Wednesday, March 17, 2010

Tanda baligh

Rabu 17 Mac 2010/1 Rabiulakhir 1431

Tanda baligh:

Baligh ertinya sampai umur, hingga ia disebut orang yang sudah mukallaf. Tandanya seseorang sudah baligh ialah:


1. Sampai umur 15 tahun bagi lelaki dan perempuan.

2. Bila telah datang haid bagi perempuan sahaja.

3. Bila telah bermimpi keluar mani, baik lelaki atau perempuan. Atau lelaki dan perempuan yang sudah ada syahwat.


Bila seseorang lelaki atau pun perempuan sudah baligh, maka ia sudah diberati dengah segala furuk-furuk syariat, umpama solat, puasa dan lain-lainnya.

Dan ketika itu mulailah dia dikenakan hukum dosa apabila salah satu daripada furuk-furuk syariat itu ditnggalkan. Sebagaimamana maksud hadis:

"Dari Ibnu Umar ra ia berekata: Pernah aku dibawa kepada Rasulullah saw ketika peranag Uhud, sedang aku baru berumur 14 tahun, maka akau ditolak beliau,kemudian akau dihadapkan pula kepada beliau pada perang khandak sedang aku pada ketika itu telah berumur 15 tahun, maka dibolehkan aku ikut"

- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila anak-anak telah sampai umaur baligh, maka tidak boleh lagi ia berleluasa keluar masuk bilik orang tuanya atau melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, kerana mungkin mengakibatkan hal yang tidak baik. Kerana nafsu berahinya nafu mulai tumbuh.

Allah bverfirman :

" Dan bila anak-anak kamu telah baligh, maka hendakah mereka minta izin (keluar masuk bilik) sebagimana minta izin orang-orang sebelum mereka"



(Ruj: Fiqah Syafii jld 1, ms 57-58)

No comments: