Selasa 2 Mac 2010/15 Rabiulawal 1431.
1. Ketika bangun tidur sapu muka dengan tangan bagi menyapu kesan-kesan selepas tidur. diikuti dengan bacaan doa bangun tidur:
Terjemahan Melayunya:
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami(tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan".
2. Selepas mandi dan bewudhuk, solat wudhuk 2 rakaat. Sabdanya. " Sesiapa yang brwudhuk seperti wudhukku ini kemudian dia solat dua rakaat tanpa telintas uusan dunia ketika solat, akan diampunkan dosanya ynag telah lalu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Bila memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan dan bila menanggalkan mulakan dengan kaki kiri. Oleh kerana ini sunnah Rasul, niatkan amalan ini kerana ingin mengikuti sunnnah Rasullulah.Insya Allah mendapat pahal atas amalan ini.
4. Bacakan "Bismillah....." apabila memulakan sesuatu pekerjaan atau pergerakan seperti memakai pakaian/menanggalkan pakaian sambil bedoa seperti:
" Ya Alllah! Aku memohon daripadamu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung daimu keburukan pakaian ini apa yang ada padanya".
5. Apabila keluar dan masuk rumah hendaklah bacakan Bismillah/Salam/bedoa/zikir/
memohon keselamatan dan mendapat kebekatan dai Allah swt atas keja dan amalan yang kita lalakukan.
6. Bila keluar menuju masjid pastikan lebih awal sebelum azan di laungkan.Dapatkan saf pertama dalam berjemaah di masjid atau surau. Sabda Rasulullah:
" Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf petama dan mereka tidak dapat memperolehinya melainkan dengan mencabut undi, maka mereka akan mencabut undi untuk mendapat kelebihannya, dan sekiranya manusia mengeatahui besarnya ganjaran solat zohor di awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan jika mereka mengetahui ganjaran solat isyak dan subuh nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Solat sunat tahiyatul masjid apabila sampai ke masjid sebelum duduk.
8.Apabil hendak tidur hendak dalm keadaan berwudhuk atau suci daripada hadas dan tdur berkeadaan bebaring di atas rusuk atau lambung kanan. Berzikir dnegn zikir-zikir yang biasa diamalakn seperti subhanallah, alhamdulilla, Allahukabar dan lain-lain lagi.
9. Ucapkan salam dan bersalaman apabila bertemu sesama saudara muslim.Sabda Rasulullah saw:
"Tiada seseoang Muslim yang bertemu saudaranya lalu ia bersalaman , melainkan Allah akan mengampunkan dosa mereka kedua-duanya sebelum mereka bepisah".
( Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
10. Amalkan memberi senyuman ( menunjukkan wajah yang manis) ketika bertemu sapa.
11. Bekatalah hanya dengan kata-kata yang baik lagi befaedah, kerana 'ucapan atau kata-kata yang baik itu adalah sedekah' (Ini temasuklah ucapan ziki, doa, membaca Quran, slam, memuji kebesaran Allah, berakhlak , ucapan yang boleh memberikan ketenangan perasaan dan jiwa kepada orang yang kita berhubung temasuk ahli keluarga, sahabat handai dll)
12. Selesai azan hendaklah beselawat ke atas Nabi hingga selawat Ibahimiyyah (selawat sepeti di dalam tahiyat akhir)
Nota: Sesiapa yangmengamalkan sunnah ini , Allah beselawat dan mendoakan kesejehterannya sebanyak 10 kali)
13. Solat sunat yang diamalkan Rasulullah:
1. 4 rakaat sebelum zohor / 2 rakaat selepas zohor.
2. 2 rakaat selepas maghrib
3, 2 rakaat selepas Isyak
4. 2 rakaat sebelum subuh.
5. Solat sunat asar , sebelem 4 rakaat(Allah merahmati oang yang solat 4 akaat sebelum asar- hadis)
5. 2 rakkat sebelum maghib (Sesiapa yang mau)
6.2 rakkat sebelum isyak (kepada siapa yang mau)
Sabda Rasulullah saw: " Tiadalah seorang hamba muslim yang solat sebanyak 12 rakaat secara sukarela bukan yang difardhukan ke atasnya, kecuali Allah swt akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga".
(Riwayat Muslim)
14. Amalkan lah solat dhuha 2 rakaat atau lebih ...8 rakaat.(maksima)
Maksud hadis Nabi saw:
" Setiap sendi tulang tubuh manusia mempunyai sedekah yang mesti ditunaikan. Setiap tasbih adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, semua itu memadai dengan solat sunat dhuha dua rakaat".
Malahan banyak lagi perkara- pekara /amalan sunat . Insya Allah bersambung.............
No comments:
Post a Comment