Syaitan sentiasa berusaha membawa manusia supaya terlibat dalam permusuhan dan kebencian, dan menjadikan manusia agar mengikut kesesatannya, sebagaimana ynag dikatakan oleh nAllah swt dalam firmannya:
"Sesungguhnya syaitan itu (tidak lain) hanyalah menginginkan kamus semua agara terjerumus ke dalm arena permusuhan dan saling membenci"
- ( Al-Maidah:91)iturunkan
" Apakah kamu tidak memperhaikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yangh diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada toghut, pada hal mereka telah diperintah megingkari toghut itu Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya"
- (An-Nisa;60)
Syaitan ada 2 jenis.
1. Iblis iaitu makhluk ghaib, yang telah menyesatkan Adam dan Hawa dari syurga, yang jasadnya dijadikan Allah dari bahan api tanpa asap.
2. Terkadangkadang dimaksudkan dengan makhluk kasar, iaitu manusia-manusia jahat yang kerjanya sam dengan pekerjaan iblis.
Iblis dan Syaitan ada yang betubuh halus yang tajk dapayt dilihat oleh mata manusia, maka tak dapat mempertahankan kita melaiankan Tuhan. Bacalah A'uzu billahi minasyatanir-ajim untuk mnegtasi gangguan setan. Setan yang bertubuk kasar, iaitu musuh-musuh ynag berupakan manusia jahat dibaca Sauarh a-Mu'minun ayat 96,97 dan 98 dan surah fussiat ayat 34,35 dan 36. Kita dikehendaki banyak bersabar berhadapan denagn musuh-musuh
Berkata Syaitan:" Ya Tuhanku, lantaran engkau sudah sesatkan aku, maka aki akan perdayakan mereka (manusia) doi atas bumi, dan akau akan sesatkan mereka seTuhan mua. kecuali hambamu yang ikhlas di aantara mereka". -( Al Hijr:39-40)
" Wahai anak cucu Adam! Janagan lah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia (setan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjad
ikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yag tidak beriman"- (Al-A'raf: 27)
2. " Apabila engkau mau membaca al Quran, hendaklah engkau memohon perlindungan Allah dari gangguan setan yang terkutuk. Sesungguhnya tidak ada pada setan itu kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan menyerahkan diri kepada Tuhan mereka. Kekuasaan setan itu hanyalah atas orang-orang yang mahu jadikan setan-setan itu sebagai teman (penolong), dan atas orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Tuhan)" -( An-Nahl: 98-100)
Syaitan manusia dan syaitan jin
Apabila syaitan telah mengetahui yang dia telah binasa dan dia merupakan salah seorang daripada ahli neraka, syaitan tidak akan membiarkan dirinya masuk begitu sahaja. Lalu syaitan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak Adam dan akhirnya akan masuk ke dalam neraka bersama-samanya.
Allah swt juga telah menyatakan bahawa terdapat juga syaitan dari kalangan manusia.
“Dan demikianlah Kami (Allah) jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya…” (al-An’am:112)
Di dalam ayat ini, Allah swt telah menyebut syaitan manusia kemudian baru disusuli dengan syaitan jin. Kenapa? Kerana syaitan manusialah yang mengajak ke arah apa yang diajak oleh syaitan jin. Mereka mengajak ke arah kekufuran, bid’ah dan maksiat seperti yang diajak oleh syaitan. Sebahagian ulamak menyebut bahawa syaitan mengajak manusia ke arah dosa; dari dosa yang paling besar kemudian yang lebih kecil dan yang lebih kecil lagi.
Al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya “Bada’I al-fawaid” menyebut bahawa syaitan itu menghasut manusia kepada enam perkara; jika dia berjaya menghasut kepada perkara yang pertama, maka telah cukup baginya. Tetapi jika yang pertama tidak berjaya, syaitan akan cuba menghasut kepada perkara kedua pula. Enam perkara tersebut ialah:
- 1) Menghasut kepada kekufuran dan kesyirikan. Jika manusia telah jatuh ke dalam kekufuran dan kesyirikan, maka sempurnalah tugasnya.
- 2) Jika tidak berjaya mengkufurkan manusia, syaitan akan mengajak ke arah perkara bid’ah (perkara baru yang ditokok tambah dalam urusan agama). Apabila manusia telah jatuh ke dalam perkara bid’ah, syaitan akan menjadikan seolah-olah perkara bid’ah itu sesuatu yang baik sehingga dia redha dan senang hati dengan perkara bid’ah tersebut.
- 3) Jika tidak berjaya, syaitan akan berusaha supaya manusia jatuh ke dalam dosa besar.
- 4) Jika tidak berjaya, syaitan akan berusaha supaya manusia melakukan dosa kecil.
- 5) Apabila tidak berjaya juga menjatuhkan manusia ke dalam dosa kecil, syaitan akan berusaha membuatkan manusia sibuk dengan perkara-perkara yang harus sehingga lalai daripada melakukan ketaatan.
- 6) Jika masih gagal, syaitan akan membuatkan manusia melakukan amalan-amalan yang marjuh (tidak kuat sandaran hujahnya) dan meninggalkan amalan yang rajih (yang lebih tepat)
Jika keenam-enam perkara ini masih juga gagal, syaitan tidak mempunyai cara lain lagi kecuali satu-satunya helah yang seorang manusia tidak akan selamat daripadanya. Kalau ada yang boleh selamat daripada helah ini, nescaya para anbiya’ dan rasul telah terlebih dahulu selamat. Helah ini ialah dengan menguasai tentera-tentaranya yang terdiri daripada syaitan-syaitan manusia; mereka inilah saudara-saudara syaitan. Syaitan-syaitan manusia inilah yang akan mempengaruhi mereka yang berpegang kuat dengan agama.
Maka peranan syaitan-syaitan manusia ini juga sama. Mereka akan mengajak ke arah kekufuran dan kesyirikan, mengajak kepada dosa besar, dan kepada dosa kecil. Jika gagal, mereka berusaha menjadikan manusia sibuk dengan perkara yang harus. Jika gagal mereka akan memalingkan manusia daripada melakukan amalan yang afdhal kepada amalan yang marjuh. Jika masih juga tidak mampu, mereka tidak ada cara lain, kecuali mereka tetap juga akan menyakiti manusia lain dengan lidah dan tangan mereka, atau dengan apa jua cara asalkan dapat menyakiti hati orang-orang yang berpegang dengan agama.
Justeru, hendaklah kita sentiasa berwaspada dengan syaitan dari kalangan jin dan juga manusia. Oleh itu Allah swt telah memperingatkan agar kita jangan samapi terpedaya oleh hasutan syaitan, sepetrti ynag dinyatakan dalam firmanNya:
" Barang siapa yang erpaling dari peingatan allah sawt iaitu Al-Quran, kami adakan baginya (yang menyesatkan) maka syatan itulah yang menjadi teman yang menyertainya.
Dan sesunguhnya syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan kebenaran dan menyangka bahawa mereka mendapat pertunjuk"
- ( Az-Zukhruf: 36-37)
No comments:
Post a Comment