Jumaat 26 mac 2010/9 Rabiulakhir akhir 1431
Keutamaan solat Dhuha.
Solat dhuha ialah solat yang dlakukan sewaktu dkmulai apabila terbit matahari kira-kira jam 8.45 pagi hingga masuk waktu zuhur. Disyariatkan kepada orang Muslim untuk mengerjakan sooat dhuha dengan 2, 4, 6,8 atau 12 rakaat.Kita digalakkan sentiasa mengerjakannya. Waktu terbaik mengerjakan solat dhuha adalah pada saat matahari terik.
Solat ini memnpunayi kelebihan yang tersendiri. Sebagaimana sebuah hadis dari Abu Dzarr ra dari Nabi saw bersabda:
"Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kamu harus dikeluarkan sedekahnya tiap-tiap hari. Setiap tasbih (subhanaallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaahnillallaah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh membuat baik pun juga sedekah, mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti/dicukupi dengan dua rakaat solat dhuha"
- ( Riwayat Muslim)
Dalam satu hadis yang lan dari Anas ra , di bercerita , Rasulullah saw bersabda:
" Barangsiapa mengerjakan solat subuh berjemaah lalu duduk berziir kepada Allah sampai matahari terbit, kemudian mengerjakan solat dua rakaat(Nota; Solat ini sebut solat Isyrak, iaitu permulaan solat Dhuha), maka pahala solat itu baginya seperti pahala haji dan umrah, sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya".
- Riwayat Tirmizi, hadis hasan lighairih)
No comments:
Post a Comment