Jumaat,13 November, 2009/25 Z. Kaedah 1430.
Firman Allah surah Al-Qasas:77)
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahgiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia."
(Al-Qasas: 77)
Sabda Rasulullah saw,
" Berusahalah dan bekerjalah untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadat engkau untuk hidup di akhirat seolah-olah engkau mati besok hari"
- ( Riwayat Ibnu 'Asaakar)
Dari firman Allah dan Sabda Rasullah saw di atas dapatlah kita fahami bahawa tugas kita hidup di dunia ini mempunyai dua matlamat; satu hidup di dunia dan akan dihidupkan di akhirat apabila dibangkitkan semula selepas mati.
1. Kehidupan ini hendaklah di seimbangkan jasmani dan rohani. Hidup di dunia yang sementara memenuhi tuntutan jasmani hendaklah diseimbangkan dengan persediaan hidup di akhirat yang kekal selama-lamanya.
2. Dengan itu semasa hidup kita perlu menyedikan amalan atau bekalan untuk akhirat supaya kita dapat mendapat balasan serta ganjaran yang disediakan oleh Allah swt bagi mereka ynag beriamn dan beramal soleh, yang memberikan pahla untuk mendapat kebahagiaan syurga di akhirat kelak. Untuk hidup kita dgesa supaya berusaha mendapatkan rezeki yang halal semasa hidup di dunia.
3. Allah tidak menghalang manusia dari mencari kehidupan duniawi asalkan tidak bercangggah dengan syariat atau hukum Islam yang ditetapakan. Manusia perlu memperolehi kebaikan atau kekayaan dunia dengan tidak mengabaikan akhirat iaitu denagn berlandaskan sayariat Islam dan menjadikan dunia ini sebagai alat mencapai kebahgiaan di akhirat. Ini sesuai dengan doa muslim yang termaktub di dalam Al-Quran iaitu,
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebakan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka."
-( Al-Baqarah: 201)
Do'a di atas jelas membuktikan setiap mukmin ingin memperoleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, dengan mengikuti ajaran Rasulullah saw., dan juga dengan melakukan peritah Allah swt, dengan beribadat kepada Allah swt. dengan keimanan dan ilmu pengetahuan yang dapat memandu ke arah ketaqwaan kepada Allah swt, yang menjanjikan kebahagiaan di syurgaNya bagi orang-orang yang beramal soleh.
Firman Allah swt yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal soleh ke dalam syurga ynag mengalir di bawahnya beberapa sungai".
- (Surah Muhammad: 12)
No comments:
Post a Comment