Sabtu, 31 Oktober 2009/ 12 Z.kaedah 1430
Merancang untuk hari akhirat.
Dunia yang tidak pasti ini pun manusia membuat perancangan rapi untuk hidup mencari nafkah dan membuat persiapan untuk masa tua, dengan tuan untuk menikmati kesenangan dan kebahagiaan hidup yang sementara, mengikut umur yang izinkan Allah swt untuk hidup.
Persoalannya, adakah kita sudah merancang untuk di dunia atau alam hari akhirat yang pastinya kan kita lalu nati selepas alam barzah iaitu selepas kita dimati dan dihidupkan semual?
Alam akhirat yang diputusakn sama ada kita kekal di neraka atau syurga itu adalah perkara yang pasti berkekalan selama-lamanya, kerana tidak ada alam selain akihirat lagi dan kita tidak dimati atau dihidupakan semaula lagi. Oleh itu peancangan hari akhirat ini adalah satu kemestaian yang mesti dilaksanakan bagi semua manusia yang hidup ini untuk bersedia menghadapi hidup yang kekal selama-lamanya dan akan menikmati ganjaran Allah swt sama ada balasan hidup di neraka atau syurga mengingikut amalan serta perancangan yang kita buat semasa hidup kita di dunia ini. Kehidupan di alam akhirat adalah merupakan perkara yang sudah tetap yang tidak ada keraguan lagi.
Dengan perancangan yang kita buat sekarang ini di dunia akan dapatlah kita mendapat hasilnya dan tidaklah kitamenyesal di akhirat nanti kierana semasa di dnia tidak merancang masa depan kita akhirat.
Ramai di antara manusia yang lali atau lupa untuk memikirkan merancanagn untuk hidup di akhirat dengan menunaikan tanggungjawab semasa di dunia, kerana hasilnya tidak dapat dilihat atau hitung semasa di dunia ini. Walaubagaimana Allah telah menjanjikan apa jua amalan kebajikan yang disyariatkan atau yang diperintahkan akan diberi ganjaran dari sebesar-besar hinggalah yang sekecil-kecilnya kebajikan.
Firman allah surah Al Muzzammil:20 ynag bremaksud,
' Dan apa saja kebaikan yang kamu perbuat untuk dirimu kamu akan memperoeah (balasannya) di sisi Allah, balasan yang paling baik dan amat besar pahalanya"
Ilmu alam atau dunia akhirat mungkin sangat sedikit yang kita ketahui, disebabkan kurangnya usaha untuk memahami atau mengetahuinya. Tapi jika kita mengkajinya dari sumber al -Quran dan sunnahnya tentulah dapat meyakinkan kita untuk berlumba-lumba berusaha di dunia dan mendapatkan ganjaran di akhirat sebanyak-banyaknya. Dan sememanglnya lah Allah memberikian ganjaran dan rahmat ynag berganda-ganda untuk kita perolehi di akhirat nanti dari usaha atau bekalan yang kita buat semasa hidup di dunia ini. Oleh itu perlu kita mengetahui mengenai ilmu akhirat kerana kita semua pasti akan melaluinya. Bila kita mati nanti tidaklah kita terpenga-penga dengan suasana yang kita tempuh sekiranya kita sudah bersedia dan mengetahui perjalanna hidup itu nanti.
Kita diterangkan dengan perkara-perkara ghaib ini di akhirat nanti melalui Al Quran dan hadis-hadsi Nabi. Antaranya seperti kejadian qiamat, perhimpunan manusia di padang mahsyar, penglihatan Allah swt oleh mukimin yang berada di syurga dan neraka, manusia yang akan menyeberang titian sirat yang merentangi neraka jahannam,, perhitungan amalan perbuatan manusia oleh Allah swt di atas apa yang kita lakukan di bumi (Mizan -Neraca timbangan amal)dll.
Firman Allah dalam Surah Attaghobun:9 yang bererti:
" Pada hari Allah mengumpulkan engkau semua, iaitu hari yang merugikan (kaum kafirin dan musyrikin, yakni hari qiamat. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebaikan Allah akan menutupi semua kesalahan-kesalahannya dan akan memasukkan dalam syurga yang di bawahnya itu mengalirlah sungai-sungainya. Mereka kekal di dalam syurga itu selama-lamanya dan yang sedemikian itu adalah suatu kebahagiaan yang agung sekali".
No comments:
Post a Comment