Saturday, July 10, 2010

Pahala menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa

Sabtu 10 Julai 2010/27 Rejab 1431


Dengan memberi orang lain makan semasa berbuka puasa, anda boleh mendapat pahala puasa sebanyak mana pahala yang diperolehinya dari puasanya. Hal ini telah diriwayatkan oleh Zaid bin Jhalid Al-Juhani r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang ertinya:

"Sesiapa yang memberikan perbukaan kepada orang yang berpuasa , ia mempunyai pahala seumpamanya, namun hal ini tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun jua".

- (HR. Tirmizi, Ahmad dan Darimi)

Ambillah peluang ganjaran dan balasan yang dianugerhkan Allah swt ini untuk mengeluarkan sedikit kos/ perbelanjaan bagi sedekah untuk disumbangkan ke majlis- berbuka puasa di masjid atau di mana-mana, supaya ganjaran pahala dari sumbnagan tersebut akan memberikan pulangan pahala di akahirat nanti.

Sebagai contoh sekiranya anda memberi makan satu hari berbuka puasa untuk 10 orang, akan tercacatlah bagi anda pada hari itu pahala puasa 10 hari. Begitulah seterusnya jika anda berbuat demikian akan mendapat pahala sebagimana diperolehi oleh orang yang berpuasa. (Dengan syarat puasa orang itu diterima Allah mengikut peraturan dan syarat yang disyariatkan)

Dengan membelanjakan sedikit kekayaan anda, anda akan diberikan pahala ibadat puasa yang tidak anda alami sama sekali.

Laksanakanlah amalan ini bagi kebaikan dirimu sebanyak-banyak mungkin khususnya sempena dengan kedatangan bulan ramadhan ini atau lakukanlah walaupun sedikit sesuai dengan kemampuan anda dari sumber pendapatan anda yang halal lagi bersih,

Ingatlah Allah akan memberikan kurnia ganjaran pahala atau kebajikan kepada hamba-hambanya yang dikehendakinya, dan Allah mempunyai kurnia ynag besar dan hebat.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

" Tujuh golongan yang Allah akan beri perlindungaan baginya di hari yang tiada naungan melainkan Allah Ta'ala (di antaranya) yang menderma dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui btangan kirinya"

- (HR. Imam Bukhari dan Muslim)

Dengan kebajikan bersedekah kita dijanjikan dengan terselamat daripada panas terik di Padang Mahsyar sebelum kita dihisab segala amlan dan dibalas dengan balasan baik atau jahat oleh Allah swt.

Jangan urusan ibadat jangan sekali-kali kita mempunyai perasaan riak atau bangga diri semasa menderma kerana Allah tidak akan menerima amalan yang tidak ikhlas kerana Allah. Derma yang terbaik ialah derma yang diberikan tanpa diketahui oleh orang lain.

No comments: