Jumaat, 9 Julai 2010/26 Rejab 1431
Yang menjadi ukuran amal sesorang ialah keikhlasannya . Ikhlas kerana Allah mest1ilah didahului dengan niat, sebab antara keduanya sangat erat hubungannya.
Niat adalah titik tolak permulaan dalam segala amal perbuatan, perjuangan dll. Ia menjadi ukuran yang menentukan tentang baik buruknya sesuatu perkataan atau perbuatan. Peranan niat itu sangat menentukan sehingga sebahagian ulamak salaf menyimpulkan:
"Kerap kali amal yang kecil menjadi besar kerana baik niatnya; dan kerap kali pula amal yang besar menjadi kecil kerana salah niatnya"
Niat ialah iradah atau qasad ialah dorongan yang tumbuh dalam hati manusia, yang menggerakkan untuk melaksanakan amal perbuatan ataupun ucapan tertentu,
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Dari amiril Abi Hafsin Umar bin Khattab ra berkata:
"Saya dengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya segala amal perbuatan bergantung kepada niat. Dan sesunggyhnya tiap-tiap orang memperoleh sesuatu dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrah pada jalan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrah kerana kerana ingin mempoerolehi keduniaan, atau untuk mengawini seorang wanita, maka hijrahnya itu ialah ke arah yang ditujunya itu"
- (H.R. Bukhari dan Muslim)
Beramala tau melakukan satu urusan tanpa niat kerana Allah, akan menjadi sia-sialahurusan seseorag dengan Allah dan tidaka mendapat apaa-ap ganjaran pahala atau kebajika dari sisi Allah swt.
Dalam apa jua urusan hendaklah kita memasang niat ynag betul kerana Allah semoga Allah memeberikan balasan di dunia dengan kebajikan dan pahala serta syurgaNya.
No comments:
Post a Comment