Selasa, 10 November 2009/21 Z.Kaedah 1430.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam.
Sebagai seorang Islam kita perli berwaspada dalam hal aqidah (keercayaan ) yang melibatkan perbuatan, perkataan serta iktiqad dalam berkaitan dengan Keesaan Allah swt. Kita dibimbangi jika amalan kita bertentangan dengan aqidah yang betul kita akan terkeluar dari Islam atau murtad dari agama Islam tanpa disedari dan urusan ibadat kita tidak akan diterima dan kita termasuk dalam golongan orang yang kufur. Dengan tidak disedari kita boleh melakukan kesyirikan terhadap Allah swt dan terkeluar dari Islam amalan kit a akanmenjadi nsia-sia sahaja.
1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt.
2. Menjadikan satu benda (makhluk) sebagai perantaraan Dia dan Robbnya.
3. Tidak mengkafirkan orang musyrik dan membenarkan mazhab mereka. Ini jelas disebutkan sebagai kekufuran.
4. Lebih mengutamakan hukum toghut daraipada Allah swt dan petunjuk RasulNya.
5. Tidak menyukai bahkan membenci sunnah Rasulullah saw. Ini termasuk kafir secara ijmak.
6. Mengejek atau memperolokkan dinullah ( Al-Islam) misalnya tentang pahala Nya maupun ketentuan hukumNya.
7. Mempelajari, terpikat mengamalkan ilmu sihir.
8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi orang-orang islam (kaum muslimin).
9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikut syariat Nabi Muhammad saw.
10. Berpaling dari dinulllah atau dari hal-hal yang menjadi syarat utama seorang muslim.
Dalam hal ini tidak ada bezanya , baik terhadap orang yang hanya main-main sahaja dan bersungguh-sungguh untuk melakukan perkara-perkara di atas.
Dalam Islam iman yang berlandaskan aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan kerana ALLAH swt, jika tidak amalan seseorang itu tidak akan diterima. Firman Allah swt, dalam surah Ibrahim: 18 yang bermaksud:
" Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang kufur engkar terhadap ntuhannya, ialh seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh suatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran".
Surah Muhammad:12, Allah swt befirman yang bermaksud:
" Orang yang kafir menikmati kesenangan (didunia) serta mereka makan minum sebagaimna binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka (kediaman mereka)".
No comments:
Post a Comment