Wednesday, October 28, 2009

Nikmat Allah

Rabu 28 Oktober 2009/9 Z. Kaedah 1430.



Nikmat-nikmat Allah swt itu sekalipun tidak dapat dihitung secara perinci, namun secara umumya dapat dihitung dalam lima bahagian:

1. Nikmat Pertama.

Kebahagian di akhirat di dalam syurga Allah, iaitu kebahagiaan yang kekal abadi tak ada keancuran, kegembiraaan yang tiada kesedihan, kepandain yang tiada kebodohan, kekayaan yang tiada bercampur dengan kefakiran. Tetapi tidak akan dapat mencapainya kecuali denan pertolongan Allah. kebahagian yang pertama ini tidak dapt sempurna kecuali degan adanya nikmat jenis kedua.

2. Nikmat kedua.

Keutamaan-keutamaan jiwa yang jumlanya ada empat jenis iaitu;

a. Akal yang disempurnakan dengan ilmu
b. Pemeliharaan diri yang ddesmpurnakan dengan menjauhi haram, syubahat dan maksiat.
3. Keberanian yang disempurnakan dengan rasa kesedaran.
4. Keadilan yang disempurnakan dengan cara kesedaran.

ke empat macam nikmat tersbut pada hakekatnya adalah merupakan pokok-pokok agama. Keutamaan kedua ini dapat disempurna dnegan adanya nikmat seperti ketiga.

3. Nikmat ketiga.

Keutamaan-keutamaan badaniyah yang terhitung dalam empat macam iaitu.

1. Kesihatan badan
2. Kekutan badan
3. Keelokan badan
4. Panjang umur.


Nikmat di atas dapat sempurna dengan adanya nikmat ke emapt.

4. Nikamat ke empat.

Keutamaan-keutamaan yang meliputi pada manusia yang terkumpul dalam empat macam iaitu:

1. Harta
2. Keluarga.
3. Kemuliaan.
4. Keluarga mulia.


Tetapi tidaklah dapat sempurna mengambil manfaat dengan nikmat-nkmat tersebut
kecuali dengna adanya nikmat macam kelima.

5. Nikmat Kelima.

Keutamaan-keutamana yang merupakan taufik, keutamaan-keutamaan ini ada empat macam

1. Hidayah Allah
2. Pimpinan Allah
3. Pembetulan Allah
4. Kekuatan dari Allah swt

No comments: