Jumaat 12 Mac 2010/25 Rabiulawal 1431
Beribadat hendaklah dengan berpersaaan dalam hati rendah diri terhadap Allah swt, di samping takut dan tunduk serta penuh berharap dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu tidaklah mencukupi denag sekadar melalui perbuatan sahaja. Ibadat mestilah dikerjakan hanya kerana melaksanakan perintah dan mentaati Allah bukan kerana yang lain yang berunsur syirik atau lainnya.
Antara kaedah yang perlu di patuhi dalam amal ibadat ialah:
1. Ihkhlas, iaitu ibadat itu hendaklah dikerjakan semata-mata atas perintah Allah. Apabila ibadat dikerjakan dengan ikhlas Allah menjamin membalaskan syurga dan sebaliknya.
2. Meninggalkan riya, ertinya ibadat bukan diamalkan atas sebab kerana malu atau untuk dipamerkan atau takut kepada orang dengan bermegah diri melaksanakannnya.
3. Bermuraqabah, ertinya supaya kita yakin, bahawa Tuhan itu melihat lagi mengetahui dan sentiasa berdamping dengan kita semasa melakukan ibadat itu, sehingga merasa malu dan sopan dan rendah diri semasa melakukan ibadat itu.
4. Mengikut syarat yang ditetapan seperti waktu yang tertentu, sedapat mungkin dilakukan di awal waktu seprti ibadat solat.
Insya Allah , dengan mengamalkan kaedah di atas ibadat kita dapat diterima Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment