Thursday, March 4, 2010

Aqiqah

4 Mac/17 RabiulawaL 1431

Aqiqah ialah ibadat sunat menyembelih binatang ternakan tertentu selepas kelahiran seorang bayi iaitu pada hari mencukur rambutnya.

Sabda Nabi saw. :

"Darpiada Samrah, bahawa Nabi saw bersabda, "Tiap-tiap bayi itu tergadai (terhutang)dengan aqiqahnya. Ia disembelih pada hari ke tujuh , seterusnaya dicukur rambut baui itu dan diletakkan nama".

- ( Diriwayatkan oleh Ahmad)

2. Binartang ternakan aqiqah terdiri daripada kambing biri-biri, lembu atau kerbau dan unta.
- samapai umur untuk dibuat aqiqah .
- Tidaka ada cacat yang mengurangkan dagingnya.
- Diniatkan aqiqah ketika hendak menyembelihnya.
- Masa yang disuntakan beraqiqah ialah mulai dari hari kanak-kanak itu dilahirkan hingga sampai umur baligh, manakala lepas iu tidak disunatkan lagi. dan yang lebih afdhalnya penyembelihan itu dilakukan pada hari keyujuh.
- Daging disedekahkan kepada fakir miskin setelah dimasak manis.
-Sunat dicukur rambaut bayi selepas sembilan binatang aqiqah.
-Sunat memberi sedekah emas atau perak seberat rambut bayi itu.
- Jangan dipatah-patahkan tulang sembelihan aqiqah sebagai mengambil sempena supaya tulang-tulang bayi itu terjamin baik.

-Menyuapkan bayi pada hari itu dengan suatu benda manis yang belum kena api dan dilakukan oleh orang yang dianggap soleh.

3. Hikmahnya:

1. Untuk mendekatkan diri dengan Allah.
2. Untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat dan kurnianya.
3. Untuk menjadi pengumuman kepada ramai dengan pengurniaan Allah itu.
4. Untuk memulakan kanak-kanak dengan kerja-kerja kebaikan.
5. Untuk mengambil sempena baik dengan sembelihan iitu.





No comments: