Wednesday, July 28, 2010

Contoh Jadual Amalan Harian

Rabu , 28 Julai 2010/16 Syaaban 1431

4.30 - Bersyukur setelah bangun tidur
- Doa wudhuk
- Solat sunat wudhu
5.00 - Solat tahajjuud 2 rakaat
5.20 - Iktikf di masjid
- Solat tahiyyatul masjid
-menjawab seuan azan

6.00 - solat sunat subuh
- solat ul Hualllahu ahad' 3 X. Selawat 3 X, baca beberapa surah al Quran

7.15 - S0lat tihraq
- baca Al Quran/ tafsirnya

8.30 - Solat Dhuha
- Baca surah Al- Waqiah

8.45 - Banyak bersyukur, lepas makan: pagi, petang, malam

9.00 - Niat berkerja, dan apa saja tugas harian kerana Allah, mencari rezeki yang halal
- jauhkan dari umpatan, fitnah dan menzakimui hak orang lain.
- Berakhlak dengan baik dam perhubungan manusia.
- tasbih, zikir dan Lauhaula wala quwwata dlm kenderaan/perjalanna

1.20 - Solat sunat zohor
- solat zuhur berjemaah

- Kelebihan hati yg sentiasa ingatkanmasjid. Banyakkan langkah menuju ke masjid
- Jika ada jenazah. solat jenazah.

- Bersedekah /infaq seberapa yang mampu unyuk membantu irang islam yang susah, atau
bagi tujuan dakwah

4..45 - Solat asar berjemaah
-Baca al Quran

- beri makan orang bepuas.

7.25 - Solat maghrib berjemaah
- Jawab azan dan doa

8.00 - hadfir majlis agama di masjid.

9.20 - memberi salam bila balik rumah
- didik anak dengan membaca buku sekooah dan agama

10.00 - berdoa jika ditimpa musibah/sakit
- tanamkan rasa cinta kepada Rasulullah saw

1o.45 - solat witir akhirat.
- Baca zikir sebelum tidur

11.00 - Muhasabah diri.

Amalan mingguan:

1. Awak ke masjid hari jumaat (awal 1 jam), mandi sunat jumaat, langkah yang banyka ke masjid, niat itikaf, menjawb azan, baca Quran.

2. Cuba hidayah satu orang untuk kembali mkepada Islam

3. bantu anak yatim


4. Solat taubat dan tasbih

5. Hdiri kels ilmu, tambah ilmu untuk meningkatakn ilmu dan amalan, kemajuan islam

6. Beerjihad iatu meningkatkan taraf ekonomi, pendiidkna, masyarakat, bantuan fi sabilillah.

7. Cub apuasa sunat 3 hari sekurang-kurannnya dalam sbulan.

Amlan tahunan:

1. Puasa fardhu ramadhan.
2.. Puasa enam di bulan syawal
3. Umrah
4. menunaikan haji
5. belanja orang untuk haji dan umrah
6. menolong kepada jalan uruss keb ajikan
7. Banyak membuat amalan 1-10 zul hijjah seerti juga 10 hari terakhir ramadhan

---------------------

Solat Hajat:

Kita digalakkan supaya memohon untuk ditunaikan hajat oleh Allah swt dengan cara melakukan solat bersendirian.

Memohon hajat dari Allah adalah harus pada bila-bila masa terutama pada saat-saat yang mustajab doa di antaranya ketika dalam solat dan sebaik selepas solat (sama ada solat fardhu, solat-solat sunat rawatib, solat malam, solat hajat dan sebagainya).

Berdoa di dalam solat lebih baik dari berdoa selepas solat. Antara tempat yang mustajab doa dalam solat ialah ketika sujud dan sebelum memberi salam (yakni selepas habis membaca tahiyat dan selawat).

Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya (yakni Allah) ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa (pada ketika itu)

- (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Dalam hadis mengenai bacaan tahiyyat, selepas mengajar bacaan tahiyyat kepada para sahabat, Nabi berkata; “Kemudian (yakni apabila selesai membaca tahiyyat) pilihlah pemintaan yang ia kehendaki (dari Allah)[1]

- (HR Imam Muslim dari Abdullah –radhiyallahu ‘anhu-).

Adapun solat hajat, harus ia dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang dilarang solat iaitu;

a) Selepas menunaikan solat subuh hinggalah matahari meninggi dengan kadar segalah
(yakni kira-kira 15 selepas terbit matahari).

b) Selepas menunaikan solat asar hingga matahari terbenam sepenuhnya

c) Tatkala matahari berada di tengah langit hingga tergelincir darinya
(yakni masuk waktu zohor).

Masa terbaik untuk solat hajat ialah selepas tengah malam atau selepas dua-pertiganya. Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Apabila malam masuk sepertiga yang akhir, Allah turun ke langit dunia dan berkata; ‘Siapakah yang meminta untuk aku berikan permintaannya? Siapakah yang berdoa untuk aku kabulkan doanya? Siapakah yang beristighfar (memohon ampun) untuk aku ampuninya?’”

- (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Wallahu a'lam.

No comments: