Friday, November 20, 2009

Perkara -perkara yang menjadikan sedekah

Jumaat 20 November 2009/3 Zulhijjah 1430.


Sedekah adalah sejenis ibadat yang dilakukan sebagai kebajikan dan mendapat pahala daripadanya. Kita digalakkan memberikan atau melakukan sedekah sedekah dalam bentuk yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada ynag lebih besar mengikut kemampuan kita dengan mengerjakan amal untuk dimanfaatkan untuk diri kita sendiri dan juga terhadap orang lain yang pahalanya dapat kita perolehi.


Perkara -perkara yang menjadikan sedekah.

Dari Abu Hurairah ra katanya: Telah bersabda Rasulullah saw, "Tiap-tiap anggota daripada manusia sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah, adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki yang akan berangkat naik ke atas binatangnya (kenderaannya) ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik ittu sedekah, dan pada tiap-tiap langkah yang engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sedekah".

-(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan:

1. Dengan menggunakan segala anggota untuk kebaikan adalah merupakan amal sedekah dari diri sendiri untuk dirinya sendiri seperti bertasbih, takbir, tahmid, tahlil, datang ke masjid solat dhuha yang menggunakan anggota tanda syukur.

2. Sedekah untuk orang lain seperti bersikap adil antara dua orang yang berbalah, menolong lelkai unutk menaikim kenderaan, mengangkat barang atau membantu meringankan mengankat barangan yang berat, pahalanya kembali kepada orang yang menolongnya.

3. Perkataan yang baik dan berfaedah seperti memberi salam, nasihat atau teguran yang membina untuk persahabatan .

4. Pekerjaan yan baik dipandang sebagai satu sedekah untuk orang yang melaksanakannya, tidak kira banyak atau sedkikit, susah atau mudah, asalkan maksudnya baik dan suci seperti:

1. Memberi sesuatu yang berfaedah kepada saudaranya.
2. Menolong membuat sesuatu urusan yang meringankan kerja seseorang.
3. Membuang sesuatu yang menghalang dan memerbaha dari jalan raya.
4. Manis muka atau senyum terhadap kawan-kawan yang ditemui.

Nota; Anggota yang dimaksudkan di sini ialah terjemahan dari bahasa aArab 'sulamaa' bermaksud nama sebahagian tulang-tulang unta yang kecil-kecil, kemudian dikatakan pula kepada tulang manusia dan lainnya. Ahli perubatan mengatakan bahawa terdapat 240 tukang. Ada pula yang mengatakan 360 tulang.Yang dapat dirasa ada sebanyak 265 tulsang. Mungkin tulang inilah yang disebut oleh di atas, lebih-lebih lagi mengingatkan pengertian asal ialah nama bagi sekecil-kecil tulang unta.

No comments: