Ahad 4 Oktober 2009.15 Syawal 1430
Surah Al Furqan Yang bermaksud: (Rujuk Al Quran, ms 365- 366)
Ayat 63. "Dan hamba-hangba (allah) Ar Rahman, ialh mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-oarang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka , mereka menjawab dengan perkataan ynag selamat dari perkara yang tidak diingini"
Ayat 64. "Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada truhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri"
Ayat 65. "Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata; " Wahai Tuhan kami! Sisihkanlah azab neraka jahanam dari kami, sesungguhnya azab siksaNya itu adalah mengerikan".
Ayat 66. " Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"
Ayat 67. D
" Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di anatar kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu".
Ayat 68. " Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya, kecualimdengan jalan yang hak ( ynag dibenarkan noleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapati balasan dosa"
Ayat 69. " Akan digandakan baginya azab siksa pada hari Qiamat dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan"
Ayat 70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, mak orang-orang itu Allah akan menggantikan pada tempat kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah allah Amat pengamoun , lagi Amat mengasihani"
Ayat 71. " Dan sesiapa ynag bertaubat serta beramat soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat dengan Tuhannya dengan sebenar-benar taubat'
Ayat 72. ' Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghafhori tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu ynag sia-sia, mereka melaluinya dengan secara membersihkan diri daripadanya".
Ayat 73. " Dan juga mereka (yang diridhai Alah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta".
Ayat 74. "Dan juga mereka (yag didhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan , Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kamai:erkra-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan dijadikan kami imam bagi orang-orang yang mahu bertaqwa".
Ayat 75: 'Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dna mereka pula akanmenerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
Ayat 76: 'ereka kekal di dalam surag itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal"
Ayat 77. katakanlah (Wahai Muhammad) kepada golongan ynag engkar) " tuhanku tidak akan menghargakan kamu kalau tidak adaanya doa ibadatkamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghrgakan seseorang pun melainkan kerana kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuanku itu) ; dengan yanag demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
No comments:
Post a Comment