Wednesday, November 9, 2011

Setiap Orang Islam ada sedekahnya

Rabu, 9 November 2011/13 Zulhijjah 1432

Daripada Abu Burdah daripada bapanya, bahawa Junjungan Nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Atas tiap-tiap orang Islam itu sedekah. Maka berkata mereka: Wahai Rasulullah ! Maka barangsiapa yang tiada dapat (berbuat demikian)?. Maka ia berkata: Bekerjalah dengan tangannya maka ia dapat memberi guna kepada dirinya dan ia bersedekah. Berkata mereka. Mkaa jika tiada dapat? Berkata ia: Menolong orang yang mempunyai hajat yang meminta pertolongan. Berkata mereka: Maka jika tiada dapat juga? Berkata ia. “Maka hendaklah bekerja dengan kebajikan dan hendaklah ia tegah daripada kejahatan kerana bahawasanya (perbuatan itu) sedekah baginya.


- (HR Imam Bukhari)

Huraian:

1. Bahawa apa juga yang dikerjakan oleh setiap orang Islam itu ada ganjaran pahala baginya iaitu pahala bersedekah. Apa-apa pekerjaan yang dilakukan mereka untuk memberi faedah kepada orang lain tetap pula dipuji dan diberi balasan. Tiap-tiap orang Islam hendaklah menaruh perasaan kasih sayang terhadap orang lain dengan cara demikian.

1. Perasaan kasih sayang itu hendaklah pula dibuktikan dengan cara memberi bantuan harta atau lainnya. Kalau tidak berdaya dengan harta makan hendaklah dengan cara memberi petunjuk atau ajaran dan nasihat yang baik, dan kalau tidak juga berdaya maka semudah-mudahnya ialah meninggalkan perbuatan jahat dan bahaya terhadap orang lain.

No comments: