Monday, July 26, 2010

Pentingnya ibubapa mengajar anaknya mempelajari Al Quran

Isnin, 26 Julai 2010/14 Syaaban 1431


Rasulullah saw ada bersabda:

Maksudnya: " Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarnya akan Al-Kitab(Al-Quran), mengajarinya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik sahaja".

1. Ibubapa wajib mengajar anaknya belajar membaca Al-Quran, atau jika tidak boleh mengajar hendaklah dihantar belajar di sekoah atau kepada guru yang dapat mengajarnya.


2. Al-Quran yang berasal dari Bahasa Arab perlu dipelajari secara betul, bagi mempastikan bacaan dalam solat dan ayat-ayat yang dibaca di dalamnya betul bacaanya. Kerana jika salah bacaan akan batallah solatnya seperti dalam bacaan Fatihah yang menjadi salah satu rukun dalam solat tersebut.

3. Apabila anak berumur tujuh tahun wajib diajar mendirikan solat. Di dalam solat ayat-ayat al-Quran dibaca di tempat-tempat tertentu untuk beribadat solat. Tanpa boleh membaca ayat-ayat Quran tak mungkin kanak-kanak tersebut boleh mengerjakan solat yang diwajibkan.

4. Menjadi amat malang seseorang kanak-kanak yang tidak menguasai bacaan Al Quran (buta huruf Al-Quran), bila sudah dewasa atau berumur akan menimbulkan masalah untuk belajar disebabkan malu, tiada masa dan sudah susah untuk ingat dan membaca mengikut bacaan seprti maukraj yang betul.Seterusnya dalam keadaan yang demikian berterusanlah kanak-kanak tersebut tidak mahir dalam bacaan Al- Quran, malahan dalam melaksanakan solat yang menjadi fardhu untuk beribadat kepada Allkah swt.

No comments: