Isnin, 12 oktober, 2009/, 23 syawal 1430
1.Orang-orang Mukmin dijanjikan dengan keampunan dan keselamatan
2.Menerangkan kunci pentadbran langit dan bumi di tangan Allah.
3.Menerangkan peristiwa-peristiwa maha agung selepas ditiup sangkala yang pertama
dan kedua
4.Pemandangan orang-orang kafir diseret ke dalam neraka dan pemandangan orang-orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga”
Petikan ayat-ayat dari Surah Az-Zumar surah ke 39.
Surah Az-zumar: bermaksud (Kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk). Surah ini turun di Mekah yang mengandungi 75 ayat. Dimaklumkan Allah bahawa orang beriman dan kafir dibawa berpasuk-pasuk untuk mnerima balasan masing-masing.
Ayat 53.
“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani”
Ayat 54:
“Dan balik kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”
Ayat 61,
“ Dan sebaliknya Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat), dengan mereka memperolehi kemenangan besar (keridhaan Allah) ; mereka tidak aakan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita”
Ayat 62:
“Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah yang mentadbirkan serta mengausai segala-galanya”
Ayat 63:
“ Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbenharaan langit dan bumi (orang-orang yang percayakan demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur engkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang rugi serugi-ruginya”
Ayat 65.
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu(Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu: “ Demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut -pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur ilmumu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi”
Ayat 73
“Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan di bawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dnegan kata-kata: “Salam sejahtera kepada kamu, Berbagialah kamu! Maka silalah masuk ke dalam syurga ini. Dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya” (mereka pun masuk)
Ayat 74.
“ Serta berkata: “Segala puji tetentu bagi Allah yang telah menetapi janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mendapat pusaka bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kamu boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja kamu sukai, maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”
-------------------------------------------------------------------------------
Berita Utama. Keputusan Pilihan Raya pada 11 Oktober 09 (Ahad)
PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.
Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.
BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.
Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.
No comments:
Post a Comment