Ahad, 18 Julai 2010/ 8 Syaaban 1431
Pengurusan waktu yang baik ialah:
1. Bermula dari waktu fajar lagi kita mendirikan solat sunat fajar dan solat fardhu subuh dengn khusuk kepada Allah.Khusyuk dalam msolat dengan menyedari bahawa semasa solat kita berada di hadapan Allah dengan bermunajat kepadaNya, tanpa khyusuk hati kita kepadaNya, Allah akan menolak solat yang kita lakukan.
2. Gunakan waktu untuk taat kepada Allah swt dengan tidak membuang sedikit pun masa dengan sia-sia. Dengan niat baik, waktu harus dapat berguna untuk mengerjakan kebaikan. Jangan suka menunda-nunda dan sampai lupa melakukan kebaikan sepertimana yang diwajibkan.
3. Nabi saw bersabda: Di antara tanda indahnya keislaman seseornag ialah meninggalkan sesuatu yang tidak memberinya makna".
4.Sesungguhnya waktu itu adalah umur anda. Jangan mengsia-siakan masa. Gunakan masa dengan jalan beramal beribadah kepada Allah, anda bolehn sampai pada kenikmatan abadi dalam perlindungan Allah. Jika masa terbuang dengan sia-sia, maka setiap hembusan nafas akan menjadi sia-sia.
5, Waktu yang dilalui tidak akan pernah kembali. oleh itu kita hendaklah rasa gembira jika kita dapat belajar denagan menambah ilmu dan dapat berbuat amal soleh., sebab keduanya merupakan teman yang dapat menemui anda di dalam kubur.
6. Dengan mengisikan masa dengan ketaatan , bermakna kita melakukan ketaatan serta mengaturkan ibadah-ibadah dan tugas yang perlu kita lakukan. Setiap waktun ditenukan satu tugas yan tidak boleh terlewat.
7. Penggunaan waktu yang lebih utama ialah mnenggunaknnya untuk ibadah-ibadah seperti solat sunat nafilah, membaca Al- Quran dan tasbih, juga di sertai dengan niat bersedekah daripda rezeki yang diberikan lebih dari keperluan. Niat yang baik mrerupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, serta dapat mendatangkan keberkahan daripada doa-doa kaum muslim, dan akan mendapat ganjaran pahala,
Membaca Al Quran, memakmurkan masjid dan seumpamanya akan menambah pahala dari niat yang kita tujukan kerana Allah swt. kerana niat baik itu juga Allah gandakan dengan 70 pahala kebajikan.
9. Allah akan mengampunii sesorang hambanya dengan amalan sifat kemurahan hati dan dengan berniat baik walaupun tanap membeeri khidmat .Mereka diampuni kerana kurnia/rahmat Alah bukan kerana mellaui amalan atau perbuatnannya sahaja.
------
Melayu hilang kuasa pada PRU-13?
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my
HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.
IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.
''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.
''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.
''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.
Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:
''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.
''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.
''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.
Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.
Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.
Sumber:Utusan Malaysia 18 Julai 2010.
No comments:
Post a Comment