Khamis, 1 Oktober 2009/ 12 Syawal 1430
Maksud hadis ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw, :" Berilah aku ajaran hai Rasulullah saw! Sahut rasulullah saw: Janganlah engkau pemarah. Kemudian diulang-ulang oleh lelaki itu meminta ajaran kepadanya hingga beberapa kali. Tetapi Rasulullah tetap menyahut : Jangan engkau pemarah."
- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.)i
Maksud hadis ini Janganlah engkau turutkan pemarah engkau itu, dan bukanlah yang dilarang daripadanya iaitu sifat marah semata-mata, kerana ia suatu sifat yang tak boleh tinggal daripada tiap-tiap manusi.
Bersabda Rasulullah saw: Jauhi dirimu daripada pemarah itu kerana ia bara yang bernyala-nyala di dalam hati anak Adam: Tidakkah melihat kepada salah seorang kamu ketika marahnya, betapa merah kedua mata dan berdiri segala bulu roma uratnya?
Apabila kedatangan marah salah seorang kamu hendaklah ia pergi berbaring dan tidur. Senya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, maka lalu katanya, " Hai Rasulullah, berilah akau ilmu pengetahuan supaya dekat aku dariapada syurga dan jauh akau daripada neraka. Sahut Rasulullah, "Janganlah engkau pemarah dan bagi engkaulah syurga".
Sabda Rasulullah saw:" Adalah pemarah itu daripada syaitan sedang ia dijadikan daripada api., yangmana tiada padam ia melaikan dengan air. Maka apabila marah salah seorang daripada kamu hendaklah ia pergi mengambil wudhu'
Sabdanya lagi, " Apabila marah salah seorang kamu sedang berdiri, hendaklah ia pergi duduk dan jika tidak hilang marahnya hendaklah ia pergi berbaring"
Apabila perasaan tidak dikawal dengan sabar, ia akan menjadi ikutan nafsu yang boleh menyebabkan bertindak dengan tidak siuman dan akan boleh menyebabkan meyesal atas tindakan yang telah dilakukan. Oleh itu perasaan marah hendaklah di kawal dengan sifat sabar dan cuba dengan menyejukkan suasana marah seperti berwudhu', duduk ,baring, dan seumpamanya.
Untuk menahan nafsu marah, kita hendaklah berniat kerana Allah semata-mata. Kita melakukannya kerana perkara ini adalah dipandang berat oleh Allah dan kita takut pada anacamannya. Kita menahan perasaan marah bukan atas sebab-sebab keduniaan atau terepengaruh oleh pujukan seseorang tanpa takut akan seksaan Allah.
No comments:
Post a Comment