menjalani hidup akan datang, bagi menjamin keluarga yang bahagia lagi sejahtera supaya anak-anak dapat diasuh dan dididik dalama suasana yang terbaik untuk kebaikan ahli keluarga.

Masalah kurang didikan dan asuhan ibubpa dari segi agama dan akhlak kepada generasi sekarang ini telah banyak menimbulkan gejala sosial dewasa hari ini. kesan dari tidak adanya kesedaran di kalangan ibubapa khasnya ibu yang lebih banyak membuat kerja-kerja di luar rumah dalam urusan yang sepatutnya dilakukan oleh suami termasuk dalam urusan mencari nafkah hidup, perniagaan dan kerja-kerja sosial yang mementingkan keuntungan kebendaan atau keduniaan daripada melaksanakan tanggungjawab sepatutnya untuk kebahgaiaan bersama keluarga.

Thursday, June 21, 2012

Belajar Bahasa Arab di Mutiara Gombak


Kelas Bahsa Arab akan dibuka taka lama lagi di Mutiara Gombak km 11 Jalan Gombak tak lama lagi bagi orang dewasa khususnya untuk warga tua yang sudah bersara.

Walktu belajar ialah pada setiap hari Isnin dan Rabu mulai jam 9.30-10.30 pagi.

Suasanya selesa , bilik berhawa dingin dan dalam kumpulan kelas tidak melebihi antara 10-15 orang.

Para sahabat yang tinggal berhampiran dan berminat boleh menghubngi saya seberapa segera supaya kelas ini dapat dimulakan pada wal bulan Julai.

 Kelas dewasa ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bahsa Al Quran untuk dapat memahami  Quran dan hadis yang dibaca bersendirian dengan menterjemahkan ke Bahasa Melayu, ynag kita boleh fahami.

Bayaran yang dikenakan ialah RM70.00 sebulan, bagi 1 jam 2 kali seminggu!!


Rebutlah peluang dan gunakankanlah masa andaynag terhad denganm terbaik,dengan menuntut ilmu!!

Maklumat lanjut sila panggil: 016 275 9986.

Kelebihan Bahasa Arab sebagi Bahasa Al Quran:

Bahasa Arab adalah merupakan bahasa Agama Islam dan bahasa Al-Qur’an. Tanpa mempelajari selok belok Bahasa Arab, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami Al Qurana dan sunnah Nabi saw dengan sebenar-benarnya. 

Membiakan diiri dari mempelajari bahsa Arab, akan mengakibatkan seseorang itu menjadi lemah dalam memahami agama serta jahil terhadap perkara yang berhubung dengan pemahaman agama Islam.

Sesungguhnya amatlah mengeciwakan kita, dengan bilangan orang Islam yang sangat kecil peratusannya mempelajari dan memahami Bahasa Arab di Negara kita menjadi punca ynag menebabkan pemahaman serta penghayatan Islam tidak selaras dengan kehendak dan perintah Allah dan Rasulnya.

Oleh itu amat wajar sekali pihak yang berwajib memberikan perhatian yang serius tentang pengajaran dalan pembelajaan Bahas Arab ini , agar umat Islam di negara kita ini akan dapat mempelajari dan memahami agama Islam dengan berteraskan Bahasa Arab.

Dengan kemampuan berbahasa Arab orang Muslim di Negara kita akan mampu memahami Bahasa Arab dan dapat pula memahami Al Quran dan hadis dan bebagai bidang Ilmu yang berasaskan penulisan dan pembukuannya dalam Bahasa Arab sejak ianya mula berkembang di Tanah Arab.

Semoga denganadanya usaha yang bersungguh-sungguh ini dari pihak-pihak ynag mempunyai kesedarn ini Bahasa Arabakan dapat diperkembangkan bukan sahaja di Sekolah-sekolah tertentu yang menumpukan pengajaran Baasa Arab, tetapi juga bagi mereka yang dewasa yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab akan dapat juga berpeluang untuk mempelajari dan seterusnya mengamalkan ilmu agama mereka mengghunakan Bahsa Arab.Seharusnya pusat atau institusi pengajaran Bahasa Arab dapat diperluaskan di di merata ceruk bandar dan desa supaya akan dapat mereka berjinak-jinak dengan Bahsa Arab yang sangat mulia yang dicipta Allah dengan meniurunkan Al Quran sebagai bahasanya.



 —

Berbakti kepada kedua ibubapa

Selasa, 20 Jun 2012

Dari Abu Hurairah r.. pula dari Nabi saw sabdanya:

“Melekat pada tanahlah hidungnya, melekat pada tanahlah hidungnya,  sekaIi lagi melekat pada tanahlah hidungnya - maksudnya memperoleh kehinaan besarlah - orang yang sempat menemui kedua orang tuanya  di kala usia tua baik salah satu atau keduanya, tetapi orang tadi tidak dapat masuk syurga, sebab tidak berbakti kepada orang tuanya”.

            -(HR Musliam)

 

Friday, June 8, 2012


 Jumaat, 8 Jun 2012.. Tayammum menggantikan wudhu'




1. Erti Tayammum:

Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan).
Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah
S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi
keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajib
disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan
melakukan ibadah.
Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah
tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut
syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau
mandi wajib .

2. Dalil Perintah Tayammum.

Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam
sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk
bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.
Maksud Hadis :
Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w
bersabda: …..dan (di antara keistimewaan yang
diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan
bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang
untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk
kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak
mendapat air.
( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat
yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.


3. . Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum
i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk
keperluan makan minum.
ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang
dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan
dan nyawa.

4. Bahan Untuk Bertayammum.

Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

5. . Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.

6. Syarat-Syarat Sah Bertayammum.

i. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
ii. Tanah debu yang suci.
iii. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah
digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua
kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua
bagi tangan.
vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat
sunat.

7. Rukun Tayammum
i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh
sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
ii. Menyapu Muka.
iii. Menyapu Tangan.
iv. Tertib.