Sunday, March 28, 2010

Kelebihan Azan dan Saf pertama.

Ahad, 28 Mac 2010/11 Rabiulawal 1431

Kelebihan Azan dan Saf pertama.


Sabda Rasulullah saw, “ Kalau sekiranya manusia itu tahu apa yang ada pada Azan dan saf di barisan pertama (dalam solat), kemudian tidak mendapat (tempat) melainkan dengan mengundi, nescaya mereka akan mengundi. Dan jika mereka tahu (kelebihan datang pada awal waktu (ke masjid), nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan jika mereka tahu apa yang ada pada solat isyak dan subuh (berjemaah di masjid), nescaya mereka akan datang walau dengan merangkak!”

- - (Riwayat Imam Bukhari)



Pengajaran daripada hadis di atas:

1. Hormatilah azan apabila dilaungkan, dengan tidak bercakap, bersembang dan seumpamanya, melainakan dengan menjawab seruan azan tersebut dan berdoa dengan mengucapan slam dan selawat kepadsa Nabi saw dengan memohon syafaat daripadanya.

2.Datanglah beramai-ramai ke masjid sebelum masuk waktu (sekurang-kurang 15 minit sebelum masuk waktu ) dan duduk mendapatkan saf pertama. Maksud hadis saw,

“Sesiapa yang berwudhuk (yang dirujukkan oleh Saiyidina Usman) lalu datan ke masjid, kemudian bersoloat dua rakaat, lalu duduk, diampunkan dosanya yang telah lalu” Berkata Saiyidina Usman bahawa Rasulllah saw bersabda lagi,

“Jangan kamu merasa terpedaya” (maksudnya terpedaya-- lalu malas beribadah selepas dapat melakukan ibadah ini, kerana dosa yang diampunkan ialah jika solat kita telah diterima, sedangkan kita tidak mengetahui sama da solat itu diterima atau tidak...”
- (Riwayat Immam Bukhari)

3. Amalan seperti ini nampak mudah, tapi kita perlu memohon kepada Allah supaya menjauhkan kita dari sifat malas, dan mohon diberikan hidayah untuk terus melakukan dengan mudah dan penuh ikhlas.


4. Rasulullah saw bersabda, “ Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat berselawat ke atas mereka yang bersolat di saf yang dihadapan, dan Muazzin (didoakan) mendapat keampunan baginya sejauh suaranya berkumandang, dan membenarkannya segala (makhluk) yang mendengar azannya daripada yang basah atau yang kering, dan baginya pahala mereka yang mendidikan solat bersamanya”.

- (Riwayat Imam Ashmad bin Hanbal, Imam Nasa; dan al Tabrani dengan sanad yanga hasan)

5. Satu lagi kelebihan besar yang diperolehi oleh pengunjug masjid kerana ingin brrsolat atau solat berjemaah iaitu pada SETIAP LANGKAH KE MASJID AKAN DIANGKAT SATU DARJAT DI SISI ALLAH SWT DAN DIHAPUSKAN SATU DOSA SEHINGGA ORANG ITU MASUK KE MASJID'*

* ( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

6. Oleh itu jangan lah sia-siakan kelebihan dan rahmat Allah yang amat besar ini sperti dengan tidak menhghiraukan azan,suka lambat dan malas datang berjemaah ke masjid, yang mana ia adalah satu kerugian yang amat besar sekali bagi mereka yang cuai lagi jahil.

No comments: