Sabtu 27 Mac 2010/10 Rabiulawal 1431
Kelebihan pergi mendirikan solat fardhu berjemaah.
Sabda Rasulullah saw., maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardhu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dann sesiapa yang brejalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu dhuha) , maka ianya seperti pahala umarah Sunat'
- (Riwawayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani, Baihaqi dan dihukumkan sanadnya sebagai hasan oleh Syeikh Amaut di dalam jami' Al Usul 9/416 dan dihukumkan sahih pada riwayat yang lain,)
Dari Ibnu Mas'ud ra ia berkata, " Barangsiapa ingin berjumpa dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia mnenjaga solat lima waktu di tempat azan dikemundangkan (di masjid), kerana sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu Sunanul-huda (jalan-jalan petunjuk dan kebaikan), dan sesungguhnya solat berjemaah lima kali di tempat azan dikumandangkan adalah termasuk sunanul-huda. Apabila kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang suka tinggal di rumahnya (tidak mau berjemaah), bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Tiada seorang lelakupun yang berwudhuk dengan sempurna, lalu pergi ke salah satu masjid, kecualai Allah mencatat untuknya pada setiap langkah yang dilaluinya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjaat, dan menghapuskan dengannya satu kesalahan (dosa). Sungguh aku melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah jelas kemunafikannnya. Dan sungguh, pernah ada seorang lelaki (kerana uzur) di dipapah oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah, sehingga ia diberdirikan dalam saf'
Dalam riwayat yang lain disebutkan, : Sungguh aku telah melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafik annnya atau orang sakit. Jika dapat, maka seseorang akan berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga ia mendatangi solat (berjemaah di masjid)"
Ibu Mas'ud berkata, " Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajari kamu sunan ul-huda, dan sesungguhnya sebahagian dari sunanul-huda itu adalah solat di masjid yang mana azan dikemanadangkan di dalamnya".
-( Hr Muslim, Abu Daud, nasa'i, Ibu Majah- at Targhib)
No comments:
Post a Comment