Thursday, November 19, 2009

Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah

Selasa, 24 November 2009//7 Zulhijjah 1430


Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah swt,.

1. Manusia diciptakan Allah swt dengan tanggungjawab yang luas yang perlu dilaksanakan, kerana ia akan disoal tentang amanah yang diberikan kepadanya di hari akhirat nanti. Allah swt, mencipta manusia dengan tujuan tertentu iaitu untuk dikembalikan semula kepadaNya, dan mereka dipertanggungjawabkan atas setiap usaha dan amal yang berkaitan dengan perintah keagamaan semasa ia hidup di dunia. Mereka akan diadil dan diberi pembalasan di hari pembalasan sama ada ditempatkan di Syurga tau neraka.

2. Sabda Nabi saw, dari Ibnu Umar ra katanya, " Saya mendengar rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Semua orang dari engaku sekalian itu adalah pengembala, dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaanya;

Seorang lelaki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaanya.

Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya."

- ( Muttafaq 'alaih)

Tanggungjawab manusi terhadap allah swt adalah seperti berikut;

1. Meangabdikan diri kepada Allah swt dengan beriman dan melakukan amal soleh mengikut syariat yang ditetapakan oleh agama melalui RasulNya.

2. Melaksanakan amanah Allah swt memelihara dan mengawal agama Allah serta ajaran Allah swt seperti FirmanNya; Surah Al Ahzab; 72 (ms. 427).

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serata gunung-gunung (untuk memikul) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat meyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

- (Surah Al Ahzab: 72)

3. Melaksanakan amar makruf, nahi mungkar, iaitu sebagai khalifah Allah swt bertanggungjawab menyebarkan Islam, meninggikan kalimah Allah swt dan supaya manusia menjadi orang Islam.

Firman Allah swt,: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji . Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang brejaya."

- ( Sutrah Ali imran: 104) ms. 63)


4. Menjaga kesucian agama, dengan menegakkan Islam dengan berdakwah dan menlaksanakan Islam mengikut perintah yang ditetapkan dalam agama.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dari dan keluarga daripada menerima azab neraka .

No comments: