Ahad, 8 November,2009/19 Z. Kaedah,1430 H,
Mempelajari dan membaca Al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri. jadikan bacaan Quraan sebagai zikir yang utama, kerana ia merupakan bacaan zikir yang wajib selain zikiur sunat yang menajdi zkir atau wirid Nabi. Kalam Allah merupakanm wahyu Allah kepada Nabi saw yang diturunkan semasa hidupnya, dan Nabi sentiasa membaca dan mengajarkan kepada para sahabat dan menjadikan panduan dalam urusan hidup masayarakat Islam. Kita juga dituntut supaya belajar dengan menghadiri kelas tafsir dan taddaburAl-Quran dengan guru yang dapat mengajar, dan memahami erti secara harfiah (erti perkataan) melalui buku yang banyak terjual di pasaran.
Kita hendaklah menentukan membaca dan mempelajari Al-Quran pada masa-masa tertentu seperti membaca sendiri pada setiap selepas solat fardhu dalam tempuh tertentu seperti 15 min, 30 min, 45 min atau 1 jam bergantung kepada kelapangan masa. Kita perlu mendapatkan guru Al- Quran untuk belajar membaca dengan bertajwid dan talaqi - dengan mendengar vdan megulangi darin guru, dan membaca tafsir dari buku bagi memahami kandungan atau maksud Al-Quran tersebut.
Hadzraat Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " Seseorang yang ahli dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit-pencatit mulia yang lurus, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al-Quran dan tepaksa bertungkus lulmus mempelajarinya akan mendapat ganjaran yang dua kali ganda."
- (Hadis riwayat Bukhari, Muslimm Ab u ndaud, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)
Di dalam Fadhail Amal ada dinyatakan: Al-Mahiru bil-Quran , iaitu seorang yang ahli di dalam Al-Quran, iaitu seorang yang cekap menghafal dan membacanya.Apa lagi kalau dia memahami akan mankanya dan kepentingannya. Orang seperti ini akan sentias berada di dalam rahmat dan
pemeliharaan Allah swt.pembaca dan penuntut Al Quran akan mendapat ganjaran yang besar. mereka yang baru belajar membaca dengan segala kesukaran dan pembacaan ynag yersekat-sekat akan mendapat ganjaran dua kali ganda.
Di dalm satu hadis yang diririwayatkan oleh Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yang susah untuk menghafal Al- Quran tetapi terus juga berusaha untuk menghafalnya di dalam hati akan mendapat dua kali ganda ganjarannya. Begitu jugga seseorang yang ingin untuk menghafalnya tetapi tidak ada kebolehan untuk melakukannya, tetapi tidak putus asa daripada membacanya akan dikira oleh Allah swt sebagai di kalangan para hafiz di hari kebangkitan kelak.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Abu daud dan Nasa'i bahawa baginda Rasulullah saw bersabda, "
" Pada hari qiamat akan diseru kepada Ahli al Quran (iaitu para hafiz Al- Quran) , "teruskanlah bacaan Al -Quranmu dan teruskan menaiki tingkat demi tingkat (syurga) dan bacalah sebanyak mana yang telah engkau baca di masa kehidupan dunia. Tempat terakhirmu ialah di mana engkau telah sampai ke tempat ayat terakhir daripada bacaanmu",
No comments:
Post a Comment