Tuesday, March 23, 2010

Sunat menziarahi kubur

Selasa 23 Mac 2010/7 Rabiulakhir 1431


1. Menziarahi kubur ertinya pergi ke kubur untuk melihantnaya.

2. Disunatkan bagi sesorang yang menziarahi kubur, biar kubur ibubapanya sendiri atau familinya ataupun kubur orang lain

3. Menziarahi kubur itu adalah salah satu jalan untuk mengingati mati, dan ingat akan hari akhirat.

4. Haram hukumnya bagi perempuan, kalau ia tidak sabar di kuburann itu.Kalau ia sabar dibolehkan jua ia menziarahi kubur.

5. Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya ra dari Naba saw, beliau besabda, "Pernah aku melarangmu dari menziarahi kubur, maka sungguh telah diizinkan bagi Muhammad menziarahi kubur ibunya, maka oleh sebab itu ziarahlah kubur itu, kerana sesunggunya menziarah kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat."

- (Riwayat Tirmizi)

6. Di sunatkan membac salam kepada ahli kubur. sebagai malan dilakukan oleh Nabi saw ketioa menziarahi kubur.

No comments: