Tuesday, March 30, 2010

Hari qiamat itu benar

Selasa, 30 mac 2010 /13 Rabiulakhir 1431.


Hari qiamat itu benar



1. Beriman dengan hari qiamat itu adalah salah satu dari rukun iman ynag enam, dan merupan perkara utama dalam aqidah serta berhubung rapat dengan beriman kepada Allah serta beriman kepada Hrai qiamat ynag berbentuk ghaib.


2. Hari qiamat ialah hari musnahnya alam semesta ini, dan pada hari itu manusia yang masih hidup semuanya mati. Pada hari itu Allah menciptakan alam lain iaitu alam akhirat. Seluruh manusia dibangkitkan, dengan rohnya dikembalikan ke dalam tubuhnya dan mereka akan mengambalikan kehidupan kali kedua. Setelah manusia dibangkitkan dari alam kubur, maka amalan mereka masing-masing dihisab untuk diberi balasan.


3.Saat berlakunya hari qiamat hanya Allah yang mengetahuinya - tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengetahui saat tiba dan datangnya hari qiamat.Firman Allah swt dalam Surah Al a'raf ayat 187 yang bererti;

"Mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang hari qiamat: Bilakan masa datangnya? Katalanlah; Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada pada sisi tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatanganya pada waktunya, melainkan ia (huru-hara) hari qiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. katakanlah; Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari qiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak megetahui"


4. Walaubagaimana pun Allah tidak merahsiakan sepenuhnya hari qiamat tersebut, kerana Allah swt mengadakan berbagai-bagai tanda atau alamat yang menunjukkan bahawa saat tiba dan datangnya hari qiamat itu sudah dekat (tapi relatif)


5. Dari keteranagn beberapa hadis, terdapat beberapa tanda-tanda kecil datangnya hari qiamat seperti berikut:

1. Terjadi peperangan besar di antara dua golongan yang besar di mana dakwah kedua golongan itu serupa ( satu sahaja).

2. Banyak kaum dajjal yang berdusta mengaku dirinya adalah Rasulullah.

3. Dihilangkan ilmu pengetahuan (tidak ramai lagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan) iaitu dengan matinya para ulamak, sehingga tidak ada lagi tinggal alim ulamak.

4.bnayak berlaku gempa bumi, ia itu bergoncang bumi ini di tempat berlakunya gempa bumi tadi, yang mana terjadi gempa bumi di sana sini adalah sebagai permulaan dan tanda hari qiamat itu tidak berapa lama lagi akan tiba.

5.Masa itu sudah menejadi dekat, maksudnya dicabut keberkatan masa itu, Maka adalah masa setahun keberkatan dan manfaatnya adalah seperti sebulan dan begitulah seterusnya merasakan cepatnya masa berlalu.

6.Banyak timbul fitnah. ada bermacam-macam seperti aliran mazhab, politik, kemasyarakatan, ekonomi dan perbezaan antara golongan yang berlainan.

7.Banyak berlaku pembunuhan secara besar-besaran seperti dalam peperangan dll.

8.Harta benda sudah terlalu banyak dan telah melempah ruah.

9. Manusia bermegah-megah dalam bangunan yang besar dan menjulang tinggi.

10. Amanah dipersia-sikan iaitu tidak dilaksanakan mengikut sepatutnya. Sesuatu urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.

11. Banyak qura (orang-orang yang baik bacaannya) dan sedikit fuqaha ( orang yang alim dalam ilmu fiqh) dan banyak Umara ( pemerintah/pentadbir) dan sedikit amna (orang yang setia atau orang yang boleh dipercayai).

12. Bertolak-tolak ahli jemaah di dalam masjid (untuk menjadi imam) yang tidak didapati seorang pun di kalangan mereka yang boleh menjadi imam solat bersma-sama mereka.

13.Lelaki menyerupai pakaian perempuan dan perempuan menyerupai pakaian lelaki (tak dapat perbezaan lagi lelaki atau perempuan)


14. Alamat beasr Qiamat antaranya:

1. Naik matahari dari arah barat

2. Keluar sejenis binatang dari bumi

3. Muncul dajjal (orang yang sangat pendusta dan orang yang menutup kebenaran dengan kebatilan)

4. Turun Nabi Isa as.

5. Keluar Ya juj wa Majuj. (satu bangsa yang tabiatnya suka menceroboh, menyalaa api rusuhan, membuat kacau bilau dan merosakkan kehidupan manusia.

No comments: