Thursday, July 8, 2010

Membalas budi orang yang berbudi

Khamis,8 Julai 2010/25 Rejab 1431

Daripada Ibn Umar ra.Nabi saw bersabda:

Maksudnya, "Siapa yang meminta pertolongan kepadamu kerana Allah, maka lindungilah ia. Siapa yang meminta kepadamu kerana Allah, maka berilah ia.
Siapa yang memberi kebaikan kepada kamu, balaslah ia.
Jika kamu tidak mampu membalas, berdoalah untuknya dengan kebaikan".

- (HR Al Baihaqi dan Abu Daud)


Pengajarannya:

1. Beri simpatilah kepada mereka yang memohon kerana memerlukan pertolongan yang didapat secara juhjur dan ternyata memerlukan bantuan.

2. Berlaku baiklah kepada mereka yang menabur budi dan berjasa kepada kita secara ikhlas kerana Allah. Apabila sesuai berbalas budi pula kepada yang telah berbudi setakat yang mampu. Setidak-tidaknya zahirkan lah dengan rasa terima kasih dan juga berdoa semoga Allah memurahkan rezekinya serta diberikan balasan ganjaran di akhirat nanti.

3. Dengan adanya rasa mengenang budi di kalangan masayarakat, akan dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim, dan merasa terima kasih dan syukur kepada Allah yang memberikan nikmat serta rezeki kepada kita.

Firman Allah dalam surah An Nur ;22 yang bermaksud:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuninya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang"

No comments: