Wednesday, March 24, 2010

Jiwa Mayat Berteriak Waktu Dibawa ke Kubur

Rabu 24 Mac 2010/7 Rabiulakhir 1431


1. Mayat hendaklah disegerakan urusannya iaitu memandi, mengapan dan mengkebumikan nya.

2. Maksud hadis . " dari Ali ra dari Nbai saw bersabda: Tiga perkara yang tak boleh engkau lambatkan, iaitu solat bila telah tiba waktunya, jenazah bila terlunjur dan janda bila telah ada jodohnya"

= (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Jiwa mayat sentiasa berteriak, ketika usungan telah diletakkan di atas bahu orang yang akan membawany. Suara itu didengar oleh segala makhluk yang bernyawa, kecuali manusia.

Sebagaimana diterangkan dalam hadis yang bermaksud:

" Dari Abu Said Al- Khudri ra ia berkata: Nabi saw pernah bersabda:

" Bila telah diletakkan jenazah lalu dipikul orang di atas bahunya, apabila ia seorang baik, beliau bersabda: Lekaskanlah aku ! dan jika ia seorang tidak baik (banyak bedosa) , berkata ia kepada keluarganya yang membawanya itu; Aduh !! Ke manakah akan kamu bawa jenazahku?. Suara itu terdengar oleh segala yang bernyawa, kecuali manusia, andai kata terdengar olehnya, niscaya ia pengsan ketakutan"

- (Diriwayatkan Oleh Bukhari)

Ruj:Ust. H.Idris Ahmad S.H., Fiqah Syafii jld 1/ Pustaka Antara, ms 347-348

No comments: