Wednesday, July 21, 2010

Hubungan baik antara sesama mukmin

Rabu 21, Julai 2010/11 Syaaban 1431


Bagaimanakah dapat kita memupuk persaudaraan sesama Islam ? Sedangkan kehidupan kita seharian terdapat golongan yang berlawan kuasa mendapatkan kedudukan, dan kuasa untuk menjatuhkan pihak yang lain? Mungkinkah tanpa adanya perlawanan mendapatkan kuasa ini jurang pergaduhan sesama agama atau pun bangsa adapat dielakkan?

Walaubagaimanapun suasana yang sedang berlaku ini membuatkan kita berfikir adakah itu matlamat hidup menuju keredhaan Allah swt, atau sekadar keperluan untuk hidup? Jika matalamat yang yang pentingkan, Insya Allah akan dapat disselesaikan dengan bijaksana.


Sabda Rasululah saw,


" Tidak halal orang Miukmin sejati memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari, kedua-duanya bertemu saling tidak menyapa, sebaik-sebaik antara keduanya adalah memulakan salam".

- (Imam Al-B ukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, Maksudnya," Mengutuk orang mukmin itu i membunuhnya".

- (HR Imam Al Bukhari)


1. Hubungan persaudaraan anatara orang muslim perelulah dijaga dengan baik sebagaimana persaudaraan dalam Islam.

2. Amalan seperti maki hamun, mengumpat, mengeji, menghina, melaknat dan menimbulkan sifat permusuhan yang boleh menjejaskan persaudaraan perlulah dielakkan sesam Islam.

3.Frman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 11:

Maksudnya," Hai orang -orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana), boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan ) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan) wanita -wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (ynag diperolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang zalim".

No comments: