Monday, November 2, 2009

Bila terjadinya Qiamat?

Isnin 2 November 2009/14 Z. kaedah 1430

Bila terjadinya Qiamat?

Hanysana Allah sahajalah yang mengetahui bila berlakunya Hari Qiamat.Sebagai manusia sememangnya ingin mengetahuinya, bila qiamat itu berlaku. Manusia yang menyedari hakikat kematian, yang beriman dengan hari kebangkitan dan qiamat amat tertarik untuk mengetahui bila qiamat itu akan terjadi. Orang mukmin mempercayai dengan yakin iaitu manusia akan dihidupkan semula pada kali keduanya di hari akhirat dari kubur mereka . Rohnya dikembalikan ke dalam tubuhnya dan mereka akan mengalami kehidupan kali kedua. Mereka dihimpunkan di mahsyar untuk dihisab amalan mereka serta menerima balasan dari amalan mereka semasa hidup di dunia.



Apa yang lebih penting dengan mengingati kematian, dan terjadinya hari qiamat, sudah kita mempunyai persediaan dengan amalanamalan ynag disyariatkan bagi menghadapi hari yang besar ertrinya kepada kehidupan kita di akhirat nanti? Jika belum, kia perlulah melakukan sesuatu untu menentukan amalan yang diredhai ballah swt dapat dipertingkatkan dan mengharapakan rahmat Allah swt untuk mendapat ganjaran syurgaNya di akhirat.



    Orang-orang mukmin menerima kedatangan hari qiamat itu. Firman Allah swt, yang bermaksud, “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit (qiamat), katakan sesungguhnya pengetahuan tentang itu hanya pada sisi Allah” - (Al Ahzab;63)

    Firman Allah lagi menjelaskan lam surah Al- A'raf: 187 yang bermaksud, “ Mereka menanyakan kepada engkau tentang qiamat bila terjadinya, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang qiamat berada di sisi Allah Tuhanku, tidak seorang pun dapat menerangkan waktu datangnya kecuali Dia. Amat berat (bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Tidaklah qiamat amat itu mendatangi kamu kecuali dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetauinya. Katakanlah sesungguhnya penegtahuan tenang itu ada di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan manusia tidak menegtahui”.

    Tapi Allah menegaskan iaitu” Dan bahawasanya qiamat itu pasti datang, tidak ada keraguaninya padanya dan bahawasanya Allah akan membangkitkan orang yang di dalam kubur” (Al-Haj: 7)

    Dan saat terjadinya sudah dekat sesuai dengan ayat Asy-Syura;17, “ dan tahukah kamu mungkin waktu hari qiamat itu seudah dekat”

Walaubagaimanapun Allah swt memberikan berbagai tanda atau alamat yang menunjukkan bahawa

saat tiba dan datangnya hari qiamat itu sudah dekat.

    Di antara tanda-tanda qiamat;

    1. Bumi mencapai dan mengalami kemkmuran besar dan melangkah maju dan penuh denga kesenangan dan keindahan, dan manusia dengan kesenagnanya daaam bidnang ilmu dan meterial seta seuksesnya mempecayai bahawa ia dapat menguasinya, mengubahnya dan menggantinya.

    Sebagaimana firman Allah swt, Ayat Yunus:24), yang bermaksud, “ Sehingga apabila bumi telah sempurna kemakmurannya dan memakai perhiasannaya dan penghuninya mengira bahawa mereka itu berkuasa atasnya, datanglah perintah Kami pada malam atau siang hari , maka Kami jadikan (tanamannya) laksana sudah di sabit seolah-olah belum pernah tumbuh kelmarin.”

    Apabila samapilah masa qiamat keadaan alam nayta ini akan berubahah dengan bintang, matahari terbelah, bulan menjadi hilang cahayanya dan terbelahnya langit menjadi lemah dan Allah berfirman dalam surah Al- Anbiya: 104,

    “ Pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran. Sebagaimana kami telah memulai penciptaannnya Kami akan orang yang dikehendaki menggulungnya. Itulah yang pasti Kami tepati. Sesungguhnya Kamilah yang melaksanakan”.

    Prisrtiwa qiamat berlangsung dengan perintah Allah pada saat tertentu, ditiupnya terompet yang sudah tersdia maka pingsanlah semua makhluk yang ada dilangit dan di bumi, melainkan sesiapapa yang dikecualikan Allah. Kejadian yang mengejutkan ini beriringan-irignan, kemadian dibunyikan teromppet sekalai lagi, maka semua makhluk berdiri untuk menghadapi perhitungan. Hal ini sesuai degan ayat:

    “ Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah orang yang di langit dan di bumi, kecuali orang yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sekali lagi, maka tiba-tiba mereka itu berdiri menunggu putusan masing-masing” - (Az- Zummar:68)

    Peristiwa terjadinya qiamat adalah lebih dahsyat daripada apa yang dapat digambarkan, dan lebih menakutkan daripada apa yang dicatatkan. Al Quran menerangkan bahawa qiamat itu terjadi dengan berlakunya gempa bumi sebagaimana ayat Az Zalzalah:1-8 “ Apabila bumi digoncanag dengan goncangan yang dahsyat'. , serta bumi itu mengeluarkan segala isinya (dengan perasaan manusia gerun). Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselewrak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, niscaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya) . Maka sesiapa bebuat kejahatan sebesar zarah, niscaya dilihat (dalam suratan amalnya.)

    Firman allah swt dalam surah Al Haj : 201, yang bermaksud,

    “ Wahai manusia bertaqwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari qiamat adalah suatu kejadian yang amat besar (dahsyat). Pada hari kamu melihat qiamat, tiap-tiap yang menyusu anaknya melupakan anak susuannya dan tiap-tiap betina yang mengandung gugur kandungannya, dan engkau melihat manusia mabuk dan sebenarnya mereka bukannya mabuk, akan tetapi azab Allah sangat keras.

No comments: