SELASA, 16 Mac, 2010/30 Rabiulawl 1431
Solat Malam.
Solat malam ialah solat sunat yang dikerjakan di waktu malam sebgai tambahan dari sunat ruwatib. Bila solat itu dikerjakan sesudah bangun tidur, maka solat itu dinamakan solat 'tahajud'= ertinya terbangun malam., biar yang merupakan solat witir atupun tidak.
Solat malam ini sangat dianjurkan oleh Nabi saw, sebab di waktu malam adalah saat ketenangan yang mudah mendekatkan diri hati kepada Tuhan.
Selain itu solat malam adalah kebiasaan orang salih yang selalu hati mereka berdampingan dengan Tuhan. Seabagaiaman firman Allah swt:
" Pada malam hari hendaklah engkau solat tahajud sebagai tambahan bagi engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji"
(Surah Isra': 79)
Solat tahajud dikerjakan:
1. Sekurang-kurangnya 2 rakaat dan tak ada batas sebanyak-banyaknya.
2. Nabi saw bersolat malam sebelas rakaat dan diwitirkan padanya 1 rakaat.
3. Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah ada di sepertiga malam yang akhir.
4. Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
" Turun Tuhan Kami Tabaraka Watala pada tiap-tiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir, Dia berfirman: Sesiapa berdoa akan Aku maka Aku perkenankan doanya, sesiapa yang meminta kepadaku, Aku perkenankan permintaannya, sesiapa meminita ampun kepadaku , Aku ampuni dia."
5. Solat malam diikuti denagan solat witir satu atau 3 rakaat jumlahnya.Selepas itu tidak ada lagi solat sunat.
- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment