Wednesday, March 31, 2010

Solat dua rakaat setelah wudhuk

Rabu 31 mac 2010/ 14 Rabuilakhir 1431


Solat dua rakaat setalh wudhuk


Disyariatkan bagi seorang Muslim setrelah mengambil wudhuk supaya mengerjakan solat sunat wudhuk dua rakaat. Telah ditetapkan keutamaan yang sangat besar dan kebaikan yang sangat banyak dalam solat ini, dengan syarat menetapkan hati dan wajah sepenuhnya kerana Allah baginya syurga" swt.

Dari 'Uqbah bin Amir, dia berkata, kami pernah bertugas menggembalakan unta.Saat tiba giliranku, aku mengistirihatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah saw berdiri tengah berbicara dengan orang-orang, aku pun mendengar sebagian dari perkataan beliau, yang bererti:

" Tidaklah seorang Muslim berwudhuk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga".

Sabdanya lagi, " Tidaklah salah seorang di antara kamu berwudhuk alu menyempurnakan wudhuknya kemudian mengucapakan ' aku bersaksi bahawa tidal ada Ilah (yang haq) selain Allah dan Muhammad dalah hamba sekaligus RasulNya, ' melainkan akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang bejumlah lapan. Di boleh masuk melalui pintu mana saja yang dia kehendaki"

- (Diriwayatkan oleh Muslim)

Tuesday, March 30, 2010

Hari qiamat itu benar

Selasa, 30 mac 2010 /13 Rabiulakhir 1431.


Hari qiamat itu benar



1. Beriman dengan hari qiamat itu adalah salah satu dari rukun iman ynag enam, dan merupan perkara utama dalam aqidah serta berhubung rapat dengan beriman kepada Allah serta beriman kepada Hrai qiamat ynag berbentuk ghaib.


2. Hari qiamat ialah hari musnahnya alam semesta ini, dan pada hari itu manusia yang masih hidup semuanya mati. Pada hari itu Allah menciptakan alam lain iaitu alam akhirat. Seluruh manusia dibangkitkan, dengan rohnya dikembalikan ke dalam tubuhnya dan mereka akan mengambalikan kehidupan kali kedua. Setelah manusia dibangkitkan dari alam kubur, maka amalan mereka masing-masing dihisab untuk diberi balasan.


3.Saat berlakunya hari qiamat hanya Allah yang mengetahuinya - tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengetahui saat tiba dan datangnya hari qiamat.Firman Allah swt dalam Surah Al a'raf ayat 187 yang bererti;

"Mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang hari qiamat: Bilakan masa datangnya? Katalanlah; Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada pada sisi tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatanganya pada waktunya, melainkan ia (huru-hara) hari qiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. katakanlah; Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari qiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak megetahui"


4. Walaubagaimana pun Allah tidak merahsiakan sepenuhnya hari qiamat tersebut, kerana Allah swt mengadakan berbagai-bagai tanda atau alamat yang menunjukkan bahawa saat tiba dan datangnya hari qiamat itu sudah dekat (tapi relatif)


5. Dari keteranagn beberapa hadis, terdapat beberapa tanda-tanda kecil datangnya hari qiamat seperti berikut:

1. Terjadi peperangan besar di antara dua golongan yang besar di mana dakwah kedua golongan itu serupa ( satu sahaja).

2. Banyak kaum dajjal yang berdusta mengaku dirinya adalah Rasulullah.

3. Dihilangkan ilmu pengetahuan (tidak ramai lagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan) iaitu dengan matinya para ulamak, sehingga tidak ada lagi tinggal alim ulamak.

4.bnayak berlaku gempa bumi, ia itu bergoncang bumi ini di tempat berlakunya gempa bumi tadi, yang mana terjadi gempa bumi di sana sini adalah sebagai permulaan dan tanda hari qiamat itu tidak berapa lama lagi akan tiba.

5.Masa itu sudah menejadi dekat, maksudnya dicabut keberkatan masa itu, Maka adalah masa setahun keberkatan dan manfaatnya adalah seperti sebulan dan begitulah seterusnya merasakan cepatnya masa berlalu.

6.Banyak timbul fitnah. ada bermacam-macam seperti aliran mazhab, politik, kemasyarakatan, ekonomi dan perbezaan antara golongan yang berlainan.

7.Banyak berlaku pembunuhan secara besar-besaran seperti dalam peperangan dll.

8.Harta benda sudah terlalu banyak dan telah melempah ruah.

9. Manusia bermegah-megah dalam bangunan yang besar dan menjulang tinggi.

10. Amanah dipersia-sikan iaitu tidak dilaksanakan mengikut sepatutnya. Sesuatu urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.

11. Banyak qura (orang-orang yang baik bacaannya) dan sedikit fuqaha ( orang yang alim dalam ilmu fiqh) dan banyak Umara ( pemerintah/pentadbir) dan sedikit amna (orang yang setia atau orang yang boleh dipercayai).

12. Bertolak-tolak ahli jemaah di dalam masjid (untuk menjadi imam) yang tidak didapati seorang pun di kalangan mereka yang boleh menjadi imam solat bersma-sama mereka.

13.Lelaki menyerupai pakaian perempuan dan perempuan menyerupai pakaian lelaki (tak dapat perbezaan lagi lelaki atau perempuan)


14. Alamat beasr Qiamat antaranya:

1. Naik matahari dari arah barat

2. Keluar sejenis binatang dari bumi

3. Muncul dajjal (orang yang sangat pendusta dan orang yang menutup kebenaran dengan kebatilan)

4. Turun Nabi Isa as.

5. Keluar Ya juj wa Majuj. (satu bangsa yang tabiatnya suka menceroboh, menyalaa api rusuhan, membuat kacau bilau dan merosakkan kehidupan manusia.

Monday, March 29, 2010

Elakkan permusuhan sesama Islam

Isnin 29 Mac 2010/12 Rabiulawal 1431.

Orang-orang beriman/islam itu adalah bersaudara dan sepatutnya lah tidak bermusu-musuahan sesama mereka. Agama menegah kita dari buruk sangka dan mengaibkan sesama Islam. Jika berlakunya hubungan seperti itu hendaklah bertaubat dan menjauhi sifat fasik supaya tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri atau fahaman politik sempit yang pentingkan kuasa dan kekayaan di dunia yang sementara ini.

Sifat atau kelakuan keji seperti dinyatakan di atas diperingatkan Allah di ddalam Al Quran dalam surah Al Hijrat ayat 10-13 yang beerti seperi di bawah ihi:


10. "Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudar, mka damaiukanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaa kamu beroleh rahmat."

11. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak ( dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keai'ban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik , maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman dan (ingatah) sespaya yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"

12. Wahai orang-orang yang beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka yang dilarang), kerana sesungguhnya seb agagian dari sangkaan itu adalah dosa*; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan kea'iban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.
Sukakah sesorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (jikian demikian keadaan menggunmpat)nit=mmaka sudah tentu kamu jijk kepadanya (oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan beryaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi amat mengasihani".



13. "Wahai umat manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguh nya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"






*Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan ynag membahayakan atau menyusahkan, adapun sangkaan yang bertujuan eringat dan berjaga -jaga yang tidak membahayakan atau menusahkan orang lain, maka itu tidaklah terlarang.

Sunday, March 28, 2010

Kelebihan Azan dan Saf pertama.

Ahad, 28 Mac 2010/11 Rabiulawal 1431

Kelebihan Azan dan Saf pertama.


Sabda Rasulullah saw, “ Kalau sekiranya manusia itu tahu apa yang ada pada Azan dan saf di barisan pertama (dalam solat), kemudian tidak mendapat (tempat) melainkan dengan mengundi, nescaya mereka akan mengundi. Dan jika mereka tahu (kelebihan datang pada awal waktu (ke masjid), nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan jika mereka tahu apa yang ada pada solat isyak dan subuh (berjemaah di masjid), nescaya mereka akan datang walau dengan merangkak!”

- - (Riwayat Imam Bukhari)



Pengajaran daripada hadis di atas:

1. Hormatilah azan apabila dilaungkan, dengan tidak bercakap, bersembang dan seumpamanya, melainakan dengan menjawab seruan azan tersebut dan berdoa dengan mengucapan slam dan selawat kepadsa Nabi saw dengan memohon syafaat daripadanya.

2.Datanglah beramai-ramai ke masjid sebelum masuk waktu (sekurang-kurang 15 minit sebelum masuk waktu ) dan duduk mendapatkan saf pertama. Maksud hadis saw,

“Sesiapa yang berwudhuk (yang dirujukkan oleh Saiyidina Usman) lalu datan ke masjid, kemudian bersoloat dua rakaat, lalu duduk, diampunkan dosanya yang telah lalu” Berkata Saiyidina Usman bahawa Rasulllah saw bersabda lagi,

“Jangan kamu merasa terpedaya” (maksudnya terpedaya-- lalu malas beribadah selepas dapat melakukan ibadah ini, kerana dosa yang diampunkan ialah jika solat kita telah diterima, sedangkan kita tidak mengetahui sama da solat itu diterima atau tidak...”
- (Riwayat Immam Bukhari)

3. Amalan seperti ini nampak mudah, tapi kita perlu memohon kepada Allah supaya menjauhkan kita dari sifat malas, dan mohon diberikan hidayah untuk terus melakukan dengan mudah dan penuh ikhlas.


4. Rasulullah saw bersabda, “ Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat berselawat ke atas mereka yang bersolat di saf yang dihadapan, dan Muazzin (didoakan) mendapat keampunan baginya sejauh suaranya berkumandang, dan membenarkannya segala (makhluk) yang mendengar azannya daripada yang basah atau yang kering, dan baginya pahala mereka yang mendidikan solat bersamanya”.

- (Riwayat Imam Ashmad bin Hanbal, Imam Nasa; dan al Tabrani dengan sanad yanga hasan)

5. Satu lagi kelebihan besar yang diperolehi oleh pengunjug masjid kerana ingin brrsolat atau solat berjemaah iaitu pada SETIAP LANGKAH KE MASJID AKAN DIANGKAT SATU DARJAT DI SISI ALLAH SWT DAN DIHAPUSKAN SATU DOSA SEHINGGA ORANG ITU MASUK KE MASJID'*

* ( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

6. Oleh itu jangan lah sia-siakan kelebihan dan rahmat Allah yang amat besar ini sperti dengan tidak menhghiraukan azan,suka lambat dan malas datang berjemaah ke masjid, yang mana ia adalah satu kerugian yang amat besar sekali bagi mereka yang cuai lagi jahil.

Saturday, March 27, 2010

Kelebihan pergi mendirikan solat fardhu berjemaah.

Sabtu 27 Mac 2010/10 Rabiulawal 1431


Kelebihan pergi mendirikan solat fardhu berjemaah.

Sabda Rasulullah saw., maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardhu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dann sesiapa yang brejalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu dhuha) , maka ianya seperti pahala umarah Sunat'


- (Riwawayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani, Baihaqi dan dihukumkan sanadnya sebagai hasan oleh Syeikh Amaut di dalam jami' Al Usul 9/416 dan dihukumkan sahih pada riwayat yang lain,)

Dari Ibnu Mas'ud ra ia berkata, " Barangsiapa ingin berjumpa dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia mnenjaga solat lima waktu di tempat azan dikemundangkan (di masjid), kerana sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu Sunanul-huda (jalan-jalan petunjuk dan kebaikan), dan sesungguhnya solat berjemaah lima kali di tempat azan dikumandangkan adalah termasuk sunanul-huda. Apabila kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang suka tinggal di rumahnya (tidak mau berjemaah), bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Tiada seorang lelakupun yang berwudhuk dengan sempurna, lalu pergi ke salah satu masjid, kecualai Allah mencatat untuknya pada setiap langkah yang dilaluinya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjaat, dan menghapuskan dengannya satu kesalahan (dosa). Sungguh aku melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah jelas kemunafikannnya. Dan sungguh, pernah ada seorang lelaki (kerana uzur) di dipapah oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah, sehingga ia diberdirikan dalam saf'

Dalam riwayat yang lain disebutkan, : Sungguh aku telah melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafik annnya atau orang sakit. Jika dapat, maka seseorang akan berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga ia mendatangi solat (berjemaah di masjid)"

Ibu Mas'ud berkata, " Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajari kamu sunan ul-huda, dan sesungguhnya sebahagian dari sunanul-huda itu adalah solat di masjid yang mana azan dikemanadangkan di dalamnya".

-( Hr Muslim, Abu Daud, nasa'i, Ibu Majah- at Targhib)

Friday, March 26, 2010

Keutamaan solat Dhuha

Jumaat 26 mac 2010/9 Rabiulakhir akhir 1431

Keutamaan solat Dhuha.

Solat dhuha ialah solat yang dlakukan sewaktu dkmulai apabila terbit matahari kira-kira jam 8.45 pagi hingga masuk waktu zuhur. Disyariatkan kepada orang Muslim untuk mengerjakan sooat dhuha dengan 2, 4, 6,8 atau 12 rakaat.Kita digalakkan sentiasa mengerjakannya. Waktu terbaik mengerjakan solat dhuha adalah pada saat matahari terik.

Solat ini memnpunayi kelebihan yang tersendiri. Sebagaimana sebuah hadis dari Abu Dzarr ra dari Nabi saw bersabda:

"Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kamu harus dikeluarkan sedekahnya tiap-tiap hari. Setiap tasbih (subhanaallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaahnillallaah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh membuat baik pun juga sedekah, mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti/dicukupi dengan dua rakaat solat dhuha"

- ( Riwayat Muslim)

Dalam satu hadis yang lan dari Anas ra , di bercerita , Rasulullah saw bersabda:

" Barangsiapa mengerjakan solat subuh berjemaah lalu duduk berziir kepada Allah sampai matahari terbit, kemudian mengerjakan solat dua rakaat(Nota; Solat ini sebut solat Isyrak, iaitu permulaan solat Dhuha), maka pahala solat itu baginya seperti pahala haji dan umrah, sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya".

- Riwayat Tirmizi, hadis hasan lighairih)

Wednesday, March 24, 2010

Keutamaan Hari Jumaat

Khamis, 25 Mac 2010/8 Rabiulakhir 1431



Keutamaan Hari Jumaat.



Hari Jumaat ialah suatu hari yang mempunyai kelebihan dan keutamaan dari hari-hari yang lain.



1. Hari Jmmaat adalah kepala (penghulu)segala hari, iaitu hari yang mengandngi ketinggian.

Keterangan menyatakan, " Dari Abu Lubabah bin Abdul Munzir ia berkata. Telah bersabda Rasulullah saw: " Sesungguhnya hari Jumaat itu, ialah kepada sekalian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah, lebih besar daripada hari raya Adha dan hari Raya Fitri"
-( Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaiqi)


2. Pada hari jumaat itulah Allah telah jadikan datuk kita Adam as, dan pada hari Jumaat pulalah nanti terjadi hari qiamat.

" Dari Abu Hurairah ra ia berkata: " Telah bersabda Rasulullah saw: " Sebaik-baik hari yang memancarkan matahari, ialah hari Junaat. Pada hari bitu dijadikan Adam as dan pada hari itu pula ia dikeluarkan dari dalam syurga dan tidak akan terjadi hari qiamat, kecuali pada hari Jumaat"

- ( Diriwayatkan Oleh Muslim dan Tirmizi)



3. Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada malam jumaat, diampun Tuhan dosanya dari Jumaat ke Jumaat ( ia diberi cahaya kesucian oleh Tuhan antara Jumaat ke Jumaat)



4. Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan sbeaik-baik nya, sehingga disuruh banyak-banyak membaca selawat di hari itu.

"Dari Anas bin Aus ia berkata: Bersabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya harimu yang paling utama ialah hari Jumaat, sebab itu perbanyaklah olehmu membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya seawatmu itu dipersembahkan kepadaku"

- (Diriwayatkan oleh Abu Daud dll)


5. Pada jumaaat antara khatiab naik ke mimbar dan selesa solat jumaat dikjerjakan ada satu saat yang amat mustajab, bla bettepatan doa seseorang dengan saat itu, apa yan dimintanya di saat itu diperkenankan tuhan.


Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra ia berkata: saya mendengar Rsulullah saw bersabda tentang saat mustajab di hari Jumaat, ialah anara duduknya imam (di atas mimbar) hingga selesai solat Jumaat".

- (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud)



6. Orang-orang yang matinya pada hari atau malam jumaat dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis dnyatakan:

" Dari Abdullah bin Amr ra Dari Nabi saw beliau bersabda:

"Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur"

- ( Diriwayatakan oleh Tirmizi)



7. Hari Jumaat dinamakan juga Hari raya.

Hari Jumaat ini dinamakan hari raya ialah kerana sabda Rasulullah saw yang berbunyi:


"Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw, pernah bersabda pada suatu hari Jumaat di antara beberapa hari Jumaat; " Hai sekalian kaum muslimin, sesungguhnya hari ini telah dijadikan Allah bagimu menjadi hari Raya, sebab itu mandilah kmau, dan kamu biasakanlah bersugi (memberus gigi)"

- (Diriwayatkan oleh Tabarani)

Ruj: ms.263-264/269

Jiwa Mayat Berteriak Waktu Dibawa ke Kubur

Rabu 24 Mac 2010/7 Rabiulakhir 1431


1. Mayat hendaklah disegerakan urusannya iaitu memandi, mengapan dan mengkebumikan nya.

2. Maksud hadis . " dari Ali ra dari Nbai saw bersabda: Tiga perkara yang tak boleh engkau lambatkan, iaitu solat bila telah tiba waktunya, jenazah bila terlunjur dan janda bila telah ada jodohnya"

= (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Jiwa mayat sentiasa berteriak, ketika usungan telah diletakkan di atas bahu orang yang akan membawany. Suara itu didengar oleh segala makhluk yang bernyawa, kecuali manusia.

Sebagaimana diterangkan dalam hadis yang bermaksud:

" Dari Abu Said Al- Khudri ra ia berkata: Nabi saw pernah bersabda:

" Bila telah diletakkan jenazah lalu dipikul orang di atas bahunya, apabila ia seorang baik, beliau bersabda: Lekaskanlah aku ! dan jika ia seorang tidak baik (banyak bedosa) , berkata ia kepada keluarganya yang membawanya itu; Aduh !! Ke manakah akan kamu bawa jenazahku?. Suara itu terdengar oleh segala yang bernyawa, kecuali manusia, andai kata terdengar olehnya, niscaya ia pengsan ketakutan"

- (Diriwayatkan Oleh Bukhari)

Ruj:Ust. H.Idris Ahmad S.H., Fiqah Syafii jld 1/ Pustaka Antara, ms 347-348

Tuesday, March 23, 2010

Sunat menziarahi kubur

Selasa 23 Mac 2010/7 Rabiulakhir 1431


1. Menziarahi kubur ertinya pergi ke kubur untuk melihantnaya.

2. Disunatkan bagi sesorang yang menziarahi kubur, biar kubur ibubapanya sendiri atau familinya ataupun kubur orang lain

3. Menziarahi kubur itu adalah salah satu jalan untuk mengingati mati, dan ingat akan hari akhirat.

4. Haram hukumnya bagi perempuan, kalau ia tidak sabar di kuburann itu.Kalau ia sabar dibolehkan jua ia menziarahi kubur.

5. Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya ra dari Naba saw, beliau besabda, "Pernah aku melarangmu dari menziarahi kubur, maka sungguh telah diizinkan bagi Muhammad menziarahi kubur ibunya, maka oleh sebab itu ziarahlah kubur itu, kerana sesunggunya menziarah kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat."

- (Riwayat Tirmizi)

6. Di sunatkan membac salam kepada ahli kubur. sebagai malan dilakukan oleh Nabi saw ketioa menziarahi kubur.

Monday, March 22, 2010

Keutamaan Orang Yang mahir Membaca /meghafal Al Quran

Isnin 22, mac 2010/6 Rabiulakhir 1431.

Aisyah ra berkata:

" Rasulullah saw bersabda: " Perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan menghafalnya adalah (bersama Malaikat pembawa wahyu, yang mulia). Dan perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan dia sangat memperhatikannya sedang pembacaan itu sangat sukar baginya, memperoleh dua pahala'

- (Riwayat Al Bukhari, Muslim All Lu 'lu-u wal Marjan)

Huraiannya:

1. Orang yang membaca Al Quran, sedang dia menghafalnya pula adalah seumpama Malaikat yang menjadi utusan pembawa berita dan wahyu. Jelasnya , sama membawa dan memlihara Kitab Allah, atau sama-sama menghafal Al Quran dan menyampaikannya kepada manusia, serta menjelaskannya. Atau mereka ditempatkan besama-sama menjadi pembawa kitab Allah.

2 Bersama malaikat pembawa wahyu yang mulia = dia akan menjadi teman bagi Malaikat itu , kerana dia juga dengan sifat Maliakat, iaitu membawa kitabullah.Atau dia dipandang beramal atau berugas dengan tugas Malaikat, menghafalnya dan menyampaikannya kepada para mukmin.


3.Barangsiapa yang membaca Al Quran dan selalu menjaga agar tidak lupa, sedang ia
merasa berat melakukan yang demikian lantaran kelemahan hafalannya, maka orang itu diserupakan dengan orang yang ingin mengerjakan suatu ibadat yang sukar benar dilakukannya. Dia mendapat dua pahala, iaitu pahala membaca dan pahala mengalami kesukaran dalam membacanya (dalam memelihara hafalannya)

Sunday, March 21, 2010

Berziikir sesudah solat.

Ahad 21 mac 2010 / 5 Rabiulakhir 1431

Berziikir sesudah solat.

Abu Hurairah ra berkata:Ertinya, " Telah datang beberapa orang fakir kepada Nabi saw lalu berkata: Orang-orang yang mempunyai harta yang banyak telah pergi membawa derajat-derajat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Mereka bersolat sebagaimana kami bersolat dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Dan mereka mempunyai kelebihan lagi yakni mempunyai harta, mereka berhaji dengan harta itu dan mereka berumrah, dan mereka berjihad dan mereka bersedekah. Nabi saw berkata: " Apakah tidak lebih baik saya ceritakan kepadamu sesuatu, yang jika kamu mengerjakannya, niscaya kamu dapat menenmui orang-orang yang telah mendahului kamu. Dan tidak dapat dikejar kamu oleh seseorang sesudah kamu.Dan kamu menjadi sebaik-baik orang yang kamu berada di antara mereka, terkecuali orang yang beramal, sebagai amalmu itu.


Kamu membaca tasbih dan tahmid dan kamu membaca takbir di selepas tiap-tiap solat tiga puluh tiga kali.Maka di antara kami terjadi perbezaan pendapat, sebahagian kami mnegatakan, kita bertasbih tiga puluh tiga kali, kita membaca Alhamdulillah tiga puluh kali dan kita membaca takbir tiga puluh empat kali. Kerananya saya kembali kepada Abu Hurairah lalu beliau berkata: Engkau bacakan subhanallah walhamdulillah wallahu akbar, sehingga dari padanya semuanya terdapat tiga puluh tiga kali kali.

- ( Al Bukhari , Muslim Al'lu-u Marjan)

1. Islam menganjurkan supaya kita berlumba-lumba mengerjakan amalan-amalan kebajikan yang menghasilakn derajat-derajat yang tinggi. Para hartawan yelah mendengar hadis ini, mereka pun bersegera mengerjakannya.

2. Amal yang udah dikerjakan, kadang-kadang mmemberikan ke utamaan-keutamaan yang besar, kita dapat memperoleh dengan amalan-amalan itu pahala=pahala yang besar.

3. Menyatakan keutamaan dooa sesudah solat, kerana waktu seesudah solat, adalah waktu ynag kita harapkan Allah memperkenankan doa.

4.Amalan ynag tiada melampaui manfaatnya kepada orang lain, terkadang-kadang menyamai amalan-amalan yang menfaatnya melapaui kepada orang lain.

-( Petikan dari 2002 Mutriara hadis 111, Prof. Dr T.M. Hasbi Asiddieqy, m.s, 151,)

Saturday, March 20, 2010

Peristiwa perubahan kiblat dari baitu Mugdis ke Kaabah di Mekah

Sabtu, 20 Mac 2010/4 Rabiulakhir 1431



Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 143




Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

1. Al Barra ra mengtakan bahawa Rasulullah saw telah solat mengadap Baiutu Muqdis selama 16 atu 17 bulan, dan Rasullulah ingin mengadap Ka'abah sebagai kiblatnya, sedang pertama salat yang dilakukannya ketika menghadapinya ialah solat asar, yang diikuti oleh beberapa orang sahabat dan sesudah itu ada seorang keluar dari masjid, tiba-tiba ia melihat dalam satu masjid orang-orang sedang rukuk dan masih tetap menghadap Baitul Muqdis, maka ia berseru,, "Demi Allah akau bersaksi bahawa aku telah solat bersama Nabi saw, mengadap ke Ka'bah di Makkah. Maka langsung orang-orang yang sedang solat itu berputar menghadap ke Kaabah dalam solatnya itu juga (HR Bukhari)

2. Nabi saw sering berdoa meminta kepada Allah untuk di kembalikan menghadap ke Ka'bah kiblat Nabi Ibrahim as sehingga diterima oleh Allah , maka Nabi saw berkhutbah memberitahu kepada orang-orang, dan pertama solat yang meghadap ke Kaabah ialah solat Asar sebagaimana tersebut dalam hadis Bukhari Muslim.

3.Ada sebahagian ahli tfsir menyebut bahawaperubahan kiblat itu turunya ketikan nabi saew sedsang solat zuhur di masjid Bnai Salamah pada rakaat kedua, sehingga masjid itu dinamakan Masjidul Qiblatain. Adapun penduduk Quba maka berita perubahan kiblat itu tidak sampai kepada mereka kecuali pada hari kedua dari kejadian itu.

4. Dalam ayat di atas Allah berfirman, " Sesungguhnya Aku mengubah qiblatmu ke Kiblat Ibrahimas, Sengaja Aku pilih dan menjadi saksi di hari kiamat atas umat yang dahulu, seab mereka mengakui kelebihanmu dari mereka"

5. Kerana Allah telah menjadikan umat ini, umat wasata (pertengahan) atau termuli, maka dilengkapi syariat hukum dan tuntunannya, sebagaimana firman Allah dalam suarh al Hajj:78"
" Dia (Allah) yang memilih kamu dan tiada mengadakan sesuatu yang berat atasmu dalam agama ayahmu Ibahima, Dia Allah yang menamakan kamu Muslimin sejak dahulu juga dalam al AQuran ini supaya Rasulullah itu menjadi saksi atas kaau dan kamu menjadi saksi atas semua orang".

Wednesday, March 17, 2010

Tanda baligh

Rabu 17 Mac 2010/1 Rabiulakhir 1431

Tanda baligh:

Baligh ertinya sampai umur, hingga ia disebut orang yang sudah mukallaf. Tandanya seseorang sudah baligh ialah:


1. Sampai umur 15 tahun bagi lelaki dan perempuan.

2. Bila telah datang haid bagi perempuan sahaja.

3. Bila telah bermimpi keluar mani, baik lelaki atau perempuan. Atau lelaki dan perempuan yang sudah ada syahwat.


Bila seseorang lelaki atau pun perempuan sudah baligh, maka ia sudah diberati dengah segala furuk-furuk syariat, umpama solat, puasa dan lain-lainnya.

Dan ketika itu mulailah dia dikenakan hukum dosa apabila salah satu daripada furuk-furuk syariat itu ditnggalkan. Sebagaimamana maksud hadis:

"Dari Ibnu Umar ra ia berekata: Pernah aku dibawa kepada Rasulullah saw ketika peranag Uhud, sedang aku baru berumur 14 tahun, maka akau ditolak beliau,kemudian akau dihadapkan pula kepada beliau pada perang khandak sedang aku pada ketika itu telah berumur 15 tahun, maka dibolehkan aku ikut"

- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila anak-anak telah sampai umaur baligh, maka tidak boleh lagi ia berleluasa keluar masuk bilik orang tuanya atau melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, kerana mungkin mengakibatkan hal yang tidak baik. Kerana nafsu berahinya nafu mulai tumbuh.

Allah bverfirman :

" Dan bila anak-anak kamu telah baligh, maka hendakah mereka minta izin (keluar masuk bilik) sebagimana minta izin orang-orang sebelum mereka"



(Ruj: Fiqah Syafii jld 1, ms 57-58)

Tuesday, March 16, 2010

Solat Malam

SELASA, 16 Mac, 2010/30 Rabiulawl 1431

Solat Malam.

Solat malam ialah solat sunat yang dikerjakan di waktu malam sebgai tambahan dari sunat ruwatib. Bila solat itu dikerjakan sesudah bangun tidur, maka solat itu dinamakan solat 'tahajud'= ertinya terbangun malam., biar yang merupakan solat witir atupun tidak.

Solat malam ini sangat dianjurkan oleh Nabi saw, sebab di waktu malam adalah saat ketenangan yang mudah mendekatkan diri hati kepada Tuhan.

Selain itu solat malam adalah kebiasaan orang salih yang selalu hati mereka berdampingan dengan Tuhan. Seabagaiaman firman Allah swt:

" Pada malam hari hendaklah engkau solat tahajud sebagai tambahan bagi engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji"

(Surah Isra': 79)

Solat tahajud dikerjakan:

1. Sekurang-kurangnya 2 rakaat dan tak ada batas sebanyak-banyaknya.

2. Nabi saw bersolat malam sebelas rakaat dan diwitirkan padanya 1 rakaat.

3. Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah ada di sepertiga malam yang akhir.

4. Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

" Turun Tuhan Kami Tabaraka Watala pada tiap-tiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir, Dia berfirman: Sesiapa berdoa akan Aku maka Aku perkenankan doanya, sesiapa yang meminta kepadaku, Aku perkenankan permintaannya, sesiapa meminita ampun kepadaku , Aku ampuni dia."

5. Solat malam diikuti denagan solat witir satu atau 3 rakaat jumlahnya.Selepas itu tidak ada lagi solat sunat.

- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, March 15, 2010

Berkata perkara yang baik/berfaedah atau lebih baik diam

Isnin, 15 Mac 2010/29 Rabiulawal 1431

Menjaga Akhlak

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

-(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.

ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.

iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.

iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, March 12, 2010

Kaedah Yang Harus Dilakukan supaya Ibadat dapat diterima oleh Allah swt.

Jumaat 12 Mac 2010/25 Rabiulawal 1431

Beribadat hendaklah dengan berpersaaan dalam hati rendah diri terhadap Allah swt, di samping takut dan tunduk serta penuh berharap dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu tidaklah mencukupi denag sekadar melalui perbuatan sahaja. Ibadat mestilah dikerjakan hanya kerana melaksanakan perintah dan mentaati Allah bukan kerana yang lain yang berunsur syirik atau lainnya.

Antara kaedah yang perlu di patuhi dalam amal ibadat ialah:

1. Ihkhlas, iaitu ibadat itu hendaklah dikerjakan semata-mata atas perintah Allah. Apabila ibadat dikerjakan dengan ikhlas Allah menjamin membalaskan syurga dan sebaliknya.

2. Meninggalkan riya, ertinya ibadat bukan diamalkan atas sebab kerana malu atau untuk dipamerkan atau takut kepada orang dengan bermegah diri melaksanakannnya.

3. Bermuraqabah, ertinya supaya kita yakin, bahawa Tuhan itu melihat lagi mengetahui dan sentiasa berdamping dengan kita semasa melakukan ibadat itu, sehingga merasa malu dan sopan dan rendah diri semasa melakukan ibadat itu.

4. Mengikut syarat yang ditetapan seperti waktu yang tertentu, sedapat mungkin dilakukan di awal waktu seprti ibadat solat.

Insya Allah , dengan mengamalkan kaedah di atas ibadat kita dapat diterima Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, March 10, 2010

Tak boleh mengatakan "Aku telah dilupa ayat itu; tapi katakanlah " Aku telah dilupakan ayat-ayat itu"

Rabu 10 Mac 2010/24 Rabiulawal 1431

Abdullah ibn Mas'ud ra berkata:

"Nabi saw bersabda, " Suatu hal yang paling buruk bagi seorang muslim ialah mengatakan; "Saya telah lupa ayat itu". Tetapi hendaklah dikatakan " telah dijadikan aku lupa. Dan bacalah selalu Al Quran, janganlah kurang perhatianmu kepadanya ; kerana sesungguhnya Al Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu dari pada terlepas unta dari tambatannya'

( Al Bukhari, Muslim, Al Lu 'lu-u wal Marjan)

Huraian:

Hadis di atas menyatakan bahawa tak boleh atau makruh hukumnya kita mengatakan "Aku telah lupa ayat itu". Hanya hendaklah kita mengatakan " Aku telah dilupakan ayat-ayat itu".

Maksud Nabi berkata demikian ia memberi pengertian bahawa tidak layak disandarkan lupa kepada diri sendiri yang disebabkan kurang perhatiannya, hanya hendaklah dia mengatakan "Saya dijadikan lupa".

Hal ini memberi pengertian bahawa dia mengakui perhambaan dirinya serta penyerahan dirinya kepada qudrat Illahi.

Kita digalakkan supaya selalu mengulang-ulang hafalan surah suarah yang telah kita hafal supaya dapat terus menghafalnya. Jika tidak diulangi sangat lekas kita lupa apa yang telah dihafal

Tuesday, March 9, 2010

Wudhu dan Keutamaannya

Selasa 9 Mac 2010/23 Rabiulawal 1431

Wudhuk ertinya membasuh anggota yang tertentu dengan air, dengan cara dan maksud yang tertentu pula.syarat pertama mengesahkn solat ialah

Keutamaan berwudu adalah sebagaimana yang dinyatakan Nabi saw seperti berikut.

" Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Bila seorang Muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia basuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya semua kesalahan yang dilihat dengan dua matanya bersama air atau akhir titisan air wudhuknya. Maka apanbila ia basuh tangannya, keluarlah semua kesalahannya yang dibuat oleh dua tangannya bersama air akhir titisan air wudhuknya. Maka bila ia basuh dua kakinya bersama air atau akahir titisan air wudhuknya, sehinggga ia keluar bersih dari segala dosa:

- ( Riwayat Muslim)

Monday, March 8, 2010

Disukai bersolat sunat di rumah dan dibolehkan di masjid.

Isnin, 8 Mac 2010/ 22 Rabiulawal 1431

Disukai bersolat sunat di rumah dan dibolehkan di masjid.


1' Ibnu 'Umar r.a menerangkan:

" Bersabda Nabi saw: Jadikanlah olehmu sebahagian solatmu di rumahmu, dan jangan kamu jadikan rumahmu seperti kubur"

- ( Al Lu 'u-u wal Marjan)



2. Abu Musa r.a berkata:

" Bersabda Nabi saw : Perumpamaan orang ynag menyebut Tuhan dengan orang yang tak menyebutnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang mati"


Hadis d atas menytakan bahawa segala solat sunat lebih utama kita kerjakan di rumah, dengan mengecualikan sunat-sunat yang menhjadi syi'ar Islam.

Hadis kedua pula menggerakkan kita menyebut nama Allah (membanyakkan zikir) di rumah kita masing-masing dan menerangkan ketiadaan boleh kita sunyikan rumah kita dari zikir. Selain dari menunjuk pula bahawa panjang umur dalam taat adalah satu keutamaan.

(Ruj. Mutiara Hadis 3, ms 471)

Sunday, March 7, 2010

Nazar

Ahad, 7 Mac 2010/21 Rabiuylawal 1431

Apa itu nazar?

1. Nazar adalah berjanji hendak membuat sesuatu kebaikan yang belum diwajibkan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengguunakan lafaz-lafaz tertentu.

2. Nazar bertuujan memberangsangkan untuk memnbuat perkara baik seperti kata, " Kalau aku tidak lakukan kerja ini hari ini aku akan solat sunat lima kali".

3. Bila seorang itu bernazar secara lijaj dia diberi polihan anatara menyepurna nazarnya atau membayar kifarat sebagaiamana kifarat sumpah.

4 Seseorang yang bernazar secara tabrar wajib disempurnakan nazar itu sepenuhnya.

5. Masa yang wajib disempurna nazar diberi keluasan mengikut kesanggupan dan kemampuan orang yang bernazar itu sendiri dan ia tidak dimestikan segera,

6. Nazar yang mesti ditunaikan ialah nazar yang berbentuk pendekatan diberi kepada Allah dan tidak bertentangan dengan hukum syarak, seperti bernazar hendak berpuasa dll. Manakala nazar yang wajib ditinggalkan ialah segala yang bebentuk maksiat dan bertentangan dengan hukum syarak., seperti bernazar untuk bekenduri di tempat keramaat. Nazar sedemikian adalah dilarang.

Friday, March 5, 2010

Solat mengingati Allah

JUMAAT 5 Mac 2010/18 Rabiulawal 1431.


Amalan yang terbaik mengingati Allah ialah dengan mendirikan solat. Solat adalah cara mengingati Allah yang paling sempurna dan lengkap. Perbuatan solat bukan sahaja dengan hati, jiwa, dengan lidah, tatapi juga dengan seluruh anggota dari jasmani dan rohanai kita.

2.Solat itu diwajibkan Allah swt dengan secara langsung kepada nabi Muhammad saw di kala mikraj si Sadatul Muntaha, bukan dengan peranyaraan malaikat Jibril sebagaima lain-lain perintah Allah.

3. Solat ini diperintahkn dan diwasiatkan oleh seluruh nabi dan rasul kepada umatnya. Bahkan solat inillah yang selalu diasiatkan oleh setiap nabi dan rasul sebelum masing-masing mereka mengembuskan nafasnya yang terakhir

4. Solat faktor menentukan. sabda nabi saw:

"Yang pertama-tam ditanya dihari qiamat (akhirat) nanti ialah tentang solat. Bila slatnya dapat diterim (baik), maka diterima seluruh amalnya. Dan bila solatnya ditolak. akan ditolak seluruh amalnya."

5. Sebagai hamba yang diciptakan Allah swt, kita diwajibkan mentaati Allah dan rasulNya dan berbakkti atau beribadat kepada Allah Pencipta alam semesta, pencipta diri kita, yang menghidupkan dan menyediakan segala keperluan hidup kita.

6. Sabda rasulullah saw:

" Qiamat tidak akan terjadi, kecual bila di atas dunia aini tidak diucapkan orang lagi kata-kata "Allah". "Allah". "Allah".

7. Beribadat dan menganjurkan manusia beribadat terhadap Allah adalah memperpanjangkan umurnya alam luas atau dunia ini. setiap kejahatan, dosa dan kehgidupan manusia terhadap allah. akan memeperceparka musnahnya alam luasa ini, dengan pengertian yang umum atau terbatas.

8. Para Nabi dan Rasul mewajibkan solat kepada pengikut-pengikut mereka. Solatlah yang diwsiatkan setiap Nabi sebelum mereka mengembuskan nafas mereka yang terakhir. Berkata Nabi Ibrahim aa. " Oh Tuhan, jadikanlah akau tetap mengrjakan solat, begitu juga anak cucuku, Ya, Tuhan kami, kabulkanlah doa kami".

- ( Surah Ibrahim: 40)

9. Sabda nabi saw:

" Solat inilah wasiat terakhir setiap Nabi sebelum meninggalkan dunia yang fana ini. "
- ( Hadis Sohih)

10. Ingat akan allah membuktikan cinta dan kasihnya kita terhadap Allah . Irulah tanda bahawa Allah sudah cinta kepadanya. yang paling berbahagia di dunia dan akhirat nanti ialah orang-orang yang dicintai oleh Allah. Firman Allah dalam surah A Ahzab : 141:" Ingatlah kamu akan Allah sebanyak- banyaknya".

Thursday, March 4, 2010

Aqiqah

4 Mac/17 RabiulawaL 1431

Aqiqah ialah ibadat sunat menyembelih binatang ternakan tertentu selepas kelahiran seorang bayi iaitu pada hari mencukur rambutnya.

Sabda Nabi saw. :

"Darpiada Samrah, bahawa Nabi saw bersabda, "Tiap-tiap bayi itu tergadai (terhutang)dengan aqiqahnya. Ia disembelih pada hari ke tujuh , seterusnaya dicukur rambut baui itu dan diletakkan nama".

- ( Diriwayatkan oleh Ahmad)

2. Binartang ternakan aqiqah terdiri daripada kambing biri-biri, lembu atau kerbau dan unta.
- samapai umur untuk dibuat aqiqah .
- Tidaka ada cacat yang mengurangkan dagingnya.
- Diniatkan aqiqah ketika hendak menyembelihnya.
- Masa yang disuntakan beraqiqah ialah mulai dari hari kanak-kanak itu dilahirkan hingga sampai umur baligh, manakala lepas iu tidak disunatkan lagi. dan yang lebih afdhalnya penyembelihan itu dilakukan pada hari keyujuh.
- Daging disedekahkan kepada fakir miskin setelah dimasak manis.
-Sunat dicukur rambaut bayi selepas sembilan binatang aqiqah.
-Sunat memberi sedekah emas atau perak seberat rambut bayi itu.
- Jangan dipatah-patahkan tulang sembelihan aqiqah sebagai mengambil sempena supaya tulang-tulang bayi itu terjamin baik.

-Menyuapkan bayi pada hari itu dengan suatu benda manis yang belum kena api dan dilakukan oleh orang yang dianggap soleh.

3. Hikmahnya:

1. Untuk mendekatkan diri dengan Allah.
2. Untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat dan kurnianya.
3. Untuk menjadi pengumuman kepada ramai dengan pengurniaan Allah itu.
4. Untuk memulakan kanak-kanak dengan kerja-kerja kebaikan.
5. Untuk mengambil sempena baik dengan sembelihan iitu.





Lakukan kebajikan bagi menghapuskan kejahatan serta lakukan taubat

Khamis 1 Mac 2010/17 Rabiulawal 1431


Dari Abu Dzar al Ghifari ra.a. ia berkata,

" Ya Rasulullah ! Nasihatilah aku", Kemudian Rasulullah saw bersabda,

" Apabila kamu telah mengerjakan suatu kejahatan maka lakukanlah kebaikan, niscaya kejahatan itu akan terhapus'

Abu Dzar bertanya, " Ya Rasulullah saw, apakah bacaan 'laa ilaaha illal laah" termasuk kebaikan?"

Rasulullah bersabda. " Itu adalah kebaikan yang paling utama".

- (Hr Ahmad)


Huraian:

1. Dosa-dosa kecil dapat terhapus dengan melakukan kebaikan, tetapi dosa-dosa besar hanya dapat terhapus melalui taubat atau dengan rahmat dan ihsan Allah swt.

2.Seorang yang bertaubat dari dosa-dosanya adalah seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa itu.

3.Berzikirlah kepada Allah di tiap tempat dan keadaan, agar kamu medapatkan saksi yang banyak pada hari hisab. Dan bila telah melakukan suatu dosa, maka segeralah berbuat kebaijikan.Jika dosa itu dilakukan dengan bersunyi diri, maka lakukan kebajikan itu dengan sunyi diri juga, sebaliknya jika dosa itu dilakukan di hadapan khalayak ramai maka kerjakan kebajikan itu di hadapan khalayak juga.

Tuesday, March 2, 2010

Amalan Sunah/yang baik dilakukan seharian

Selasa 2 Mac 2010/15 Rabiulawal 1431.

1. Ketika bangun tidur sapu muka dengan tangan bagi menyapu kesan-kesan selepas tidur. diikuti dengan bacaan doa bangun tidur:

Terjemahan Melayunya:
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami(tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan".

2. Selepas mandi dan bewudhuk, solat wudhuk 2 rakaat. Sabdanya. " Sesiapa yang brwudhuk seperti wudhukku ini kemudian dia solat dua rakaat tanpa telintas uusan dunia ketika solat, akan diampunkan dosanya ynag telah lalu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Bila memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan dan bila menanggalkan mulakan dengan kaki kiri. Oleh kerana ini sunnah Rasul, niatkan amalan ini kerana ingin mengikuti sunnnah Rasullulah.Insya Allah mendapat pahal atas amalan ini.

4. Bacakan "Bismillah....." apabila memulakan sesuatu pekerjaan atau pergerakan seperti memakai pakaian/menanggalkan pakaian sambil bedoa seperti:

" Ya Alllah! Aku memohon daripadamu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung daimu keburukan pakaian ini apa yang ada padanya".


5. Apabila keluar dan masuk rumah hendaklah bacakan Bismillah/Salam/bedoa/zikir/
memohon keselamatan dan mendapat kebekatan dai Allah swt atas keja dan amalan yang kita lalakukan.

6. Bila keluar menuju masjid pastikan lebih awal sebelum azan di laungkan.Dapatkan saf pertama dalam berjemaah di masjid atau surau. Sabda Rasulullah:

" Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf petama dan mereka tidak dapat memperolehinya melainkan dengan mencabut undi, maka mereka akan mencabut undi untuk mendapat kelebihannya, dan sekiranya manusia mengeatahui besarnya ganjaran solat zohor di awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan jika mereka mengetahui ganjaran solat isyak dan subuh nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Solat sunat tahiyatul masjid apabila sampai ke masjid sebelum duduk.

8.Apabil hendak tidur hendak dalm keadaan berwudhuk atau suci daripada hadas dan tdur berkeadaan bebaring di atas rusuk atau lambung kanan. Berzikir dnegn zikir-zikir yang biasa diamalakn seperti subhanallah, alhamdulilla, Allahukabar dan lain-lain lagi.

9. Ucapkan salam dan bersalaman apabila bertemu sesama saudara muslim.Sabda Rasulullah saw:

"Tiada seseoang Muslim yang bertemu saudaranya lalu ia bersalaman , melainkan Allah akan mengampunkan dosa mereka kedua-duanya sebelum mereka bepisah".

( Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

10. Amalkan memberi senyuman ( menunjukkan wajah yang manis) ketika bertemu sapa.

11. Bekatalah hanya dengan kata-kata yang baik lagi befaedah, kerana 'ucapan atau kata-kata yang baik itu adalah sedekah' (Ini temasuklah ucapan ziki, doa, membaca Quran, slam, memuji kebesaran Allah, berakhlak , ucapan yang boleh memberikan ketenangan perasaan dan jiwa kepada orang yang kita berhubung temasuk ahli keluarga, sahabat handai dll)

12. Selesai azan hendaklah beselawat ke atas Nabi hingga selawat Ibahimiyyah (selawat sepeti di dalam tahiyat akhir)

Nota: Sesiapa yangmengamalkan sunnah ini , Allah beselawat dan mendoakan kesejehterannya sebanyak 10 kali)

13. Solat sunat yang diamalkan Rasulullah:

1. 4 rakaat sebelum zohor / 2 rakaat selepas zohor.
2. 2 rakaat selepas maghrib
3, 2 rakaat selepas Isyak
4. 2 rakaat sebelum subuh.
5. Solat sunat asar , sebelem 4 rakaat(Allah merahmati oang yang solat 4 akaat sebelum asar- hadis)
5. 2 rakkat sebelum maghib (Sesiapa yang mau)
6.2 rakkat sebelum isyak (kepada siapa yang mau)


Sabda Rasulullah saw: " Tiadalah seorang hamba muslim yang solat sebanyak 12 rakaat secara sukarela bukan yang difardhukan ke atasnya, kecuali Allah swt akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga".
(Riwayat Muslim)

14. Amalkan lah solat dhuha 2 rakaat atau lebih ...8 rakaat.(maksima)
Maksud hadis Nabi saw:

" Setiap sendi tulang tubuh manusia mempunyai sedekah yang mesti ditunaikan. Setiap tasbih adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, semua itu memadai dengan solat sunat dhuha dua rakaat".

Malahan banyak lagi perkara- pekara /amalan sunat . Insya Allah bersambung.............

Monday, March 1, 2010

Segeralah bertaubat kepada Allah swt

Isnin, 1 Mac 2010/14 Rabiulawal 1431.

Ketahuilah bahawa tidak ada taubat yang tidak dapat diterima Allah., asalkan saja benar-benar taubat. Setiap hari kita rasa bersalah atau berdoasa terhadap Allah, kerana melakukan kesilapan atau keterlanjuran dalam kehidupan harian kita.

Taubat adalah suatu amalan Nabi-Nabi/ Rasul-rasul, para sahabat , apatah lagi kita selaku manusia sekarang ini , yang selalu bergelimang dosa dan noda, sudah sewajarnyalah, selalu bertaubat memohon kemapunan kepada Allah.

Sabda Nabi saw:

" Semua anak adam (manusia) sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia membuat kesalahan (dosa) itu, ialah orang yang suka bertaubat".
- ( Riwayat Tarmizi)

Para ulamak mengatakan cara bertaubat itu adalah menghampirkan diri kepada Allah, dengan melakukan taat, dan kembali kepadaNya, dengan memperbaharui niat melakukan amal kebaikan.

Taubat dapat dibahagikan kepada 3 peringkat:

1. Meninggalkan perbuatan maksiat yang telah kita lakukan.
2. Menyesal perbuatan itu
3. Berazam tidak akan melakukan segala bentuk maksiat dan dosa.

Insya Allah jika kita berbuat demikian, kita akan mendapat keampunan Allah. Oleh itu lakukanlah taubat di atas kejahatan yang pernah kita lakukan. Lakukan dengan menyegerakan bertaubat dengan tidak menangguh-nangguhkannya lagi. Tuhan tetap akan menerima taubat hambaNya selama belum sampai di halqum. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya selama belum ghargharah (ertinya selama belum sampai di lehernya)."
- (Riwayat Tarmuzi)

Firman allah swt;

" Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian) niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya, Jika kamu berpaling maka seseungguhnya aku takut, kamu akan ditimpa siksa di Hari Qiamat"
- (Surah Hud: 3)


Dalam penjelasan tentang keluasan ampunan Allah SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(QS. Az-Zumar: 53)

Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai seluas langit dan bumi sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw:

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

Di antara keutamaan orang-orang yang bertaubat adalah: Allah SWT menugaskan para malaikat muqarrabin untuk beristighfar bagi mereka serta berdo'a kepada Allah SWT agar Allah SWT menyelamatkan mereka dari azab neraka. Serta memasukkan mereka ke dalam surga. Dan menyelamatkan mereka dari keburukan. Mereka memikirkan urusan mereka di dunia, sedangkan para malaikat sibuk dengan mereka di langit.

Allah SWT berfirman:

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar."

(QS.Ghaafir: 7-9).

Terdapat banyak ayat dalam Al Qur'an yang menceritakan akan diterimanya taubat orang-orang yang melakukan taubat jika taubat mereka tulus, dengan banyak redaksi. Dengan berdalil pada kemurahan karunia Allah SWT, ampunan dan rahmat-Nya, yang tidak merasa sempit dengan perbuatan orang yang melakukan maksiat, meskipun kemaksiatan mereka telah demikian besar.

Seperti dalam firman Allah SWT:

"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? ."

( At-Taubah: 104)

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." .

( Asy-Syuuraa: 25)

Dan dalam menyipati Dzat Allah SWT: "Yang mengampuni dosa dan menerima taubat."

(QS. Ghaafir: 3)

Terutama orang yang bertaubat dan melakukan perbaikan. Atau dengan kata lain, orang yang bertaubat dan melakukan amal yang saleh. Seperti dalam firman Allah SWT dalam masalah pria dan wanita yang mencuri:

"Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.

-( Al Maaidah: 39)

"Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

( Al An'aam: 54)

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(An-Nahl: 119)

Puja-puji terhadap Allah SWT dengan nama-Nya "at-Tawwab" (Maha Penerima Taubat) terdapat dalam al Quran sebanyak sebelas tempat. Seperti dalam do'a Ibrahim dan Isma'il a.s.:

"Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang." ( Al Baqarah: 128).

Juga seperti dalan sabda Nabi Musa kepada Bani Israil setelah mereka menyembah anak sapi:

"Maka bertaubatlah kepada Tuhan Yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu, pada sisi Tuhan Yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang ." ( Al Baqarah: 54)

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

( An-Nisa: 64)