Friday, October 2, 2009

Imam-Imam Hadis yag Termasyhur

Jumaat, 2 Oktober 2009/13 Syawal 1430


1. Imam Bukhari ( 194-256H/810-870 M)
2. Imam Muslim (204-261H/ 819-8740M)
3. Imam abu daud ( 202-275H / 817-888M)
4. Imam Termizi ( 209-279H/ 824-893M)
5. Imam Nasai' (215-303H/ 830-915 M)
6. Imam Ibnu Majah ( 207-273 H/ 822-886)

A. IMAM BUKHARI.

1.1. Imaam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bbin Ismail al Bukari.

1.2.Beliau mulai belajar sejak umur 11 tahun di Bukhari. Kemudian datang mengerjakan hanji di mekah lalu belajar ilmu hadis dari para ulamak di Mekah, kemudian di Madinah, Iraq dan kota-kota besar seluruh negera islam dalam masa 16 tahun lamanya.Menurut riwayat, beliau pernah belajar kepada 1000 orang guru untuk mendengarkan hadis hingga terkenal seorang Imam yang telah menghafaz berpuluh-puluh ribu hadis dengan cukup sempurna sertya btahan diuju kekuatan ingatannya,

1.3. Sewaktu beliau datang ke baghdad, mak ulamak hadis yang termuka di kota itu telah berusah menguji kekuatan ilmu beliau. Mereka telah kemukakkan kepada beliau sebanyak 100 hadis nyang dicampur adukkan dan dikacau bilaukan sanad dan matan(lafaz) hadis, kemudina diminta beliau menerangkan dan membetulkannya.Oleh beliau segera dinyatakan hadis itu dengn menerangkan sanad bagi tiap-tiap matan menurit yang dihafaznya. Dengan ini barulah mereka tahu kebolehan beliau dan terus mengakui kelebihannya.

1.4. Beliau mempunyai kitab soleh yang tekenal dengan nama "
Soheh Al Bukhari". Dalam kitanb ini idisi dengan hadis-hadis yang soheh belaka.

1.5. Beliau wafat pada tahun 256 H dalam usia 62 tahun dan tiada mneinggalkan anak seorang jua pun.


B. IMAM MUSLIM.

2.1. Imam Muslim ialah: aBU AlHusin Muslim bIbni Al-hajaj Ibni Muslim Al Qisyiri Al Nisa Bauri.

2.2. Beliau berguru kepada imam Bukhari, dan kitabnya yang termasyhur ialah kitab SOHEH MUSLIM yang disusun dalam tempuh 12 tahun.

2.3. Belaiau wafat pada tahun 261 H daalm usia 57 tahun.

C. IMAM ABU DAUD.

3.1. Imam Abu daud ialah; Sulaiman bin Alsyahasth bin Ishak AlSidil Al sajastani.

3.2. Belaiu belajar hadis dari para ulamak Iraq, Khorasan, Syam, Mesir dll.

3.3. karangan belaiu yang masyhur ialah kitab ALSeNAN .Mengenai kiotab ini belaiu berkata."Aku tuliskian hadis i Rasulullah saw sebanyak 500,000 hadis,emudian ku pilih dan ku susun dalam kitab Alsenan in iseb anyak 4,800 hadis yang soheh sahaja atau mendekati yang soheh.

3.4. Beliau trekenal sebagai seorang mujtahid. Dianatar penetapannya ialah tiada dapat diqadhakan solat ynag ditinggalkan dengan sengaja.

3.5. Belaiu wafat di Basrah pada tahun 255 H dalam usia 73 tahun,

D.AM TWRMIZI(209-279H/824-893M)

4.1. Imam Termizi ialah: Abu 'Isa Muhammad bin Isa Al salmi al Termizi (Orang termiz). Beliau seorang Imam Ilmu hadis setelah lama mempelajarinya di khorasan, Iraq danhijaz.

4.2. Karangan beliau yang terkenal ilah JAMI' TERMIZI. beliau pernah berkata,
" Bahawa setelah akau karangkan kitab ini, aku perlihatkan kepada ulamak-ulamak Hijaz , Iraq dan Khorasab". Mereka semua berkata bahawa barangsiapa ada menympan kitab ini, seolah-olah di rumahnay ada Nabi ynag sedang berkata-kata.

4.3. Beliau wafat pada tahun 279h di Taermiz dalam usia 70 tahun.

E.IMAM NASAI' ( 215-303H/830-915M)



5.1. Imam Nasi' ialah: Abu Abdul Rahman ahmad bin Shuib bin Ali An Nasai'.

5.2. Beliau seorang ahli hadis yang utama yang pernah mengembara dari kampungnya di Khorasan ke merata-rata negara Islam dan akhirnya menetap di Mesir. Sebuah karangan b eliau yang terkenal bernama ALSANAN yang dianggap sebagai kitab yang utama dalam lengongan kitab-kitabhadis.

5.3. Belau wafat di Mekah pada tahun 303H dan usia 88 tahun.


E. IMAM IBNU MAJAH (207-273H/822-886M)

6.1. Imam Ibnu Majah ialah: Abu abdullah Mhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al Qazwaini.

6.2. Belaiu seorang imam hadis dari penduduk Quzwin, yang telah mengembara ke Basrah, Baghdad, Syam, dan Hijaz untuk mempelajari hadis, kemudian menyusunkitabnya yang terkenal dengan nama SENAN IBNU MAJAH.

6-3. Beliau wafat pada tahun 273H dalam usi 66 tahun.

No comments: