Tuesday, July 6, 2010

Ulamak suk (yang jahat)

Selasa, 6 Julai 2010/23 Rajab 1431

Sabda rasulullah saw bersabda:

"Ada dua golongan manusia apabila keduanya baik, baiklah manusia. Apabila rosaklah keduanya, maka rosaklah manusai. Mereka ialah ulamak dan pemerintah."

Ulamakialah orang yang alim, cerdik sama ada dalam apa bidang sekalipun asalah kan memenuhi syarat seorang ulamak seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNYa:" Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hambanyNya ialah ulamak"
-(Surah Fathir: 28)
Ulamak merupakan orang yang paling takut kan Allah di kalangan hambanya yang lain. Ulamak ialah seoranag alim lagi beriman serta beramal dengan ilmunya.

Orang beriman yang berilmu pengetahuan itu lebih tinggi darjatnya daripada orang yang beriman tapi kurang ilmu penegtahuannya. Tingginya darjat ulamak itu ialah kalau dia beriman. Adapuan orang ynag tidak beriman, kalau ilmunya tinggi dan beroleh kebesaran-kebesaran tertentu, iatu bukannya darjat tetapi istidraj.

Sabda Nabi saw:

"Selian dari dajjal ada yang paling aku takut menimpa kamu, lalu ditanya: Apa dia wahai Rasulullah? Iaitu para ulamak suk (yang jahat).

Antara contoh ulamak suk:

1. Anak isteri sendiri tidak dididk secara islam, sedangkan mengajar orang lain menegnai Islam

2. Hidup mewah dan membazir dan tidak berfaedah lebih dari keperluan.

3. Segala kebaikan yang dibuat memerlukan bayaran atau upah dan menharapakan publisiti dan populariti.

4. Tiadak lagi mengamalkan sunah-sunah Nabi dan terikut-ikut dengan pengaruh seperti pakaian dan cara hidup barat/kafir

5. Takut untuk berdakawh di temapat-tempat terpencil atau menghadapi masalah..

6. Tujuan belajar agama dah jadi untuk makan gaji. Ilmu jadi kurang didalami dan tidak dihayati, belajar sebab mengharapakan bayaran dari sijil yang diperolehi. Maaalmat mereka tidak lagi menjadi mujahid, abid, syahid, solehin dan muttaqin sebagai hamba Allah dann khalifahnya. Ulamak upahan dapatlah disamakan dengan mengadakan pertunjujkan pentas, sekali berlakon dapatlah habuan yang banyak.

Kita diajarkan supaya tidak mengorbankan hak Allah dan Rasul, membelakangkan Al Quran, dan hadis kerana kepentingan dunia. Elakkankan kita dari mengejar dunia dan mengabaikan akhirat dan akibatnya merugikan diri sendiri dengan tidak mendapat ganjaran yang kekal balasannya di akhirat.

No comments: