Tuesday, October 13, 2009

Kedudukan sauami isteri dan terhadap ibubapa

Selasa, 13 Oktober 2009/ 24 Syawal 1430.

Sumber Surah An Nisa' m.s 84, ayat 34 dan 36

1. Menerangkan kedudukan lelaki dan perempuan dalam kehidupan rumahtangga.

2. Menerangkan cara-cara mendisdplinkan isteri yang tidak taat.

3. Menerangkan kewajipan seseorang Muslim terhadap dud ibubapa, keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jauh, sahabat teman dan sebagainya.

Ayat 34.


" Kaum lelaki itu adalah pimpinan pengawalyang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihhkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan (juga)kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebaahagian dari harta mereka. mak perempuan-perempuan yang solih itu ialah yang taat (kepada Allah an suaminya), dan yang memelihara (kehotmatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharakan), ketika suami tidak hadhir bersama., dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan perempuan-perempuan yang kamu bibang melakukan durhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berddegil) tinggalkan (pulaukan) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan oukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian mereka taat kepada kamu, maka janganlah kmau menmcari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Dan (ingatlah) baha sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"*

* (Yakni Maha Besar kekuasaanNya. Oleh itu awasilah kamu daripada berlaku zalim kepada kaum perempuan).



Ayat 36:



" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sessuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin , dan jiran tetangga yang dekat , dan jiran tetangga yang jauh, dna rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar (juga) hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabur dan membanggakan diri"

No comments: