Rabu 10 Mac 2010/24 Rabiulawal 1431
Abdullah ibn Mas'ud ra berkata:
"Nabi saw bersabda, " Suatu hal yang paling buruk bagi seorang muslim ialah mengatakan; "Saya telah lupa ayat itu". Tetapi hendaklah dikatakan " telah dijadikan aku lupa. Dan bacalah selalu Al Quran, janganlah kurang perhatianmu kepadanya ; kerana sesungguhnya Al Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu dari pada terlepas unta dari tambatannya'
( Al Bukhari, Muslim, Al Lu 'lu-u wal Marjan)
Huraian:
Hadis di atas menyatakan bahawa tak boleh atau makruh hukumnya kita mengatakan "Aku telah lupa ayat itu". Hanya hendaklah kita mengatakan " Aku telah dilupakan ayat-ayat itu".
Maksud Nabi berkata demikian ia memberi pengertian bahawa tidak layak disandarkan lupa kepada diri sendiri yang disebabkan kurang perhatiannya, hanya hendaklah dia mengatakan "Saya dijadikan lupa".
Hal ini memberi pengertian bahawa dia mengakui perhambaan dirinya serta penyerahan dirinya kepada qudrat Illahi.
Kita digalakkan supaya selalu mengulang-ulang hafalan surah suarah yang telah kita hafal supaya dapat terus menghafalnya. Jika tidak diulangi sangat lekas kita lupa apa yang telah dihafal
No comments:
Post a Comment