Wednesday, November 18, 2009

Apa itu Aqidah ? Aqidah asas agama Islam

Rabu, 18 November 2009/1 Zulhijjah 1430

Apa itu Aqidah? Aqidah asas agama Islam.



1. Satu bidang ilmu yang sangaat penting bagi kita mempelajarinya ialah aqidah atau Ilmu Tauhid. Hanya dengan melalui ilmu aqidah seseorang itu akan dapat memahami aqidah yang merupakan dasar yang paling utama untuk mengenal Allah swt, dan menjadi pokok dalam mengamalkan islam. Ilmu yang menerangkan bagaimana seharusnya seorang muslim tu membuktikan kewujudan Allah swt dan mengtauhidkan dinamakan sebagai ilmu aqidah atau ilmu tauhid. (Alqoidul Iman).

Aqidah itu ialah ilmu yang mempelajari mengenai kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan, sami'at (iaitu pertara yang ghaib yang diketahui dari Quran dan Hadis, seperti Hari akhirat, syurga dan bneraka, mizan , sirat dll).

2. Aqidah dapat memberikan keyakinan kimanan dalam hati seseorang tentang kewujudan Allah swt dengan mengesakan zatNya. Orang ynag beriman mempercayai wujudnya Allah dan mentauhidkannya, serta mengi'tiqakkannya bahawa Allah swt bersifat kimalat ( bersifat kesempurnaan) dan maha suci dari sifat kekerangan.

Firman allah swt yang bermaksud dalam surah Al-Baqarah:285 (M.s. 49)

"Rasulullah saw telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNna dan Rasul-rasulNya. mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kamai pohonkan keampunanmu wahai Tuhan kami dan kepadamu jualah tempat kembali".

3. Aqidah atau kepercayaan seseorang itu mengenai ketuhananya adalah berasaskan dalil atau keterangan yang soheh sama ada dalil naqli ( bukti yang dinukil dari Quran atau hadis) atau dalil aqli (bukti yang didapai mengikut aqal fikiran manusia secara mantiq dan logik). Mreka yang mengasaskan aqidahnya dengan berdalilkan dalil-dalil - naqli dan aqli - tersebut adalah dikira sebagai seorang muslim yang beriman.

Firman Allah swt dalam Surah Al I'raf: 54 (ms. 157)

Yang bermaksud: " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, semayam di atas 'Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, semuanya tunduk kepada perintahnya. Ingatlah! kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbirkan sekalian alam".

4. Sebagi dalil aqli seseorang itu boleh juga membukitkan kewujudan Allah swt dan keesaanNya, iaitu dengan melihat dan memikirkan adanya makhluk-makhluk di alam dunia ini yang membuktikan wujud penciptaan Allah swt, kerana tanpa pencipta adalah mustahil benda di alam ini terjadi dengan sendirinya. Contohnya diri kita (manusia) ini , bumi dan langit, matahari dan bulan, daratan dan lautan, haiwan dll semuanya ada penciptanya iaitu Allah swt. Yang Maha Esa dn Maha Berkuasa.

Dengan itu dapatlah dibuktikan wujudnya makhluk-makhluk di alam dunia ini adalah menjadi dalil kewujudan Allah swt yang dapat diterima dari lojik dan mantiq sebagai dalil akal yang ajmali yang bersandarkan dalil naqli ( bukan mengikut lojik akal semata-mata) dan kita wajib beriman kewujudan Allah swt dan keesaanNya tanpa syak dan ragu lagi.

.

No comments: