Monday, March 29, 2010

Elakkan permusuhan sesama Islam

Isnin 29 Mac 2010/12 Rabiulawal 1431.

Orang-orang beriman/islam itu adalah bersaudara dan sepatutnya lah tidak bermusu-musuahan sesama mereka. Agama menegah kita dari buruk sangka dan mengaibkan sesama Islam. Jika berlakunya hubungan seperti itu hendaklah bertaubat dan menjauhi sifat fasik supaya tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri atau fahaman politik sempit yang pentingkan kuasa dan kekayaan di dunia yang sementara ini.

Sifat atau kelakuan keji seperti dinyatakan di atas diperingatkan Allah di ddalam Al Quran dalam surah Al Hijrat ayat 10-13 yang beerti seperi di bawah ihi:


10. "Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudar, mka damaiukanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaa kamu beroleh rahmat."

11. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak ( dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keai'ban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik , maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman dan (ingatah) sespaya yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"

12. Wahai orang-orang yang beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka yang dilarang), kerana sesungguhnya seb agagian dari sangkaan itu adalah dosa*; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan kea'iban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.
Sukakah sesorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (jikian demikian keadaan menggunmpat)nit=mmaka sudah tentu kamu jijk kepadanya (oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan beryaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi amat mengasihani".



13. "Wahai umat manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguh nya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"






*Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan ynag membahayakan atau menyusahkan, adapun sangkaan yang bertujuan eringat dan berjaga -jaga yang tidak membahayakan atau menusahkan orang lain, maka itu tidaklah terlarang.

No comments: