Isnin, 8 Mac 2010/ 22 Rabiulawal 1431
Disukai bersolat sunat di rumah dan dibolehkan di masjid.
1' Ibnu 'Umar r.a menerangkan:
" Bersabda Nabi saw: Jadikanlah olehmu sebahagian solatmu di rumahmu, dan jangan kamu jadikan rumahmu seperti kubur"
- ( Al Lu 'u-u wal Marjan)
2. Abu Musa r.a berkata:
" Bersabda Nabi saw : Perumpamaan orang ynag menyebut Tuhan dengan orang yang tak menyebutnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang mati"
Hadis d atas menytakan bahawa segala solat sunat lebih utama kita kerjakan di rumah, dengan mengecualikan sunat-sunat yang menhjadi syi'ar Islam.
Hadis kedua pula menggerakkan kita menyebut nama Allah (membanyakkan zikir) di rumah kita masing-masing dan menerangkan ketiadaan boleh kita sunyikan rumah kita dari zikir. Selain dari menunjuk pula bahawa panjang umur dalam taat adalah satu keutamaan.
(Ruj. Mutiara Hadis 3, ms 471)
No comments:
Post a Comment