Jumaat, 9 Oktober 2009/20 Syawal 1430
Rasulullah saw menganjurkan kita untuk memlihara diri dari neraka dengan memberi sedekah, walaupun yang dapat dapat kita berikan itu, hanya sedikit, dan menyatakan bahawa tutur kata yang baik dan dapat menyenangkan hati orang, dapat menjadi sebab terlepas dari neraka. Jadikanlah sedeqah sebagai perisai walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurama atau hanya dengan menuturkan kata-kata yang menyenangkan hati orang.
Lantaran itu kita jangan lah meremehkan sedeqah walaupun dengan bersedeqah dengan sebiji kurma, kerana yang demikain itu memberi faedah jua, dan sedeqah yang sedikit itu menjadi pelindung dari api neraka.
'Adii Hatim ra berkata.
“ Bersabda Nabi saw: “Tak ada seseorang darkamu melainkan allah akan menhadapkan pembicaraa. kepadanya dan kelak Allah akan berkata-kata dengan dia pada hari qiamat. Tak ada antara allah dan antaranya seorang juru bahasa. Kemeudian dia meliahat , maka dia tidak mendang sesuatu pun di mukanya, kemudian dia melihat lagi ke hadapannya, lalu dihadapinya oleh mereka. Barangsiapa di anatra kamu sanggup memlihara diri dari neraka, walaupun dengan sebelah biji kurma , maka hendaklah di lakukannya”.
( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)
Lagi sabda Nabi saw,
“Peliharalah dirimu dari neraka. Kemudian Nabi berpaling dan menjauhkan pandangannya (tiga kali beliau lakukan yang demikian). Sehingga kami menyangka bahawa nabi melihat kepada neraka itu. Kemudian beliau berkata: Peliharalah dirimu dari api neraka wlaupun dengan sebelah biji kurma. Barangsiapa tidak memperolehinya maka hendaklah ia bersedeqah dengan kata yang baik.”
( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)
Apabila kamu telah mengetahui yang demikian maka peliharalah dari neraka, janganlah kamu menganiaya seseorang walau sebesar biji kurma. Atau apabila kamu telah mengetahui bahawa taj ada tynag berguna bagi kamu di akhirat selain dari amal soleh dan kamu mengetahui pula bahawa di hadapanmu terletak neraka, maka jadikanlah sedrqah sebagai perisai, walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurma.
No comments:
Post a Comment