Thursday, December 15, 2011

Penghormatan Islam terhadap kerelaan dua ibu bapa

Khamis, 15 Disember 2012/19 Miuharram 1433h

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin Ash,
Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw meminta izin pergi berperang, kemudian Nabi bertanya:

"Apakah kedua orang tuamu masih hidup ?

Ia menjawab; "Masih". Maka sabda Nabi: "Berjuanglah untuk kedua orang tuamu".

- (HR Bukhari dan Muslim)

2. Didalam riwayat yang lain juaga Abdullah bin 'Amr bin 'Ash juga dia berkata:

"Saya datang berbai't kepadamu untuk berhijrah, tetapi saya tinggalkan kedua orang tuaku dengan menangis. Maka jawab Nabi:
"Pulangah dan lakukanlah supaya kedua orang tuamu itu ketawa, sebagaimana kamu perbuat mereka menangis".

- (HR Bukhari)


Pengajarannya;

1. Jadikanlah medan jihadmu itu dengan jalan berbuat baik dan melindungi kedua orang tuamu.

2. Islam memberikan penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa, sehinggakan Islam tidak membenarkan seorang anak pergi ke medan jihad tanpa mendapat izin orang tua.Sedangkan fisabilillah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam yang tidak dapat dibandingkan dengan sekadar solat malam dan puasa siang hari.

3. Kita manusia telah diperintahkan Allah swt supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, mengandung dan men yusuinya selama 30 bulan.

Firman Allah swt dalam Surah Luqman:[14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".


4. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib. Mereka menduduki tempat ynag kedua sesudah beiman kepada allah dan rasulullah. Kerana tiada seorang pundi atas muka bumi ini yang dapat menyamai ibubapa.Sebaliknya menderhaka kepada ibubapa adalah berdosa besar.

5. Menghormati dan berbakti kepada ibubapa mempunyai beberapa hikmah antarnya:

5.1. Mendapat pahala yang besar daripada Alah swt iaitu sama dengan jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah)


5.2. Mereka ynag berbuat baiak kepada ibubapa akan dianugerahi ketenangan dan kebahagiaan hidup serta dihilangkan kesedihan dan gundah gulana.

5.3. Dijanjikan Allah swt kepada sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa, bahawa mereka akan dihormati dan ditaati pula oleh anak-anak-mereka kelak.

5.4. Bebakti kepada ibubapa , ganjarannya adalah seperti dengan pahala ibadat haji.

5.5. Ganjaran di akhirat ialah Allah menyedikan kehidupan di syurga.

No comments: