Tuesday, July 27, 2010

Tanggungjawab Ibubapa terhadap anak

Selasa 27, julai 2010/15 Syaaban 1431.

Firman Allah swt:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".


- (Al-Tahrim:6)


1. Ibubpa adalah bertanggungjawab kepada anak yang dilahirkan bagi menentukan anak-anak mereka termasuk golongan yang menikmati syurga Allah di akhirat nanti.

2. Tanggungjawb ibubapa tersebut adalah dari kecillgai mendidik anak-anak dengan cara-cara pendidikan ynag berteraskan Islam dengan didikan agama , menanamkan kefahaman taat kepada Allah serta berakhlak mulia terhadap Allah dan manusia.

3. Anak-anak dipelihara dalam susana Islam dari segi makanan dan pakaiannya supaya tidak secara yang haram baiak matrailnya maupun cara mendapatkannya.

4. Kanak-kanak yang sudah mumayyiz atau sudak dekat dengan akhhir baligh yang perlu dididikan ialah adab makan, tingkah laku, perkataan dan perbuatan yang sopan , berpakaian , pergaulan dan seumpamanya.

5. Anak-anak perlu ditanamkan dengan nilai aqidah, membaca al-Quran, hadis-hadis nabi serta sahabat yang dapat dijadikann teladan.

6. Anak-anak perlu dididik dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan dijauhkan dari sifat mazmummah (Sifat- terkeji)

7. Anak-anak perlu dididik dari segi kebersihan sperti menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempoat tinggal.

8. Anak-anak perlu dilatih supaya menghormati orang tua , suapay dari segi pebuatan dan perkataan sentiasa beradab.

9. Bekerjasama dengan guru-guru di sekolah supaya sama-sama memajukan pelajaran dan mendidik akhlak yang baik di kalangan kanak-kanak.

No comments: