Rabu 30 September 2009/11 Syawal 1430
Maksud hadis yang ertinya, Diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khattab ra katanya. Telah mendengar aku akan Rasulullah saw bersabda ia, " Hanya sanya segala amalan itu dengan berniat. Dan sanya bagi tiap-tipa manusia itu apa-apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berpindah kepada Allah dan RasulNya adalah perpindahannya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa berpindah kepada dunia dipeolehinyalah akan dunia itu. Atau kepada seorang perempuan, berkahwinlah bia sama permpuan itu. Maka perpindahannya adalah kepada apa-apa yang berpindah ia kepadanya"
- (Riwayat Bukhari dan Muslim ndan sahihya)
Hadis ini menunjukkan bahawasany niat dan sengaja itu timbangan bagi sah dan kebilangan segala amalnnya. maka apabila elok niat itu eloklah amalan. Dan apabila niat tidak elok binasalah amalan itu. dan bagi amalan yang beserta dengan niat itu ada 3 keadaan"
1. Bhaawa diperbuat oleh seseorang akan amalan itu kerana takut daripada Allah swt maka inilah ibadat sekalian hamba.
2. Bahawa diperbuat olehnya akan amalan itu kerana harap beroleh syurga dan pahala, maka inilah ibadat sekalian saudagar.
3. Bahawa dikerjakan olenya akan amalan itu kerana malu daripada Allah swt, dan kerana membayarkan hak kehambaan dan kesyukuran kepadanya, dan serta demikian dilihatnya pula akan dirinya taksir dan lalai serta takut hatinya, kerana belum ia dapat tahu adakah amalannya itu diterima atau tiada.
No comments:
Post a Comment