Peperangan Badar Al-Kubra (Badar Yang Agung)
Peristiwa bersejarah ini akan menaikkan sifat juang orang mukmin, di atas perjuangan dan keberanain mereka menentang kauj musyrik. Semoga semangat juang ini dapt diikuti oleh kaum mukmin setelahh menndengar pegorbanan mereka dalam sejarah atau selepas mereka menziarah Mekah dan Madinah semasa mengerjkan Haji atau Umrah.
1. Berlaku pada 17 ramadhan, malam jumaat, Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Diantara Mekah -Madinah terdapat perkampungan yang bernama Badar. Di sini terjadi peperangan antar kaum mulimin yang dipimpin oleh rasulullah saw dengan kaum musrikin Quraisy di bawah pimpinan Abu sufyan bin harb.
Perang badar adalah perang yang paling menentukan perpaduan umat Islam dan kelangsungan dakwah Islamiyah. Perang badar juga merupakan penentyu peradaban umat manusia di masa mendatang. hari itu dikenal sebagai hari furqan, iaitu hari bertemunya dua pasukan sebagimana ynag difirmankan oleh allah swt:
"Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada hamab kami (muhammad) di hari furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan" - (Al Anfal: 41)
Rasulullah saw berjaya menyatukan para tentera Allah swt yangerdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin. Mereka semuanya menyatakan persiapan dalm mengahdapi musuh musrikin.
Ketika kedua pasukan mula berperang, Rasulullah saw berseru kepada pasukan muslim, " Bangkitlah kamu menuju syurga yang seluas langit dan bumi".
Ini merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
2.
4. Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
5. Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
6. Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Dalam peperangan itu sebahgaian pasukan Quraiasy terbunuh. Antara lain yang mati di tangan Hamzah, Utbah bersama dengan Ubaidah (akhirnya ia terbunuh oleh pedang Ali dan Hamzah) dan Walid bin Utbah dapat ditumpas dengan mudah oleh Ali bin Abi talib. Umayah bin Kholaf dibunuh oleh bilal dan Abu jahal dibunuh oleh Mua'az bin Jamuh.
Dari pasukan muslimin yang petrama kali gugur adalah Umair bin Human Al-Anshari dan Ubaidah (gugur denghan luka yang amat parah).Di Mekah pada masa itu Abu Lahab menderita sakit demam dan akhirnya mati. Hindun menjerit histeria ketika meihat Utbah meninggal. Ia menjertit-jerit sambil berlari-lari seraya bersumpah dengan mengatakan: "Haram bagiku memakai perhiasan dan menggauli suamiku sebelum aku berhasil membunuh Nabi Muhammad saw berserta kawan-kawannya".
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
9. Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
No comments:
Post a Comment