Jumaat, 30 Oktober/11 Z. Kaedah 1430
Abdullah ibn Mas'ud ra berkata:
Ertinya'' Nabi saw bersabda, "Suatu hal yang paling buruk bagi seorang muslim ialah: mengatakan: Saya telah lupa ayat itu", tetapi hendaklah dikatakan "telah dijadikan aku lupa. Dan bacalah selalu al-Quran, janganlah kurang perhatianmu kepadanya: kerana sesungguhnya Al- Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu, daripada terlepas unta dari tambatannya".
- (Al- Bujari, Muslim, Al Lu lu lu wal Marjan)
Abu Musa ra berlata :
"Nabi, saw bersabda:"Ulang-ulanglah selalu bacaan Al- Quran, kerana demi Tuhan, yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Al- Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu, dari pada terlepas unta dari tambatannya"
Huraian:
1. Nabi , saw menerangkan bahawasanya perkatan yamah peling buruk yang diucapkan oleh seseorang , ialah : "Saya lupa ayat itu. ayat ini." Sebabnya dicela orang yang melupakan Al Quraan (melupakan ayat-ayat yang telah dihafaz, atau surah-surah yang telah dihafaz) , ialah kerana yang demikian itu memberi pengertian bahawa kepada Al Quran. Dia lupa adalah kerana kurang perhatiannya . Sekiranya dia selalu memperhatikannya, selalu dibacanya, tentulah kekal hafalannya dan selalulah dia ingat kepadanya.
2. Tetapi dia lupa sesuatu ayat, hendaklah ia megatakan bahawa dia telah dijadikan lupa kepada ayat itu. Perkatan Nabi ini memberi pengertian bahawa tidak layak disandarkan lupa kepada diri sendiri yang disebabkan kurang perhatiannya, hanya hendaklah ia mengatakan (saya dijadikan lupa). Hal ini memberi pengertian bahawa di mengakui perhambaan dirinya serta penyerahan dirinya kepada qudrat Illahiyah. Yang dibenci di sini, bukan mengatakan (saya telah lupa). Yang dibenci , hanyalah keadaaan kita yang melupakan Al- Quraan itu.
3. Hendaklah kamu selalu berusaha supaya kamu sentiasa ingat akan Al- Quran. Tegasnya janganlah kamu berlaku lengah dalam memlihara dan menghafal Al- Quran. Kita dianjurkan berbuat demikian, adalah kerana kita mudah sekalai lupa, bila tidak terus menerus kita memelihranya. Al- Quran lebih cepat terlepas dari ingatan, daripada terlepas unta dari tanbatannya.
No comments:
Post a Comment